Monday, May 31, 2010

Black Pepper

Cebol call tgh2 malam masa mata aku dah memanggil2 mintak ditutup... Dia tanya samada aku dah dapat mesej dia ke belum.. Suspens gak.. Apa cerita pulak? Nak cerita pasal mak, rasanya baru semalam aku call mak and mak is all right.. Memang aku tak baca pun mesej dia. Sejak akhir ni aku dah tak kisah sangat kat mana aku letak handphone aku.. Bateri kong ke tidak.. Kadang2 anak buat main sampai terhantar mesej2 aku pada orang2 yang tak sepatutnya... Pun aku tak ambik pot..

Rupa-rupanya Cebol nak resepi masak black pepper.. Rasanya dah dekat beratus kali aku bagitau.. Tapi katanya nak aku bagitau jugakk.. Sebab aku tengah separuh lalok.. aku dengar dia kata rempah black pepper untuk seekor lembu.. Terkejut aku.. Apa pasal pulak dia nak sembelih lembu? Padahal kenduri kawin anak buah lagi 2 minggu... Kalau nak sangat, tunggu le aku balik dulu.. Aku pun bukannye konfiden sangat.. Seekor lembu??? Huihh... susah jugak mau budget..

"Hoi...Kalau aku mintak utk seko lembu, baik aku suruh katering je buatkan....Tak payah le aku call ko.."

Rupa-rupanya, nak masak seko jugak.. Untuk seko ayam je.. Cihhhh ...

Thursday, May 20, 2010

Time heals all things including your feelings about someone you loved,

now remember your loved ones around you are there to support you

that's what they are here for.

It will be tough to forget

but it can happen

and there is more people out there.

Monday, May 10, 2010

The End Of EPL Season 2009/2010

Malam semalam bersengkang mata menyaksikan perlawanan yang bersaing... Chesea vs Wigan, MU vs Stoke City dan of course Arsenal vs Fulham.. Teruk jugak Wigan kena tembak dengan The Blues. Terduduk dengan 8 peluru yang tidak langsung berbalas.. MU beat Stoke dengan 4-0.. Walaupun ada komplen dari En Firdaus mengatakan Barbatov tak berbisa langsung bila digandingkan dengan Rooney..Dan malam tu boleh pulak Arsenal melawan dengan 3 gol dari Arshavin, Van Persie dan Vela serta 1 own goal dari Chris Baird.. Thanks a lot.. Sekurang2nya tempat ke 3 masih dalam genggaman Gunners... Tu pun dah cukup baik.. Walaupun tindakan Arshavin yang memberi komen yang menyakitkan hati apabila dilihat dia lebih berminat kepada Barcelona, gol pembukaannya dapat juga mengubat sedikit luka itu. Tapi nampak dia agak selfish sewaktu mengabaikan Van Persie semasa usahanya memasukkan bola.. Fabianski pula bernasib baik tidak dikenakan kad merah walaupun tindakannya keluar dari area dan bola terkena tangannya adalah kesalahan kad merah tetapi referee Jones dalam mood baik hari tu cuma beri dia kad kuning sahaja... Fuhhhh...
My friend tu tentunya tengah celebrate kemenangan Chelsea dan seterusnya dinobatkan sebagai juara.. Dan En Firdaus pagi-pagi lagi dah menyanyikan lagu sedih sudirman dengan ke'jaya'an MU di tempat kedua.. hehehe
Apa-apa pun season ini telah berakhir... Biasalah takkan nak kat atas aje kan? Macam yang dia kata.. Bola itu bulattt.... Jumpa lagi di next season..
Adiosss......

