Thursday, August 11, 2016

Teks pengacara Majlis Perasmian Kejohanan Sukan Tahunan SKTBR1 2016


Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillahi rabbil alamin, wabihi nasta’in ala umurid dunia waddin, wa ala alihi wasahbihi ajma’in.

Dari Johor hendak ke Pekan,
Singah di Lipis membeli haruan,
Semanis senyuman kami hamparkan ;
Buat bingkisan salam pertemuan.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh,dan Salam Sejahtera

Yang Berbahagia,
Encik Noor Azli bin Abd Rahman, Penolong Pengarah Kanan, Unit Sukan, Jabatan Pelajaran Negeri Selangor
Yang dihormati,
En Khairuddin bin Hasim,  Yang Dipertua PIBG SK Taman Bunga Raya 1,
Yang Berusaha,
Pn Zalinah bt Zubir, Guru Besar SK Taman Bunga Raya 1
En Abdul Hadi Bin Jantan, Guru Penolong Kanan Kurikulum,
Pn Aliya bt Mohd Jalaludin, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
En Ahmad Shauhada bin Zakaria, Guru Penolong Kanan Ko Kurikulum,
En Zaini bin Mad Lazin, Guru Penolong Kanan Petang,
Pn Fauziah bt Amran, Guru Penolong Kanan PPKI,

Ibu bapa, guru-guru serta peserta-peserta Kejohanan Sukan Tahunan SK Taman Bunga Raya 1 yang dikasihi sekelian.

Buah pauh si bunga rampai,
Letak bersama sibunga pekan;
Orang jauh sudahlah sampai,
Selamat datang kami ucapkan.

Biji selasih boleh dimakan,
Menjadi perisa enak terperi,
Kehadiran tuan kami alukan,
Semoga majlis tambah berseri.

Alhamdulillah, marilah sama-sama kita melafazkan setinggi ucapan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan Izin Kasih-Nya pada pagi yang barakah ini kita dapat sama-sama berkumpul bagi melangsungkan Upacara Perasmian Temasya Sukan Tahunan Kali Ke _____ ini.
Pihak majlis mengalu-alukan kehadiran para jemputan singgah bertamu ke majlis kita pada hari ini. Semoga dengan kehadiran semua, majlis ini akan menjadi lebih bermakna.

Bagi memulakan acara, marilah bersama-sama kita berdiri sebagai tanda setia kepada Negara, seterusnya menyanyikan lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah. Para hadirin dipersilakn berdiri.
-       LAGU SELANGOR & LAGU SEKOLAH -
 Para hadirin dipersilakan mengambil tempat.

Orang Jawa berdagang ke kota,
Singgah di Acheh membeli gamat,
Tangan dirafak, restu dipinta;
Doa diamin memohon rahmat.

Bagi memberkati lagi majlis kita pada hari yang berbahagia ini, majlis dengan tunduk ta’zimnya menjemput dan mempersilakan Ustaz Khairi bin Ismail untuk memimpin bacaan doa. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima Kasih diucapkan kepada Ustaz Khairi bin Ismail atas bacaan doa sebentar tadi.

Tak lengkap bahtera tanpa nakhoda,
Tak lengkap malam tanpa purnama,
Tak lengkap laut tanpa ombak badainya,
Tak lengkap sambutan tanpa ucapan alu-aluannya..

Untuk itu, dengan segala hormatnya, pihak majlis mempersilakan
Yang Berusaha,  Pn Zalinah bt Zubir, Guru Besar SK Taman Bunga Raya 1, untuk menyampaikan ucapan. Dengan Segala hormatnya, dipersilakan.

___________UCAPAN PENTADBIR____________
­­­­­­­
Pihak majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha,  Pn Zalinah bt Zubir,  atas ucapannya sebentar tadi. Semoga kita semua dapat mengambil input-input penting sebagai panduan pada masa hadapan.

