Sunday, February 27, 2011

Pagi-pagi Dah Bengang

Oleh kerana The Gunners dah kena tembak 2-1 dalam final Carling Cup pagi tadi dengan Birmingham City ... Dah agak dah..... Mesti aku kena jugak... Nasib baik pagi2 tadi si 'MU hardcore fan' tu tak nampak aku.... I was trying to avoid him jugak..... Tapi memang nasib kurang baik la..at last, masa aku nak melangkah keluar dari staffroom.. terserempak pulak dengan dia.. Adoih! Berdesingggggg...

Rasa macam nak fire camni je......


zassssssssss......................

Thursday, February 24, 2011

OH, MY! WHAT'S THAT RED SPOT ON YOUR FACE?

Pimples??? Ewww...
You know what I hate about this kind of 'bacteria grown disease'?
It just looooooooove to appear on my chin..
It's like inedible botox or non-working 'susuk'... It just makes me 'sick' to look at my own face... Sometimes I wish, if the pimples really want to grow on my skin, go somewhere else...



.....but not on my Angelina Jolie face..!

I don't quite understand, what are the causes of the 'pimple attacks' within my age.. I used to have clear and smooth skin on my face when I was a teenager, which was when the attacks were supposed to happen...Even a bit darker.. but still, smooth.. ehem! Then, with some disqualified specialists' opinion..I noticed out that, I WAS a 'happy-go-lucky' person indeed (or, perhaps).... I might not change technically, but with working and stressful days and nights.. Thinking about everyone else.. I forget about the pleasure of making myself happy.. That's maybe one of the reasons.. Any other reasons? Hmmmm...I think I need to see a dermatologist.... (?)

My mom said,' Kuat berangan le tu..' Haha..'What to berangan, mak?'...

I tried to avoid this.......
.....but I couldn't get any better solution... So, 'pejam mata je le'..

I went to the pharmacy and spent almost half an hour studying all the products that I should use.. At least, I thought of the best, better than the regular strength.. it's ... taraaaa..


... that's the maximum one.. hahaha....

Right now, I'm still waiting for my pimples to be gone.. Waiting.. and waiting... and waiting....and waiting... and waiting... and waiting...

Saturday, February 19, 2011

For The Rest Of My Life by Maher Zain

I remember how my friend really loves this song. Thus, that's the song her hubby dedicated especially to her. That's for you, Zam... Hope you like it .. as well as everyone out there..


Tuesday, February 15, 2011

TEST IS COMING!!!


Monthly test is coming around the corner. I think it's just as early as the morning shine. For I feel the knowledges given to my students are far from enough. If I can control the world, I'll ask for another month or months.. haha.. as if..

Test or exam weeks is probably a 'leisure' time for certain teachers.. opps.. I mean, a time to put all the tenses down from a teacher's head (and shoulder). During this period, we don't have to prepare teaching aids, or plan the teaching strategies.. or giving out homeworks..or marking students' exercise books.. Oh, my! We still, what... I have three 'bundles' of 'not marked yet' exercise books from my 4 classes.

It's not my fault, not as a total... Maybe a part.. ish! You see, there are 40 students in average for a class.. Can you imagine, teaching four classes! Luckily, I'm not teaching the other subjects such as PE, Arts..etc.

However, I love teaching.. That's my priority. That's what I dreamed of when I was a little girl, I mean when I was a very cute little girl.. (don't hate me..) I don't really care for how many students I should teach. All of them are the apples of my eyes...

Thus.. I hope my students are going to do well in this coming test.. and move on for a better result in their big exam soon. InsyaAllah..


Saturday, February 12, 2011

Salah Seorang Yang Paling 'BERAKAL' Di Dunia (baru dikenalpasti)

Lalu lintas terganggu kerana mabuk


BERUSAHA... anggota bomba dan penyelamat terpaksa memecahkan cermin tingkap selepas lelaki terbabit tidak sedar apabila dikejutkan.

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 20-an bukan saja tertidur di dalam kereta sehingga mengganggu lalu lintas, malah terpaksa menanggung kerugian apabila cermin tingkap keretanya dipecahkan bagi membangunkannya.

Dalam kejadian jam 7.50 pagi semalam di persimpangan lampu isyarat Jalan Maharajalela dan Jalan Hang Tuah berhampiran bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka, di sini, orang ramai yang menempuh kesesakan lalu lintas di kawasan berkenaan mulanya menyangka sesuatu yang buruk menimpa lelaki terbabit apabila dilihat seperti tidak sedar diri di dalam kereta Perodua Myvi.

Bagaimanapun, anggota polis dan bomba mendapati lelaki itu sebenarnya tertidur.

Apabila usaha mengejutkan lelaki itu selama 20 minit gagal, cermin tingkap keretanya terpaksa dipecahkan bagi membawanya keluar.

