Friday, April 29, 2011

Lifesaver....(???)

Sebuah rumah sedang terbakar..... suasana cemas sekali. Di jendela tingkat 2 kelihatan seorang ibu sedang mendukung anak kecilnya yang baru berusia 3 bulan sambil menjerit minta tolong.... Api makin marak, bomba masih belum kelihatan.... Orang ramai hanya sekadar menjadi penonton....

Tiba-tiba seorang pemuda tampil dengan machonya lalu berteriak
"Puan, campakkan anak puan itu ke bawah.... saya akan menyambutnya!!"

Ibu itu sangsi dan serba salah sekali.... campak atau tidak??

Melihat keraguan itu pemuda tersebut berkata,
" Puan tak kenal ke saya?? Saya adalah penjaga gol bolasepak kebangsaan... pintu gol saya belum pernah dibolosi!" Pemuda itu menambah lagi...
"Saya boleh menyambut apa saja objek dengan sebarang kelajuan!"

Tanpa berfikir lagi, ibu itu terus mencampakkan anaknya ke bawah... dan dengan penuh bergaya pemuda itu menyambutnya... 
Anak itu selamat...

Orang ramai bersorak dan bertepuk tangan....

DAN dengan rasa penuh teruja, pemuda itu melambungkan anak itu 2 meter ke udara dan menyepaknya 60 meter ke depan.....


  P/S: Just for reading pleasure.. Bukan berlaku di Malaysia....;-D

Tuesday, April 19, 2011

DURIAN


Sekarang ni, pusing kiri, paling kanan.. Asyik nampak buah durian aje.. Kalau kat sini, durian masih ada harga.. paling-paling pun 5 biji RM10.00. Tu pun kadang2 jenis yang rasa macam mentega je...

Masa aku kecik dulu, arwah bapak tanam pokok durian punya lah banyak. Kalau nak kira, tak de le terliur kat durian macam sekarang ni.. Durian gred D24 tu buat baling ayam je...Tapi, tu dulu la... Sekarang ni,  rasanya, kalau tak tau malu kat ayam, buah bekas patuk ayam pun aku pungut, makan.. haha..

Oleh kerana aku agak ' hantu durian' jugak, perasaan nak makan durian tu sentiasa menggebu..



Tak kira lah.. Tak dapat makan buahnya, dapat makan sipi-sipi durian pun jadilah...

Oleh sebab tu, aku dah jadi salah seorang pelanggan tetap kat Kiosk Pak Wan. Sebabnya, kalau aku beli lauk je, mesti dapat at least 2 bungkus bubur durian.. For free, beb! Kalau beli bubur kat stall goreng pisang  Kak Milah pun mau-mau 2, 3 hinggit.... No compromise!.

Mungkin perasaan terliur tu akan hilang dengan sendirinya kalau musim durian berakhir... Tapi secara peribadinya, durian akan sentiasa mengingatkan aku tentang arwah bapak tersayang.. Al-Fatihah..