Friday, August 6, 2010

Cerita Dulu-Dulu II



Kali ni nak cerita tentang ular sawa plk. Masa tu aku dalam darjah 3 ke 4, lupa lak.. Masa tu awal pagi sangat. Belum subuh pun. Tiba-tiba 'geger' kejap rumah aku bila dengar bunyi ayam riuh2 dari tempat arwah bapak salai kelapa yang juga merangkap reban ayam the 2nd. Mak bagitau kami 3 beradik supaya duk diam2 aje kat dalam rumah. Tapi sebab kami memang terlalu curious, kami ikut dari belakang dan menjenguk ke bahagian bawah salai yang jadi reban tu. Terkejut baboon bila nampak seekor ular sawa yang sebesar betis mak.. (mak memang sihat..) sedang terkial2 menyusur dinding. Perutnya bulat.. Sambil marah2 sebab kami degil datang ke situ, sempat arwah bapak bagitau ular tu dah makan sekor mak ayam dengan dua ekor anaknya.. Tinggallah tiga ekor lagi jadi yatim... Parang yang arwah bapak asah tiap2 hari tu pun tak dapat menembusi kulit ular tu... Kebal sungguh tu... Last2, bapak ambil dahan rambutan sebesar lengan mak.. (mak lagi..) dah memukul kepala ular tu bertalu2 sampai akhirnya, ajalnya sampai... Kami batu api bapak supaya belah perut ular tersebut.. tapi bapak kata, tak baik menyiksa mayat... kahkahkah
Arwah bapak nak buang bangkai tu hari tu jugak, tapi aku merengek2 nak tayang kat membe2 yang bapak aku dah bunuh ular sawa yang besarrrr... Jadi, dia ikat bangkai tu kat pokok limau kasturi sebagai memenuhi permintaan aku yang ntah apa-apa ntah tu... Esoknya, aku canang satu kelas dan balik sekolah aje membe2 datang tengok.. (nasib baik aku bukan otak business, kalau tak mesti aku collect sorang 50 sen..).. Aku mintak bapak lanjutkan pameran sampai seminggu tapi masuk hari ke dua, dia sudah ada bau plak...Jadi, oleh kerana aku yang mintak bukan2 tu, aku plak yang kena tarik bangkai tu ke sungai belakang kampung.. Aku bodek adik aku si padil dengan janji aku buatkan sirap bandung baikk punye.. Tarik punye la siksa, Sampai sungai kami campak bangkai ular itu, tapi tak nampak pulak timbul... Sah lah, dah kena ngap dengan sang bedal yang memang bermaharajalela kat sungai tu...

Thursday, July 29, 2010

Ingat-Ingat

Bestnya ingatkan masa-masa kecil dulu.. Tengok budak-budak sekarang, jauh sungguh berubahnya. Cara berpakaian, cara bersosial dan paling penting, cara pemikiran.. Rasanya, budak dulu tak le se'advance' budak sekarang. Mungkin disebabkan persekitaran dan tahap pendidikan ibu bapa.
Tapi, aku rasa budak sekarang rugi sikit la..sebab tak dapat menikmati kebebasan seperti aku dulu. Maksud kebebasan bukanlah keluar sampai tengah malam, naik bas sendiri pergi KL atau tengok wayang dengan kawan-kawan. Maksudnya, dulu nak pergi mana-mana pun, mak bapak tak risau sangat. Sekarang.. jalan-jalan kat kawasan perumahan pun kita dah risau semacam. Tak kiralah lelaki atau perempuan.
Masalahnya, negara kita ni dah jadi negara yang betul-betul mempunyai masyarakat 'majmuk'. Dulu, aku kenal Cina Sempit ( sebab kedai dia punya la sempit).. Tokeh kilang koko (selalu aku jual koko kering kat dia buat beli kasut sekolah) dan ramai la jugak.
Kaum India jarang ada kat kampung aku. Kalau ada pun yang sekali sekala lalu bawak sabit. Haa.. yang tu mak aku siap takut-takutkan kalau kuat sangat merayau, India tu sabit kepala buat jambatan... haha... Punya le takut.. Tu yang masa kecik2 dulu takut betul kat India tu.. Yang ngam selalu mamak tempat arwah bapak 'ngeteh' lepas balik menoreh...Selalunya bapak jarang ngeteh sendiri sebab bapak bukan orang kuat bersembang. Dia akan bawak anak2 naik 'carrier' basikal jipang yang besar tu dan minum dengan kami. Biasanya aku dan abang aku Bel la.. Adik aku tu tak boleh bawak jalan selalu.. Banyak cekadak dan banyak penyakit...