Lelaki terbabit akhirnya terjaga dan pemeriksaan dilakukan mendapati dia mabuk.

myMetro
Sunday, February 13

Thursday, February 10, 2011

Tiap Kali

Tiap kali hatiku terluka
aku terus membendung rasa
Kuterus menahan bicara
Namun air mata ini amat murah harganya

Tiap kali hatiku terluka
Berdikit terkikis kenangan manis kita
Hanya dendam dan sebak menyesak dada
Lalu, ingatan-ingatan pahit
menerjah jiwa

Tiap kali hatiku terluka
Sakit dalam dada merobek
semangatku dalam memperjuangkan
cinta
Dan aku bakal terpana
bila acapkali hati ini terluka
Tiada lagi perasaan kasih bersisa

Ketika itu,
tiada guna meraih simpati
Kerana aku mungkin
tidak ingin terluka lagi

Tuanpunyablog

Monday, February 7, 2011

BALIK KAMPUNG PUNYA STORY LAGI..

Asyik-asyik cerita balik kampung aku, yek! Haha.. Nak buat camne.. Dah mertua tinggal kat Kuala Kubu Baru.. lebih kurang 15 minit je dari rumah aku..
Sorry la, cik abang.. Lagipun cik abang pun asal Muar gak, cuma arwah ayah lepas pencen army, kerja kat Fraser's Hill dan beli rumah di sini. Sekurang-kurangnya walau tinggal berjauhan dengan mak, ada mak mertua tempat menumpang kasih dan berkongsi resepi..(aku kongsi resepi aje, mertua yang masak)..ahaks! Mertua aku ni memang pandai masak ya amat.. aku pandai gak, pandai bodek..
Hari pertama sampai..oleh kerana dah tengahari, kami singgah bersolat le kat Masjid Jamek Sultan Ibrahim.. Dah berapa lama aku tak lalu tempat ni.. Selalunya, aku lalu depan ex-secondary school aku (kumpul nostalgic moments lagi..), belok kanan dari simpang Tanjung Ketapang.. terus ke Tanjung Emas..

Baru aku perasan.. lapangnya kawasan masjid ni.. Dah tebang semua pokok kat pagar tu rupanya.. Tapi macam yang aku fikirkan, aku lebih 'merindui' keredupan dahulu...
Lepas solat, ke mana? Sapde le... Apa lagi? Rojak petis dan mee bandung le.. makanan ruji aku kalau balik Muar..
(Najwan makan sampai terbeliak-beliak..)

(Licin rojak.. ni pinggan ke lima.. Kami pasangan yang hantu rojak petis..)

Haa.. lepas tu, singgah tepi ex Toko Manaf punya store tu beli apam balik bulat.. My favourite yang teramat sangat tu..


Dari aku sekolah, bercinta, berkahwin dan beranak pinak ni.. Itu lah pojaan hatiku.. Walau kat sini ada jual apam balik.. tapi tak sama la.. (Memang takde yang sama dengan yang lama..)

Begitulah keadaan rutin aku kalau balik kampung.. Walaupun ada jalan baru yang menyambung Parit Bunga straight ke Parit Jawa, namun.. singgah di Bandar Muar mesti ada dalam schedule.. Insyallah..

Wednesday, February 2, 2011

ADA LAGIKAH KEIKHLASAN???


Seorang rakan lama datang menjenguk dan katanya nak tumpang sembahyang... Tapi rupanya membawa hajat... Nak ajak join MLM..benda yang aku tak berapa berminat nak join.... Penat jugak telinga mendengar diorang punya tarbiyah ..Kereta mewah, rumah besar, melancong ke over sea.. Semuanya yang hebat2 belaka la.. Aku cuma angguk dan tersengeh je..Rasanya diperbodohkan aje bila aku tahu tujuan asal dia..Kerana menghormati seorang kawan, rasa serba salah pulak.. Hingga aku berkata YA dalam keadaan yang terpaksa..Tapi aku suffered from my sleepless night..Hati aku tak tenang sebab itu bukan kehendak aku...Esoknya aku tanya orang yang lebih berpengalaman... dan aku rupa-rupanya ada kekuatan untuk berkata TIDAK.... Mungkin aku rugi.. tapi aku rasa BEBAS... Itu yang lebih berharga bagi aku..

p/s Maybe aku patut train diri aku untuk kata NO .. Oh,no,no,no.....

Tuesday, February 1, 2011

I'M CHELSEA'S....


Torres joins Chelsea? Huargh huargh!! Finally.....
Nampaknya Fernando Torres dah tak sanggup lagi dok kat tangga bawah je... Something should be done.. Tapi masalahnya, apasal Chelsea? Pada aku Torres lebih sesuai ke Arsenal ataupun Spurs.. Namanya nampak lebih 'matching' di kelab2 tu...Dramatiknya, perpindahan tu berlaku directly sebelum pertemuan Chelsea dan Liverpool pada 6 Februari.. Padan le Dalglish bengang sesangat... The Blues nampak gayanya nak lawan City sebagai one of the BIG SPENDERS... £50 juta tu.... The highest rate of transfer in BPL history... Wow! Sekali ganda dari bayaran perpindahan Adebayor ke Man City... Cuma tak dapat mengalahkan transfer fee yang di'sedekah'kan oleh Real Madrid kepada MU bagi mendapatkan Christiano Ronaldo.... sebabnya, Real Madrid berjuta-juta lemon lagi kaya dari Chelsea...
Walau macam mana banyak pun yang dibelanjakan bagi mendapatkan 'El-Nino', belum tahu lagi dia mampu melonjakkan Chelsea ke top 3..atau merealisasikan harapan terdesak Ancelotti bagi merangkul 3 kejuaraan musim ini... We'll wait and see..