Monday, April 26, 2010

Cerita Bola Lagi

Minggu lalu yang menyedihkan menyaksikan the Gunners dibelasah oleh Wigan 3-2 padahal mendahului dengan 2 gol pada masa pertama. Kebetulan pula, menonton perlawanan di kedai makan Kelantan sambil menghirup kuah tomyam.. Naik tersedak melihat aksi gunners yang macam tak cukup sarapan pagi.. Apatah lagi 'ketidakterreran' Lukas Fabianski yang macam banyak sangat makan cekodok sampai pegang bola pun boleh terlepas... Tambah-tambah, kelibat golongan peminat MU(?) di belakang yang bersorak gembira menyaksikan Wigan menyumbatkan gol... Memandu pulang bersama hati yang berdarah.. dengan harapan itu hanya mimpi.. Tiba di rumah.. Bertalu SMS ntah dari siapa dengan ayat yang berbunyi...'hehehe hahaha hohoho hihihi'.. Ni budak yang perasan dia MU No 1 fan le tu... Siaplah ko besok....


Sunday, April 25, 2010

Kisah Bengang

Bila i hantar sms, tanya membe ni dia tengah buat apa... Dia kata tengah buat bodoh sbb bengang malam tadi Manchester United menang dengan Spurs.. Padahal harapan dia supaya MU kalah.. Bolehlah Chelsea sng2 cantas untuk ke puncak liga.. Then, lagi bengang sbb malam ni keputusan pasti berpihak kpd BN... Daripada bengang baik buat bodoh... Hahaha

Saturday, April 3, 2010

Cerita Malam Tadi

Malam tadi menonton perlawanan Manchester United vs Chelsea. My friend ni memang big fan of Chelsea and the biggest condemner of MU. Punya le dia kutuk MU sampaikan dia kata Nani tu kalau tak main bola mesti jadi pondan kat Chow Kit. Hahahaha.. Then, yang lawak tu bila saya kata suka tengok Ryan Giggs main, dia kata, macam mana saya bole suka kat Giggs tu.. Don't you notice yang muka dia macam pembunuh Canny Ong..hahaha.. Saja aje sakat dia.. Nampak gaya kemenangan Chelsea ke atas Man United dapat melegakan hatinya dan menghilangkan kepenatan seminggu bekerja non stop. Apa-apa pun.. yang terbaik untuk semua.. Dia pergi tidur (?) dan saya sambung menonton the next match.. Arsenal vs Wolverhampton yang berkesudahan gol lewat Bendtner 1-0.
Adios.....

Saturday, March 27, 2010

The Best Man

When you need him..
He will always be
When you talk..
He listens..
When you need guide..
He leads you the path
When you are in sorrow..
He holds your hands
Tells you what is right, what is wrong..
He will never put you aside..
All his words
are for the best of you...
Make you always feel needed,
When the time's crucial...

The best man is not far away...
He is right, here, in front of me.....

by Tuanpunyablog
March 27

Tuesday, January 19, 2010

Mula Sibuk

Musim persekolahan dah masuk minggu ketiga.. Sibuknya amat le terasa. Lagi-lagi yang ada anak-anak yang bersekolah. Sebelum tu mungkin rehat kejap sebab anak-anak ada kat rumah. Jadi tak perlulah kelam kabut nak sediakan sarapan ke, baju ke...

Bagi cikgu cikgi pula, ianya seperti
come to what you are. Tugas yang ditinggalkan selama hampir dua bulan, digalas semula. Waima awal tahun agak menekan dan menerujakan.

Dulu masa mula-mula posting kat ada le sebuah sekolah kat Batu Caves tu.., aku kena ajar murid Tahun 1. Quite interesting.. and funny too.. Bayangkan aku pernah angkat seorang murid Tahun 1, dari tingkat bawah ke tingkat tiga. Murid tu pulak, kus semangattt.. Terpaksalah aku tebalkan muka tembok aku ni minta bantuan seorang guru lelaki (sebelum ni tak pernah bercakap dgn dia pun)..Nak buat camno?.. Terpaksalah...

Dah sampai tingkat tiga tu, tiba-tiba murid tu naik 'syeh'. Meronta-ronta dia nak mintak lepas. Sikit lagi nak terlepas, nasib baik cikgu lelaki tu pantas dan cekap.. (bukan bodek). Kalau terlepas tu, mau panjang sesi soal jawab... Adoih!

Masa kat dalam kelas, aku cadangkan supaya murid itu diikat kat meja guru (dulu meja guru besar gedabak). Rasa kejam aje masa tu. Tapi tu di mulut sahaja. Nasib baik aku baru teringat ada lebihan gula-gula yang aku simpan di dalam beg tangan. (digunakan kalau boring-boring masa kursus..atau mesyuarat). Yang lawaknya,, dalam dia meraung-raung nak balik! nak balik!, bila aku ajukan gula-gula, dia dengan laju macam kilat ambik dan siap cakap 'terima kasih' lagi. Masa tu, aku tak tau la nak cakap apa.... Dalam hati rasa macam digeletek.
Dan selepas peristiwa itu, dia merupakan seorang murid yang amat rapat dengan aku sehinggalah dia terpaksa berpindah mengikut ayahnya yang bertugas sebagai seorang anggota keselamatan ke Utara tanahair semasa dalam Tahun 5.

Kita faham waktu telah bergerak pantas sehingga banyak perubahan berlaku di sekeliling kita. Tapi, sebagai seorang guru, sentuhlah hati murid kita dan biarlah zaman persekolahan anak-anak ini merupakan kenangan manis mereka sepanjang masa.