Monday, May 31, 2010

Black Pepper

Cebol call tgh2 malam masa mata aku dah memanggil2 mintak ditutup... Dia tanya samada aku dah dapat mesej dia ke belum.. Suspens gak.. Apa cerita pulak? Nak cerita pasal mak, rasanya baru semalam aku call mak and mak is all right.. Memang aku tak baca pun mesej dia. Sejak akhir ni aku dah tak kisah sangat kat mana aku letak handphone aku.. Bateri kong ke tidak.. Kadang2 anak buat main sampai terhantar mesej2 aku pada orang2 yang tak sepatutnya... Pun aku tak ambik pot..

Rupa-rupanya Cebol nak resepi masak black pepper.. Rasanya dah dekat beratus kali aku bagitau.. Tapi katanya nak aku bagitau jugakk.. Sebab aku tengah separuh lalok.. aku dengar dia kata rempah black pepper untuk seekor lembu.. Terkejut aku.. Apa pasal pulak dia nak sembelih lembu? Padahal kenduri kawin anak buah lagi 2 minggu... Kalau nak sangat, tunggu le aku balik dulu.. Aku pun bukannye konfiden sangat.. Seekor lembu??? Huihh... susah jugak mau budget..

"Hoi...Kalau aku mintak utk seko lembu, baik aku suruh katering je buatkan....Tak payah le aku call ko.."

Rupa-rupanya, nak masak seko jugak.. Untuk seko ayam je.. Cihhhh ...

Thursday, May 20, 2010

Time heals all things including your feelings about someone you loved,

now remember your loved ones around you are there to support you

that's what they are here for.

It will be tough to forget

but it can happen

and there is more people out there.

Monday, May 10, 2010

The End Of EPL Season 2009/2010

Malam semalam bersengkang mata menyaksikan perlawanan yang bersaing... Chesea vs Wigan, MU vs Stoke City dan of course Arsenal vs Fulham.. Teruk jugak Wigan kena tembak dengan The Blues. Terduduk dengan 8 peluru yang tidak langsung berbalas.. MU beat Stoke dengan 4-0.. Walaupun ada komplen dari En Firdaus mengatakan Barbatov tak berbisa langsung bila digandingkan dengan Rooney..Dan malam tu boleh pulak Arsenal melawan dengan 3 gol dari Arshavin, Van Persie dan Vela serta 1 own goal dari Chris Baird.. Thanks a lot.. Sekurang2nya tempat ke 3 masih dalam genggaman Gunners... Tu pun dah cukup baik.. Walaupun tindakan Arshavin yang memberi komen yang menyakitkan hati apabila dilihat dia lebih berminat kepada Barcelona, gol pembukaannya dapat juga mengubat sedikit luka itu. Tapi nampak dia agak selfish sewaktu mengabaikan Van Persie semasa usahanya memasukkan bola.. Fabianski pula bernasib baik tidak dikenakan kad merah walaupun tindakannya keluar dari area dan bola terkena tangannya adalah kesalahan kad merah tetapi referee Jones dalam mood baik hari tu cuma beri dia kad kuning sahaja... Fuhhhh...
My friend tu tentunya tengah celebrate kemenangan Chelsea dan seterusnya dinobatkan sebagai juara.. Dan membe pagi-pagi lagi dah menyanyikan lagu sedih sudirman dengan ke'jaya'an MU di tempat kedua.. hehehe
Apa-apa pun season ini telah berakhir... Biasalah takkan nak kat atas aje kan? Macam yang dia kata.. Bola itu bulattt.... Jumpa lagi di next season..
Adiosss......