Syair Bahasa oleh Tuanpunyablog
Dengarlah ini, hamba berperi
Kepada tuan, hamba hormati
Lidah terjaga, kita disanjungi
Setiap masa, bahasa disemi...
Bahasa itu, pelita bangsa
Gunakan ia.. sebaik cuba
Kecil hati, porak peranda
Akibat tak bijak menutur kata
Aduhai teman, rakan dan taulan
Bila berbicara, bahasa diutamakan
Manis lidah, jadi tarikan
Semua orang menjadi kawan
Sayangi bahasa, setiap masa
Besar hati, bangga dirasa
Biar semua melihat kita
Ketinggian bahasa tiada dua
Indahnya bahasa, kita empunya
Dari dahulu, kini dan selamanya
Bahasa indah jadi caranya
Junjunglah ia ke persada dunia
Benarnya bahasa, kitalah raja
Tiada jemu, kita mencuba
Usah dilupa begitu sahaja
Akibatnya hilang siapakah kita
Tuanpunyablog
5 November 2010
No comments:
Post a Comment