Hadirin sekalian,
Majlis diteruskan lagi dengan upacara perasmian acara Kejohanan. Oleh yang demikian, majlis menjemput dengan hormat takzimnya,
Yang Berbahagia,
Encik Noor Azli bin Abd Rahman, Penolong Pengarah Kanan, Unit Sukan, Jabatan Pelajaran Negeri Selangor
 bagi menyampaikan ucapan dan sekaligus menyempurnakan upacara perasmian Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke____________ ini. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

_UCAPAN VIP_

Sudah teradat si anak lelaki
Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat


Hadirin sekelian,
Dengan ucapan yang telah disampaikan oleh tetamu kehormat itu tadi, bermakna sempurnalah sudah upacara perasmian Kejohanan Sukan Tahunan SK Taman Bunaga Raya 1 Kali ke _________________ ini. Majlis merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi apresiasi buat Yang Berbahagia,
Encik Noor Azli bin Abd Rahman, Penolong Pengarah Kanan, Unit Sukan, Jabatan Pelajaran Selangor
atas ucapan sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati sekelian,

Seterusnya, mari kita rehatkan sebentar minda dengan menyaksikan persembahan Gimrama dari murid-murid Tahun 4. Bagi makluman tuan2 dan puan2, persembahan ini adalah di bawah bimbingan Cik Suraya bt Mansor bersama-sama dengan Cik Hidayah bt Abd Rahman dan Cik Atikah bt Samsuddin. 
Dengan ini, majlis mempersilakan persembahan Gimrama.
-                                                                                                              -GIMRAMA-
Begitulah persembahan yang ceria dan bersemangat dari anak-anak comel SK Taman Bunga Raya 1. Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas persembahan itu tadi.

Kita teruskan acara dengan bacaan Ikrak Kejohanan Sukan Tahunan. Dengan ini, majlis mempersilakan Adik _________________________________________________ untuk mengetuai bacaan Ikrar Kejohanan. Dipersilakan.

Itulah tadi bacaan ikrar kejohanan yang memberi makna semangat kesukanan yang masih utuh di hati anak-anak pewaris bangsa dan Negara yang tercinta ini.

-Murid ambil tempat-

Hadirin sekelian..
 Bagi makluman hadirin, acara yang akan berlangsung selepas ini ialah acara sukanneka dari murid-murid PPKI.
  
-ACARA IKUT BUKU PROGRAM…
  
Ucapan salam pengakhir kata
Segala yang ada dikongsi bersama
Apa yang kurang maaf dipinta
Sudilah berkunjung di lain masa

Akhir kata, saya memohon maaf jika terdapat sebarang kesilapan sepanjang mengendalikan majlis ini. Yang baik itu datangnya dari Allah, yang buruk itu datangnya dari kelalaian dan kekhilafan diri saya sendiri.
 
Tirai majlis saya tutup dengan Wabillah itaufiqwalhidayah, wassalamualaikum warahmatullah hiwabaratuh.




Teks Pengacara Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan SKTBR1 2015

TEKS PENGACARA MAJLIS
HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2015
SK TAMAN BUNGA RAYA 1
Mengumumkan ketibaan,
Yang Berbahagia,
Datuk Aminuddin b Arifin (CEO Dinastia Jati Sdn Bhd)
Diiringi oleh dif-dif jemputan
Masuk ke dewan…
Para hadirin dipersilakan berdiri.
NYANYIAN 3 BUAH LAGU
Gabungan Pengawas Sekolah dan Murid- Bermasalah Pendengaran
(tidak perlu umum)
Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian Lagu Sekolah, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Negaraku dari gabungan Pengawas Sekolah dan Murid PPKI Bermasalah Pendengaran sebentar itu tadi. Hadirin dipersilakan duduk.
Persembahan Selamat Datang

( Percussion)

BACAAN DOA

(FADZLINA )

Hadirin sekalian,
Lebat kemiri pohonnya rendah
Dahan terikat tali perkasa
Sepuluh jari kami menadah
Mohon berkat Yang Maha Esa

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita mengaminkan doa yang akan diketuai oleh Yang dihormati, Ustaz Khairul Qazreen bin Rajab
Dengan penuh takzimnya,dipersilakan.

