TEKS
PENGACARA MAJLIS PERASMIAN MINGGU ANTI DADAH PERINGKAT SEKOLAH 2012
Bismillahirahmanirahim..
Ke Pekan Kuala membeli bingka,
Sayang pesanan terlupa sudah;
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.
Pengacara
diminta untuk memaklum-kan kepada semua murid agar bersedia dan senyap untuk
upacara majlis bermula
Alu-aluan Pengacara Majlis.
Assalamualaikum warahmatullahhi
wabarakatuh.
Yang Berbahagia, _________________________________
Yang Berusaha,___________________________________
Yang Dihormati, __________________________________
Rakan-rakan guru, warga sekolah
serta murid-murid yang dikasihi sekalian
Alhamdulillah, bersyukur kita
kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan limpah rahmatNya dapat kita
berkumpul di kerapatan ini dalam melaksanakan program Majlis perasmian Minggu
Anti dadah ____________________________
Sebelum dimulakan majlis kita pada pagi ini, semua
warga dewan dipersilakan duduk
Bacaan Doa
Beli raga di Tanjung Keramat,
Diisi bilis lalu diangkat;
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.
Untuk memberkati majlis kita
pada pagi ini, marilah kita memanjatkan doa ke hadrat ilahi. Untuk itu majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan al- Fadhil Ustaz Muhammad Azmi bin
Abdullah untuk memimpin bacaan doa.
Majlis mempersilakannya.
(Bacaan Doa)
Amin Ya Rabbal Alamin.
Majlis mengucapkan terima kasih
kepada al- Fadhil di atas bacaan doa tadi, semoga majlis kita akan lebih
diberkati dan dirahmati Allah s.w.t.
Bacaan Ikrar Anti Dadah
Hadirin warga dewan yang dikasihi
sekelian, Majlis diteruskan dengan Bacaan Ikrar Antidadah dan bagi
menyempurnakan acara, majlis mempersilakan __________________________________,
Ketua Pengawas __________________ untuk mengetuai ikrar. Dipersilakan.
Bacaan Ikrar
Majlis mengucapkan jutaan terima
kasih di atas bacaan ikrar tadi.
Ucapan Perutusan Pengarah
Pendidikan Selangor oleh GPK Hal Ehwal Murid
Sudilah tuan jalan berlapan,
Jalan berlapan di malam kelam;
Sudilah tuan beri ucapan,
Kata perutusan penyampai kalam.
Untuk meneruskan lagi majlis
kita pada hari ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha __________________________, Guru Penolong kanan Hal Ehwal Murid SK________________untuk
menyampaikan ucapan perutusan Ketua Pengarah Pendidikan Negeri Selangor Sempena Hari Anti Dadah Kebangsaan tahun 2012.
Dengan segala hormatnya
dipersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima
kasih kepada ______________________________atas pembacaan perutusan Ketua
Pengarah Pendidikan Negeri Selangor itu
tadi.
Para hadirin sekalian,
Seterusnya,
Majlis dengan sukacitanya
menjemput dan mempersilakan ___________________________, Guru Besar ______________________________ untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan program Minggu Anti Dadah
peringkat sekolah bagi tahun 2012.
Majlis dengan penuh hormat dan
takzimnya mempersilakan.
Ucapan Perasmian oleh Guru Besar
Simpan sejadah di atas para,
Tersisip palang, terkena antan;
Hapuskan dadah musuh negara,
Belia cemerlang jadi kenyataan.
Pihak
majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terimakasih di atas
ucapan serta perasmian program oleh Tuan Guru Besar
Dengan ucapan perasmian itu
tadi, sampailah kita kepada kemuncak acara. Sebelum itu, saya mempersilakan ___________________________________, Penyelaras Program Minggu Anti Dadah __________________________________ untuk menyampaikan taklimat berkenaan aktiviti-aktiviti sepanjang minggu Anti
Dadah peringkat sekolah ini.
Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kpd Puan
Penyelaras Program atas taklimat sebentar tadi.
Bagi menutup tirai majlis,
marilah kita dengan penuh semangat menyanyikan lagu “Dadah Durjana” sebagai
tanda bencinya kita kepada dadah.
Semua diminta berdiri.
Nyanyian
Sekian sahaja daripada saya
Wabillahi Taufik Wal Hidayah Wassalamual aikum Warah matulla hi Wabarakatuh
*Murid Tahun 1-3 masuk ke kelas
*Murid Tahun 4-6 tunggu di dewan
untuk aktiviti SEGAK
No comments:
Post a Comment