Saturday, April 16, 2016

Iklan yang Tak Jemu Ditonton

Kat screen TV Masjid Saidina Ali

tertera...

' Usah berkecil hati bila orang lain salah faham terhadap kita;
  Kerana Allah SWT faham isi hati kita.

  Usah gusar bila orang menghukum kita;
  Kerana Allah SWT ialah sebaik-baik HAKIM..'


..berulang-ulang dan aku tidak jemu-jemu membacanya...

Semoga Allah SWT mengampuni dosa-dosa kami..


 

Sunday, April 10, 2016

WIN

Peristiwa kertas soalan Ujian Bulanan 1 memang 'win' la bagi awal-awal tahun ni.

There're some issues lingering in my mind and they might take some time for acceptance.

Well....

Nak set question papers bukan play-play ye... That involves human ye.. Humans and Life..

The parents and the children's future undertaking....

It's a serious matter...It's the global issue..

Again, I say.. Don't play-play..


The Greatest Revenge is Massive Success

It's quite long that I did not post an entry because it was kind of reluctant to even notice the existence of this blog. As I wrote this, I was listening to the delegation of Kampung Langsat expressing themselves to the ex-Kedah MB.. Have patience ye Dato'...
Well. That's not the thing I wanna say. Just a bit thought how life can be easily turned up not to what we wanted it to be.. vice-versa..


Yesterday, the team of Choral Speaking of my school managed to get double champion.. which was like a dream.. a looonnngggg dream that came true..

I first stepped to this district which my 'thoughtless' friends mentioned as 'tempat jin bertendang'.. Well.. whatever..(as long I don't have to be mentally sick like her with daily traffic jams).. Bought a house here, forcing me to leave Kuala Lumpur.............

I was with choral speaking teams since I was in KL and I took all my experience to this place. I started in 2004..2005.. each year no excuses for me not to join the competition..2006, maternity matter so I had to slow down..

In 2007, we're given stand ovation, yet I couldn't understand why we couldn't get anyplace.. I was a bit frustrated and once broke down, giving up being a trainer, but someone came and motivated me a lot and I still remember her as one of my idols. I tried my best and in 2008, we managed to get the first runner-up. Not the ultimate goal but I was soooooo proud of my team because those were the same people who shared my agony in 2007.

2009 was the final year of being a trainer. I was tired and my efforts to find my 'apprentice' weren't fulfilled. My 'idol' moved to the other school, then I gave in in 2010 for I was expecting and I tried again in the next year but 'we had no budget left..' (as stated by the authority) so we had to withdraw from the competition.... after a month of training..
At some moment I thought I didn't have anyone to support me..
Then,
I quit.........
.................

 After 6 years.. Someone approached me and 'signed up' for the task. This high-spirited young fellow started tremendously brilliant but we had slipped a bit from luck. The judging criteria were questioned. We're told not to this..to do that.. This rule.. that regulation...
Why?
Shouldn't English be fun?

This year, he tried again even we had a heartrending situation at the early stage.. Yet, positively, new younger team members were added which 'invited' complaints at the very last minutes...

Then.. walla!
Nothing to say...




The District Choral Speaking Champion.
The Best Choral Speaking Conductor...

Thursday, October 1, 2015

Hari ni hujan agak lebat.. Dalam perjalanan balik dari sekolah petang tadi selepas aktiviti ko-kurikulum (yang aku mewujudkan diri selama sejam aje).. Huii..tak nampak jalan..punya la lebat.. Bahagian kiri jalan yang dekat dengan longkang berhampiran dengan Semarak dah penuh dengan air..dan aku kena la pandu perlahan.. Traumatik jugak driving dalam hujan ni sebabnya aku pernah kena sapu dengan angin lintang masa hujan ribut petir guruh (semua ada) kat Guthrie Highway berdekatan RnR Elmina arah Selatan ..dari lane kiri terus ke lane kanan.. Alhamdulillah..masa tu memang tak ada kenderaan lain..Kalau tak, tak tau le apa nasib aku...


Teks Pengacara Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Pandu Puteri Daerah 2015

Biji selasih boleh dimakan,
Menjadi perisa enak terperi;
Selamat datang kami ucapkan,
Semoga majlis tambah berseri.

saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan pandu Puteri Daerah hulu Selangor bagi tahun 2015. Untuk makluman hadirin sekelian, majlis perasmian akan bermula sebentar lagi. Oleh itu para hadirin dipersilakan untuk mengambil tempat.

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia, Puan Sohada binti Ramli, Penaung Persatuan Pandu Puteri daerah Hulu Selangor dengan diiringi Yang Berusaha AJK Tertinggi Pertubuhan Pandu Puteri daerah ke Dewan Besar SMK Bandar Sungai Buaya dan seterusnya mengambil tempat.  Para hadirin dipersilakan berdiri.


Para hadirin dipersilakan duduk.

Yang Berbahagia,  Puan Sohada binti Ramli,
Penaung Pertubuhan Pandu Puteri Daerah Hulu Selangor
Yang Berusaha, Puan Hapipah bt Abu Haniff,
Pengerusi Pertubuhan Pandu Puteri daerah
Yg Berusaha, Cik Hamidah binti Hussain,
Pesuruhjaya Pandu Puteri Daerah
Yg Berusaha, Pn Roseminah bt Mohd Noor
Penolong Kanan Ko Kurikulum SMK bandar Sungai Buaya selaku wakil Tuan rumah

Guru-guru serta para pemimpin Pertubuhan Pandu Puteri Daerah Hulu Selangoir yang dihormati sekelian.

Kuntum melati tumbuh melata
Burung Merbah di pohon cemara
Assalamualaikum pembuka bicara
Selamat datang untuk semua

Tiada kata seindah bahasa dapat menggambarkan perasaan terharu atas kehadiran tuan puan ke majlis ini. Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian semua untuk meluangkan masa menghadirkan diri pada hari ini.

Majlis juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan serta mengalu-alukan kehadiran Yang Berbahagia, Puan Sohada bt Ramli, Penaung Pertubuhan Pandu Puteri Daerah Hulu Selangor ke upacara Perasmian Mesyuarat Agung Pertubuhan Pandu Puteri Daerah Hulu Selangor bagi tahun 2015 ini.

Sebelum tirai dibuka, sebelum majlis bermula, moleklah kiranya bersama-sama kita menadah tangan memohon limpah rahmat dan barakah kepada yg Maha Esa bersama wakil kita pada hari ini iaitu Adik Nor Amirah bt Abd Aziz. Dipersilakan.

BACAAN DOA

Terima kasih atas bacaan doa itu tadi. Semoga diberkati hendaknya segala hasrat yang direncana. In shaa Allah...

ISTIADAT PANJI-PANJI

Bagi meneruskan majlis pada pagi ini,  acara dimulakan dengan Istiadat panji-panji yang akan disempurnakan oleh Ahli  Pandu Puteri Remaja SMK Bukit Sentosa. Dipersilakan.

1. Menaikkan panji-panji
2. Nyanyian Lagu Negaraku
3. Lagu Negeri
4. Lagu Dunia

Itulah tadi Istiadat Panji-panji dan majlis merakamkan ucapan terima kasih atas penyempurnaan istiadat itu tadi.

Seterusnya, kita dengarkan pula ucapan dari Yang Berusaha, Cik Hamidah Hussain, Pesuruhjaya Daerah Hulu Selangor untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Demikianlah tadi ucapan daripada Cik Hamidah Hussain. Pihak majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati,

Jangan tertawan alpa duniawi,
Hanya indah serupa mimpi,
Duhai pahlawan srikandi pertiwi,
Hulurkan madah kata perasmi.

Seterusnya majlis dengan penuh takzimnya menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia, Puan Sohada binti Ramli, Penaung Persatuan Pandu Puteri Daerah Hulu Selangor untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Pandu Puteri daerah Hulu Selangor 2015. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

Demikianlah ucapan yang padat dengan motivasi, informasi dan panduan itu tadi. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pn Sohada binti Ramli atas ucapan serta kesudian merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Pandu Puteri Daerah Hulu Selangor 2015.

Majlis juga mengucapkan jutaan terima kasih dan amat menghargai keprihatinan Yang Berbahagia, Puan atas kemurahan hati akan menyumbangkan RM1000 kepada Persatuan Pandu Puteri Daerah. Sekali lagi, terima kasih.

Majlis diteruskan lagi dengan upacara penyampaian anugerah dan sijil penghargaan kepada Pasukan-pasukan Pandu Puteri Daerah yang terpilih. Bagi menyampaikan upacara, majlis mempersilakan sekali lagi Pn Sohada binti Ramli bagi tampil menyampaikan anugerah dan sijil penghargaan kepada penerima. Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Pn Sohada binti Ramli atas kesudian menyampaikan anugerah dan sijil penghargaan itu tadi.

Hadirin sekalian.

Dengan penyampaian sijil-sijil itu tadi, sampai di sahaja upacara perasmian Mesyuarat agung Tahunan Pertubuhan Pandu Puteri daerah Hulu selangor bagi tahun 2015. Sebelum agenda  diteruskan izinkan saya mengundur diri dengan serangkap pantun.

Enak sungguh si kuih bingka
Dimakan dengan buah berangan
Buat santapan di waktu pagi
Apakan daya hadir seketika
Hilang di mata di hati jangan
Satu hari bertemu lagi.

Sekian, terima kasih dan Assalamualaikum.