Friday, May 7, 2010

My Emak


(My mak dengan cucu-cucunya yang terdiri daripada: anak2 aku dan anak2 Encik Padil)

Pagi tadi at 3:00 a.m tersedar tiba-tiba dari tidur. Wajah emak yang sayu terbayang-bayang dalam tidur aku tadi.. Memang la semenjak dua menjak ni aku selalu aje mimpi.. Mimpi orang ni la.. mimpi orang tu la.. Pagi2 aku terus call emak.. Emak kata, dia sihat, cuma badan tu lenguh-lenguh.. Biasala.. katanya.. dah tua..
Pada aku mak tak le tua sangat.. kalau ikut umur memang le, tapi emak ni orangnya cergas.. Jadi kalau dibandingkan dengan orang yang seumur dengannya, dia bolehlah dikategorikan mantap lagi. Tapi, ye lah.. mak dah semakin berumur. Dulu tak ada penyakit pun yang singgah di tubuhnya. Sekarang ni, dengan darah tinggi la.. sesak nafas la..
Menyesal pulak tinggal jauh dari emak.. Kalau teringat emak, tak dapat on the spot tengok keadaan dia.
Nasib baik abang dan keluarganya tinggal bersama emak. Jadi, kalau hati risau, abang le jadi sasaran.. Tengah kerja pun aku kacau... Tapi abang memang best.. Dia tak pernah merungut, malah dia suka kalau aku selalu bertanya khabar mak.. Kadang2 dia yang call aku....
Hari ni baru teringat, esok Hari Ibu..


Aku ingat emak tidak kira masa, tak payah tunggu Mother's Day pun aku selalu ingat mak.. Cuma nak call atau tidak.. Tu yang aku terus send message kepada beberapa kawan untuk ingatkan... Nampak macam skema... Tapi aku buat pun untuk ingatkan diri sendiri....
SELAMAT HARI IBU kepada emak yang tersayang dan amat memahami.. Pn Misirah bt Abdul Jalal.. Semoga hidup emak dirahmati Allah SWT.. Aminn
I love my husband, but I love you more.. ( ini rahsia tau... haha)

Tuesday, May 4, 2010

Al Fatihah

Tadi dalam perjalanan nak ke klinik Serendah.. Ingat nak buat filling gigi yang ada terlubang sikit ni.. Punya le jem dari Bukit Sentosa ... Masa tu tak hujan pun..Dalam hati dah rasa, ni mesti ada kemalangan ni.. Sangka hati, kemalangan kecil sahaja.. Tapi bila sampai di tempat kejadian, tak sanggup rasanya memandang sebuah kereta hitam yang hancur dengan pemandunya terkulai di tempat duduk.. Astarghfirullah.. hati beristifarr.. tapi masih merasakan mangsa mungkin sesiapa sahaja..
Semasa dalam perjalanan pulang, terima satu sms dari seorang rakan, menyatakan seseorang yang rapat dengan kami semua telah menemui ajalnya di kawasan itu.. Ya Allah.. terkejut hati bukan kepalang.. Dia kah?????? Astarghfirullah.. Hampir menitis air mata mengingati kebaikan hatinya serta budi pekertinya. Bukan sahaja kepada kami warga sekolah, malahan rapat dan mesra dengan anak-anak kami.. Ya Allah, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di sisi orang-orang yang Kau kasihi... Aminnn..

Sunday, May 2, 2010

Tak habis bola


Malam ini bakal menyaksikan Chelsea akan bertempur dengan kelab yang 'now u see now u don't' iaitu Liverpool. Biasanya Liverpool ni kalau dengan team yang grand spt MU dan Chelsea, senang2 je dia bantai. Kecuali Arsenal yang jarang dapat di'beat' oleh The Reds. 
Malam ini juga pencabar terdekat the Blues, iaitu MU akan bertembung dengan Sunderland.. (macam senang ratah je..) Tapi tak tahu lagi.. Saya ulang kata2 En Firdaus ... bola itu bulattt.. Mungkin Sunderland bernasib baik malam ini.. Dan sekali lagi MU akan menggigit jari bagi mendaki puncak. 
Tapi kita saksikan sahaja la malam ini..

Buat my old friend .. malam ni kita tengok The Reds vs The Blues okay.. Kalau The Blues menang, U nak belanja ke??? 
hahaha.. 
Dalam mimpi aje la... 

 Adioss..