……..DOA………

SALUTASI/ UCAPAN ALUAN PENGACARA MAJLIS

(FADZLINA)

Yang Berbahagia,
Datuk Aminuddin b Arifin (CEO Dinastia Jati Sdn Bhd)
Yang Dihormati,
En Khairuddin bin Hashim,  Yang Dipertua PIBG SK Taman Bunga Raya 1,
Yang Berusaha,
En Mohd Hasren bin Damiri, Guru Besar SK Taman Bunga Raya 1
En Abdul Hadi Bin Jantan, Guru Penolong Kanan Kurikulum,
Pn Aliya bt Mohd Jalaludin, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
En Ahmad Shauhada bin Zakaria, Guru Penolong Kanan Ko Kurikulum,
En Zaini bin Mad Lazin, Guru Penolong Kanan Petang,
Pn Fauziah bt Amran, Guru Penolong Kanan PPKI,
Ibu bapa, guru-guru dan Murid-murid cemerlang SK Taman Bunga raya 1 yang dikasihi sekalian,
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.



(FADZLINA)








Hadirin sekalian,
Dari Dewan Tan Sri Mustapha Kamal, SK Taman Bunga Raya 1, mengalu-alukan kehadiran hadirin sekalian ke
“ MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SK TAMAN BUNGA RAYA 1, 2015.
Diadakan khas bagi mengiktiraf pelajar yang menunjukkan kesungguhan dalam pelbagai bidang akedemik.  Justeru, adalah menjadi harapan kami warga pendidik agar ianya menjadi tonggak bagi memulakan anjakan pradigma dan pencetus revolusi dalam diri setiap pelajar.

Hadirin sekelian, dengan persembahan Selamat Datang hasil bimbingan Ustaz Khairi b Ismail dan En Haffiz bin Razali itu tadi, majlis sekali lagi mengucapkan Selamat datang kepada semua dan kehadiran tuan puan sekelian sesungguhnya dapat memeriahkan majlis kami pada hari yang berbahagia ini.

UCAPAN GURU BESAR

( ATIKAH)

Tak molek, jika ada alu tida lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara

Hadirin sekalian,
Tirai majlis kita pada hari ini ajkan dimulakan dengan ucapan alu-aluan. Untuk itu, majlis menjemput dan mempersilakan,
Yang Berusaha, En Mohd Hasren bin Damiri, Guru Besar SK Taman Bunga Raya 1,  untuk menyampaikan ucapan, dipersilakan.

…UCAPAN GB……
Demikian tadi ucapan daripada Guru Besar SK Taman Bunga Raya 1, En Mohd Hasren b Damiri.
Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan yang telah disampaikan itu tadi.




UCAPAN YDP PIBG

(ATIKAH)

Hadirin sekalian,
Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Yang diPertua PIBG SK.Taman Bunga Raya 1. Dengan itu, majlis menjemput dan mempersilakan
Yang  diHormati, En. Khairuddin bin Hashim,
YDP PIBG untuk menyampaikan ucapan, dipersilakan.

…UCAPAN YDP PIBG……
Pergi menjala ikan haruan,
Sayang tersepit di celah papan;
Terima kasih padamu tuan,
Atas kesudian menyampaikan ucapan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En Khairuddin b Hashim atas ucapan beliau itu tadi.

UCAPAN PERASMIAN

(AZLINA)

Hadirin sekalian,

Kalau tuan pikat kenari,
Jangan patahkan batang jerami;
Kepada tuan mandat diberi,
Mohon disempurnakan majlis kami.
Tidak lengkap majlis andai tiada perasmi menutur bicara, maka kita teruskan lagi majlis kita dengan ucapan perasmian.
Untuk itu, majis menjemput dan mempersilakan,
Yang Berbahagia,
Datuk Aminuddin b Arifin (CEO Dinastia Jati Sdn Bhd) untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan 2015. Dipersilakan.

 …………………(ucapan tamat)……………..

àGIMIK PERASMIANß (En Norhasmadi)

Majlis merakamkan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Berbahagia, Datuk Aminuddin b Arifin atas ucapan yang telah disampaikan serta upacara perasmian yang telah disempurnakan. Dengan yang demikian, rasmilah sudah, Majlis Hari anugerah Kecemerlangan SK Taman Bunga Raya 1 2015.

