Sunday, January 29, 2012
Me VS Weighing Scale kat Bilik Rawatan
Daku rasa weighing scale kat Bilik Rawatan tu dah out of mind.. Tapi nombor yang tertera atas mesin digital tu menghantui daku sepanjang perjalanan balik. Petang ni mesti pergi jogging! Tapi kawasan perumahan daku ada anjing..Alamak, alasan pertama dah keluar dari kotak minda ni..Alasan kedua? Segan la nanti orang nampak...
Petang tu, daku kuatkan semangat. Sambil pungut batu sebesar genggaman dalam 4,5 butir daku berkira-kira akan gunakannya kepada sesiapa sahaja yang memandang semasa daku berjogging tu..Tak kira, anjing ke..orang ke...
Sebelah kaki yang bersalut sneaker yang dibeli semata-mata untuk Program Merentas Desa sekolah kali ke-8, dah berada di luar pagar, tiba-tiba daku tarik semula ke dalam. Dengan tersengih-sengih, daku capai kunci kereta.. dan vroomm... setereng kereta dipusing ke kanan..
Akhirnya, daku ke Taman Millenium yang 25 minit perjalanan jauhnya..Merentasi gunung ganang dan kebun sayur semata-mata nak berjogging.. Tiba sana ada 30 minit aje nak tutup..Terpaksa le daku lupakan kejap nak berjogging..lebih ke arah larian 1000 meter..
Bila aku sampai rumah, cik abang tak percaya daku pergi sejauh tu sebab tak sampai 2 jam daku dah sampai rumah.. Dia tak tau, bukan aje peluh keluar tak ingat, minyak kereta pun keluar tak ingat....
Esok, daku nak challenge mesin digital tu.. Confirm nombor kat atas mesin tu akan berubah........:D
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment