Sunday, October 23, 2011

No Luxurious Life For Three Days...

Assalamualaikum...
Hari minggu ni ingatkan nak lepak-lepak sambil makan keropok lekor depan TV tapi rupa-rupanya ada agenda yang lebih penting. Tak apa la.. nak lepak depan TV bila-bila masa boleh.. Nak makan keropok lekor pun tak ada masalah..

 
Sebelum sampai rumah, stall Kak Milah la tempat aku tuju.. Kalau nasib baik, ada pisang tanduk goreng atau sukun goreng.. Boring jugak asyik makan pisang awak..
 
Agenda apa ye? Haaa.. Perkhemahan Perdana..tapi aku tak de la pegi berkhemah.. Dah tinggalkan aktiviti tu lebih dari 10 tahun.. Tak biasa dah.

 .Cuma yang lawak, kena ajar murid berkawad.


Masa nama aku naik, awal-awal dah kena kutuk..haha.. Tapi aku macam biasa.. Cool je..
Dan aku bercadang nak mengajar kawad bersepah..atau kawad senangkan hati (lebih kurang macam 'senang diri' ) ..Ikut mana yang aku suka la.. (Aku kan abang...)..

Tapi, oleh kerana  kem komanden ada sama-sama mengajar dengan aku..tak dapat la aku menggoreng murid-murid tu dengan ilmu kawad baru... hua hua

Anyway, ini merupakan satu pengalaman baru kepada murid-murid dari seawal umur 10 tahun. Masa ni lah kena berjauhan sekejap dengan mak ayah dan merasa manis dan peritnya hidup berdikari. Last word..Bravo!

Monday, October 10, 2011

Say NOOOOOOOOOOOOOO........

Tadi, oleh kerana pagi-pagi dah pekena nasi goreng separuh dengan donut 2 keping..terasa kenyang lah amat.. Hari ni ada ceramah bertajuk "Bahaya Merokok"..Sensitif isu ni.. Okey, nak dengar jugak..
Penceramah pegawai kesihatan dari Pusat Kesihatan Daerah.. Ceramah dia? Boleh la..
Cerita pasal rokok ni, teringat aku zaman dolu-dolu.. (Aku suka hidup dalam nostalgia..)
Arwah bapak dulu smoking jugak..dan biasanya guna daun yang dibeli atau yang diproses sendiri dari daun nipah..(aku pun pernah gak tolong buat daun tu...) and of course..tembakau le.. Nak bagi rasa 'menthol' sikit, dia tambah cengkih.. Lepas tu tolong gentel daun tu dan susun2 dalam tin susu...
Adventurous sungguh!
Tapi ada tak bagusnya dalam pada berbakti kepada ibu bapa ni..sebab aku dengan di'bantu' satu2nya abang aku tu sudah koyak2 kertas buku latihan (biasanya Matematik la..) gulung2 dan bakar hujung..Then kitorang berangan macam smoking..Siap kepit kat jari lagi.. Gila betul!! Tu zaman Jahilliah kami le...

Dari dulu fatwa melarang merokok dah ada cuma kita didedahkan bahawa hukumnya makruh .. tapi berdasarkan fatwa setempat.. kena ikut jugak..
Macam mana?


Alahaii....

Ada satu komen dari saudara rapat aku yang mengatakan yang orang merokok ni sosial dan senang bercampur dengan orang ramai..Ye ke???
Ini kot buktinya...

Jadi kalau ini berlaku, dan kalau tak takut risiko kena penyepak..Lakukan tindakan ini....

*
* Credit to this above blogger.....

(Setakat ni aku tak pernah buat lagi....)

Nak tunjuk risiko akibat merokok ni.?.Kat kotak dia pun dah tunjuk.. Sementara tunggu minum air gula time pregnant dulu pun naik kelabu mata tengok poster macam ni...
(Kalau my mak aku nampak mesti dia kata..'jabang baik amit-amit..')

So, tepuk le dada...tanya 'sakit tak?'

Sunday, September 4, 2011

Belasah je..

Kena belasah dan membelasah... Biasa la dalam games.. Apa nak heran sangat...Sekadar 8 - 2 tu kira macam 6-0 aje.. Biasa la tu.. At least fight jugak dengan 2 gol. San Marino kena belasah dengan Holland,11-0.. Lagi teruk.... Dah le orang-orang keliling penyokong setan merah.. kena kutuk memang kes biasa la.. Cik abang yang penyokong Queen Park Rangers pun bagi idea membina 'Cari team lain le, nel..' Geng The Reds punya fan pulak cadangkan aku sokong Pelita Jaya.... Memang amat memahami...Isk! Tapi, aku balas kata-kata itu dengan satu jawapan.
Aku senyum aje....

Saturday, September 3, 2011


SORRY LA, YEK

Pernah main baling selipar tak? Permainan yang paling 'happening' pada zaman aku membesar. Dan permainan yang menguji kesabaran, setiakawan dan kecekapan. Yang paling penting skill membuat binaan selipar tu. Kalau terkial-kial.. maknanya.. pelepek! Siaplah berbirat belakang kena selipar dari pihak lawan yang takde 'mercy' langsung.
Lepas hujan, bertempat di depan rumah Wak Sharif (arwah) tanah lecak.. Tapi kami peduli apa.. Tengah main, aku pun lupa apa aku dah buat, Si Hadi yang badan besar macam Giant tak puas hati dengan aku. Aku tak mengaku ada mengelat or foul play le kata referee..so, si hadi tolak badan aku. Dah le aku ni kecik, boleh dia tolak aku, sampai terduduk..
Dia ingat dia aje bole tunjuk samseng..Aku bangkit dan tarik badan dia ke tanah.. Dalam lecak tu kami bertumbuk.. Bertubi-tubi aku debik dia.. Last-last si Hadi bangun dan lari balik sambil...menangis..


Dengan badan penuh lumpur, semua balik ke rumah selepas kena tengking dengan Wak Sharif sebab bergasak depan rumah dia..
Kalau le si Hadi terbaca kisah ni.. sempena bulan yang mulia ni, aku minta maaf le dan harap jangan le nak malu nak mengaku that, once, you were defeated by a GIRL...huahua