PENYAMPAIAN
ANUGERAH KHAS

(FADZLINA )

Melati kuntum rotan berhias,
Tumbuh melata di tepi kali
Anugerah cemerlang 2015
Murid cemerlang kita hargai

Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Bagi tahun 2015 SK Taman Bunga Raya 1 pada hari ini akan kita mulakan dengan Penyampaian Anugerah Penghargaan serta tokoh-tokoh khas murid. Untuk itu, majlis sukacitanya menjemput,Yang Berbahagia,Datuk Aminuddin b Arifin CEO Dinastia Jati Sdn Bhd) dengan diiringi oleh Yang Berusaha, En Mohd Hasren bin Damiri untuk menyempurnakan upacara.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan.
Dimulakan dengan penyampaian tanda penghargaan kepada Ketua Pengawas, Penolong Ketua Pengawas 1 dan Penolong Ketua Pengawas 2 ( Sesi 2015)
*baca senarai nama
Seterusnya, Penghargaan kepada Ketua Pengawas PSS dan Penolong Ketua Pengawas PSS ( Sesi 2015)
*baca senarai nama
Majlis diteruskan lagi dengan Pelantikan Ketua Pengawas, Penolong Ketua Pengawas 1 dan Penolong Ketua Pengawas 2 ( Sesi 2016) serta
Pelantikan Ketua Pengawas PSS dan Penolong Ketua Pengawas PSS ( Sesi 2016)
Majlis juga berbesar hati untuk menyampaikan tanda penghargaan kepada calon-calon yang telah memperolehi keputusan cemerlang dalam UPSR 2015. Dengan itu dipersilakan…. ( senarai nama 5A)
Anugerah Tokoh
Hadirin hadirat yang dikasihi sekelian,
Setiap anak kita mempunyai potensi diri dan di antara mereka Berjaya menonjolkan potensi diri dengan sebaiknya, Dengan ini majlis diteruskan dengan penyampaian anugerah bagi murid yang telah Berjaya membina ketokaohan mereka dalam cara yang tersendiri. Sebelum itu, marilah sama-sama kita saksikan montaj pencapaian mereka. Dipersilakan.
Tayangan Montaj Tokoh (Powtoon)
Perarakan Masuk Tokoh
Penganugerahan Tokoh
Bagi Tokoh Nilam Tahap 1, penerimanya ialah
____________________________________________________ Dipersilakan ibu bapa tokoh untuk berada bersama-sama di atas pentas menerima anugerah. Dipersilakan.
Bagi Tokoh Nilam Tahap 2, penerimanya ialah
____________________________________________________ Dipersilakan ibu bapa tokoh untuk berada bersama-sama di atas pentas menerima anugerah. Dipersilakan.

Bagi Tokoh PPKI, penerimanya ialah
____________________________________________________ Dipersilakan ibu bapa tokoh untuk berada bersama-sama di atas pentas menerima anugerah. Dipersilakan.
Bagi Tokoh Kokurikulum Lelaki, penerimanya ialah
____________________________________________________ Dipersilakan ibu bapa tokoh untuk berada bersama-sama di atas pentas menerima anugerah. Dipersilakan.
Bagi Tokoh Nilam Tahap 1Kokurikulum Perempuan, penerimanya ialah
____________________________________________________ Dipersilakan ibu bapa tokoh untuk berada bersama-sama di atas pentas menerima anugerah. Dipersilakan.
Seterusnya,
Bagi Tokoh Bestari Lelaki, penerimanya ialah
____________________________________________________ Dipersilakan ibu bapa tokoh untuk berada bersama-sama di atas pentas menerima anugerah. Dipersilakan.
Diikuti dengan  Tokoh Bestari Perempuan, penerimanya ialah
____________________________________________________ Dipersilakan ibu bapa tokoh untuk berada bersama-sama di atas pentas menerima anugerah. Dipersilakan.



Dan anugerah yang tertinggi….
Tokoh Murid SKTBR1 2015, penerimanya ialah
____________________________________________________ Dipersilakan ibu bapa tokoh untuk berada bersama-sama di atas pentas menerima anugerah. Dipersilakan.

ANUGERAH KHAS
( AZLINA )

TOP SECRET .. (TIME RAPTAI TAK PYH SEBUT PART NI)
Hadirin dan Hadirat sekelian,
Satu lagi anugerah khas yang akan disampaikan bagi menghargai usaha dan jasa anak SK Taman Bunga Raya 1 yang telah mengharumkan nama sekolah hingga ke peringkat antarabangsa.
( baca biodata… atau ada montaj???)
Dengan itu majlis mempersilakan ___________________________________________ dengan diiringi oleh ayahanda dan bonda tercinta juga pembimbing beliau untuk tampil menerima Anugerah Khas ini. Dipersilakan…

CENDERAHATI
(AZLINA)

Begitulah tadi penyampaian tanda penghargaan serta anugerah-anugerah khas. Majlis merafakkan rasa terima kasih atas kesudian tetamu kami hadir merasmikan majlis serta menyampaikan hadiah. Sebagai tanda penghargaan yang tidak terhingga, majlis mempersilakan Yang Berusaha, en Mohd Hasren b damiri, Guru Besar SK Taman Bunga Raya 1 untuk menyampaikan cendera hati tanda ingatan dan penghargaan dari pihak sekolah. Dipersilakan.

TETAMU KE JAMUAN


(AZLINA)

Terima kasih diucapkan kepada En Mohd Hasren b Damiri atas penyampaian cenderahati itu tadi.
Seterusnya, majlis mempersilakn Yang Berusaha, guru besar bersama-sama Yang Dipertua PIBG untuk mengiringi Yang Berbahagia, Datuk Aminuddin b Arifin bagi menikmati sedikit juadah yang tersedia. Dipersilakan.


PERSEMBAHAN PPKI
( ATIKAH)

Hadirin hadirat sekelian, kita teruskan acara dengan persembahan daripada anak-anak PPki dari masalah pendengaran dengan  persembahan _____________________________
Dipersilakan.
…….PERSEMBAHAN ………..
Demikian tadi persembahan dari anak-anak PPKI di bawah bimbingan Pn Zaharatul Azma bt _______________________ Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas persembahan itu tadi.


ANUGERAH PPKI DAN LINUS
(FADZLINA)

Majlis kita diteruskan lagi dengan Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Murid-murid PPKI serta anugerah kecemerlangan LINUS. Dengan itu majlis mempersilakan
Penyampai : En Hazrul b Rahim / Pn Norhayati bt Sawaluddin
dengan
Diiringi oleh: Pn Fauziah bt Amran
Untuk menyampaikan anugerah kepada penerima.
Dipersilakan

(baca senarai nama)
·         Anugerah Khas (peningkatan Prestasi Murid-murid LINUS – 3 orang sahaja)
·         PPKI
Terima kasih diucapkan kepada En Hazrul b Rahim / Pn Norhayati bt Sawaluddin atas penyampaian hadiah itu tadi.

PERSEMBAHAN TARIAN
( AZLINA)


Anak tiong di celah papan,
Asyik mematuk isi kuini;
Lembut si comel melangkah sopan,
Persembahan tarian menyusul kini.

Marilah tuan puan, kita nikmati persembahan tarian yang bertajuk Kurik Kundi daripada murid-murid Tahun 1.
Dipersilakan.
…….TARIAN ………….
Terima kasih atas persembahan itu tadi. Bagi makluman tuan puan, persembahan tarian itu tadi adalah di bawah bimbingan Pn Intan Erisha jamaludin & Cik Umi Zakiah bt Hazram serta Pn Nur Aqilah Aisyah bt Ali Hussin. Terima kasih sekali lagi diucapkan.


PENYAMPAIAN ANUGERAH TAHUN 1
(ATIKAH)

Hadirin  hadirat yang dihormati sekelian,
Seterusnya,  kita beralih kepada Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Murid-murid Tahun 1. Dengan itu majlis mempersilakan
Penyampai : (En Esmen Zukry bin Bujang )
(diiringi oleh En Ahmad Shauhada bin Zakaria)
untuk menyampaikan hadiah kepada penerima.
Dipersilakan.
(baca senarai nama)
·         Tahun 1
Terima kasih diucapkan kepada En Esmen Zukry bin Bujang atas penyampaian hadiah itu tadi.


PERSEMBAHAN NASYID
(FADZLINA)


Majlis pada pagi ini diteruskan lagi dengan persembahan dari murid-murid Tahun 2 dengan persembahan Nasyid yang bertajuk :Buta Mata dan Dua Solat Dhuha. Dipersilakan.
…………..NASYID…………….
Hadirin sekelian, persembahan nasyid dari anak-anak Tahun 2 itu tadi adalah di bawah bimbingan  Pn Nurul Fadzila bt Damiri, Pn Norazah bt Aziz, Puan Masitah bt Mohammad dan Pn Norsaidah bt Ismail
Terima kasih diucapkan.



PENYAMPAIAN ANUGERAH TAHUN 2
(FADZLINA)

Kita teruskan lagi Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan ini dengan Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Murid-murid Tahun 2. Dengan itu majlis mempersilakan
Penyampai : En Nor Azliman bin Abd Rashid)
(diiringi oleh En Zaini b Mad Lazin – GPK Petang)
untuk menyampaikan hadiah.
Dipersilakan.
(baca senarai nama)
·         Tahun 2
Terima kasih diucapkan kepada _En Nor Azliman bin Abd Rashid atas penyampaian hadiah itu tadi.


PERSEMBAHAN ACTION SONG
(AZLINA)

Hadirin sekalian,

Majlis kita akan dihiburkan dengan persembahan Action Song dari anak-anak Tahun 3 dengan temanya “ Reach for The Sky”.
 Dengan itu majlis mempersilakan.

………..ACTION SONG…………
Begitulah tadi menariknya persembahan Action Song yang dipimpin oleh Pn Intan Erisha bt Jamaludin dan dibimbing bersama Pn Hazliza bt kamaruddin dan En Ridzwan b Jamaludin. Bagi makluman tuan puan, persembahan itu tadi telah mendapat naib johan bagi Pertandingan Action Song di peringkat Daerah Hulu Selangor. Tahniah dan terima kasih diucapkan.

PENYAMPAIAN ANUGERAH TAHUN 3
(AZLINA)

Tuan-tuan dan Puan-puan yang dikasihi sekelian,
Kita teruskan lagi Majlis ini dengan Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Murid-murid Tahun 3. Dengan itu majlis mempersilakan
Penyampai : En Md Rafi bin Ibrahim
(diiringi oleh Puan A’liya bt Mohd Jalaluddin- GPK HEM )
untuk menyampaikan hadiah.
Dipersilakan.
(baca senarai nama)
·         Tahun 3
Terima kasih diucapkan kepada  En Md Rafi bin Ibrahim atas penyampaian hadiah itu tadi.

PERSEMBAHAN DIKIR BARAT BAHASA ARAB
(FADZLINA)


Orang Arab balik Arab,
Pakai pula jubah labuh;
Dikir Barat Bahasa Arab,
Diiring pula pukulan tabuh.
Seterusnya, mari kita saksikan sebuah persembahan Dikir Barat bahasa Arab dengan tajuknya “ madrosati atau Sekolahku dan *________________________ yang bermaksud Pesan Ibu dari murid-murid Tahun 4. Dipersilakan.

……….DIKIR BARAT B ARAB……….
 Begitulah tadi persembahan menarik Dikir Barat dalam Bahasa Arab di bawah bimbingan Pn Norazah bt Mamat, Pn Fatimah bt Mamat dan En Haffiz bin Razali. Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan itu tadi.


PENYAMPAIAN ANUGERAH TAHUN 4
(FADZLINA)

Tuan-tuan dan Puan-puan yang dikasihi sekelian,
Kita teruskan lagi Majlis ini dengan Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Murid-murid Tahun 4. Dengan itu majlis mempersilakan
Penyampai : En Jasni bin Sodek
(diiringi oleh En Abd Hadi bin Jantan – GPK Kurikulum)
untuk menyampaikan hadiah. Dipersilakan.
(baca senarai nama)
·         Tahun 4
Terima kasih diucapkan kepada _ En Jasni bin Sodek
atas penyampaian hadiah itu tadi.

PERSEMBAHAN BICARA BERIRAMA
(FADZLINA)


Hadirin warga dewan yang dihormati sekelian,
Majlis kita akan diserikan lagi dengan persembahan Bicara Berirama yang bertajuk Bersediakah Kita? yang akan disampaikan oleh murid-murid Tahun 5. Dengan itu majlis mempersilakan.

…..BICARA BERIRAMA………
 Itulah tadi persembahan Bicara Berirama dari murid-murid Tahun 5 di bawah bimbingan En Zamhariz bin Din, Pn Anisah bt Mohd Tauhid juga hasil tunjuk ajar dari Yang Berusaha tuan Guru Besar, En Mohd Hasren bin Damiri. Tahniah dan terima kasih diucapkan atas persembahan tadi.



PENYAMPAIAN ANUGERAH TAHUN 5
(ATIKAH)

Tuan-tuan dan Puan-puan sekelian,
Majlis ini kita teruskan dengan Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Murid-murid Tahun 5. Dengan itu majlis mempersilakan
Penyampai : En Aminuddin bin Ismail
(diiringi oleh En Mohd Hasren b Damiri- GB SKTBR 1 )
untuk menyampaikan hadiah. Dipersilakan.
(baca senarai nama)
·         Tahun 5
Terima kasih diucapkan kepada En Aminuddin bin Ismail
atas penyampaian hadiah itu tadi.

PERSEMBAHAN KOIR
(ATIKAH)

Hadirin sekalian,
Dari kedah ke bandar Perlis,
Singgah bersantai di tepi jeti,
Persembahan akhir memeriahkan majlis,
Semoga hadirin terhibur di hati.
Majlis gilang gemilang ini akan diteruskan lagi dengan persembahan koir dengan tajuk MEWANGI dan I HAVE A DREAM dari murid-murid Tahun 5. Untuk itu majlis mempersilakan.
…..KOIR………
Untuk makluman semua, persembahan koir itu tadi di bawah pimpinan, Pn Rubiah bt Abd Razak, Puan Haslina bt Md Ismail dan juga dari tunjuk ajar daripada Pn A’liya bt Mohd Jalaluddin, GPK HEM. Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan itu tadi.

PENYAMPAIAN ANUGERAH TAHUN 6
(AZLINA)

Hadirin hadirat yang dikasihi sekelian,
Seterusnya smpailah kita kepada Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Murid-murid Tahun 6. Dengan itu majlis mempersilakan
Penyampai : En Azizi bin Mohamed Jaafar
(diiringi oleh En Khairuddin bin Hashim -YDP PIBG  )
untuk menyampaikan hadiah.
Dipersilakan.
(baca senarai nama)
·         Tahun 6
Terima kasih diucapkan kepada En Azizi bin Mohamed Jaafar atas penyampaian hadiah itu tadi.


BERSURAI
(FADZLINA)

Dengan berakhirnya penyampaian Anugerah Kecemerlangan bagi murid-murid Tahun 6 itu tadi, maka tibalah masanya untuk kami selaku pengendali majlis mengundur diri. Kami  menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata, terlampau cara sepanjang kami berbicara.

Terima kasih buat semua warga SK Taman Bunga Raya 1 , ibu bapa, rakan guru serta orang perseorangan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan Hari Anugerah Kecemerlangan 2015 ini.Sesungguhnya kerja dan amal yang penuh dengan keikhlasan akan mendapat ganjaran dan keberkatan dari Allah s.w.t. InsyaAllah.

Akhir sekali terimalah 2 rangkap pantun dari kami.

Pohon kenanga elok merimbun,
Tersenyum si dara menyunting bunganya;
Kami menghimpun maaf dan ampun,
Wacana hidup berkat selamanya.

Burung tekukur terbang rendah,
Terbang bersama si burung murai;
Saat ini saat penyudah,
Tanda majlis melabuhkan tirai.

 Sekian Wabillahi taufiq wal hidayah
Assalamualaikum wbr