Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillahi rabbil alamin, wabihi nasta’in ala umurid
dunia waddin, wa ala alihi wasahbihi ajma’in.
Dari Johor hendak ke Pekan,
Singah di Lipis membeli
haruan,
Semanis senyuman kami
hamparkan ;
Buat bingkisan salam pertemuan.
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh,dan Salam
Sejahtera
Yang Berbahagia,
Encik Noor Azli bin
Abd Rahman, Penolong Pengarah Kanan, Unit Sukan, Jabatan Pelajaran Negeri Selangor
Yang dihormati,
En Khairuddin bin
Hasim, Yang Dipertua PIBG SK Taman Bunga
Raya 1,
Yang Berusaha,
Pn Zalinah bt Zubir,
Guru Besar SK Taman Bunga Raya 1
En Abdul Hadi Bin
Jantan, Guru Penolong Kanan Kurikulum,
Pn Aliya bt Mohd
Jalaludin, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
En Ahmad Shauhada bin
Zakaria, Guru Penolong Kanan Ko Kurikulum,
En Zaini bin Mad
Lazin, Guru Penolong Kanan Petang,
Pn Fauziah bt Amran,
Guru Penolong Kanan PPKI,
Ibu bapa, guru-guru
serta peserta-peserta Kejohanan Sukan Tahunan SK Taman Bunga Raya 1 yang
dikasihi sekelian.
Buah pauh si bunga rampai,
Letak bersama sibunga pekan;
Orang jauh sudahlah sampai,
Selamat datang kami ucapkan.
Biji selasih boleh dimakan,
Menjadi perisa enak terperi,
Kehadiran tuan kami alukan,
Semoga majlis tambah
berseri.
Alhamdulillah, marilah sama-sama kita melafazkan setinggi
ucapan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan Izin Kasih-Nya pada pagi yang
barakah ini kita dapat sama-sama berkumpul bagi melangsungkan Upacara Perasmian
Temasya Sukan Tahunan Kali Ke _____ ini.
Pihak majlis mengalu-alukan kehadiran para jemputan singgah
bertamu ke majlis kita pada hari ini. Semoga dengan kehadiran semua, majlis ini
akan menjadi lebih bermakna.
Bagi memulakan acara, marilah bersama-sama kita berdiri
sebagai tanda setia kepada Negara, seterusnya menyanyikan lagu Negeri Selangor
dan Lagu Sekolah. Para hadirin dipersilakn berdiri.
- LAGU SELANGOR & LAGU SEKOLAH -
Para hadirin dipersilakan mengambil tempat.
Orang Jawa berdagang ke
kota,
Singgah di Acheh membeli
gamat,
Tangan dirafak, restu
dipinta;
Doa diamin memohon rahmat.
Bagi memberkati lagi majlis kita pada hari yang
berbahagia ini, majlis dengan tunduk ta’zimnya menjemput dan mempersilakan Ustaz
Khairi bin Ismail untuk memimpin bacaan doa. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.
Terima Kasih diucapkan kepada Ustaz Khairi bin Ismail
atas bacaan doa sebentar tadi.
Tak lengkap bahtera tanpa
nakhoda,
Tak lengkap malam tanpa
purnama,
Tak lengkap laut tanpa ombak
badainya,
Tak lengkap sambutan tanpa
ucapan alu-aluannya..
Untuk itu, dengan segala hormatnya, pihak majlis
mempersilakan
Yang Berusaha, Pn Zalinah bt Zubir, Guru Besar SK Taman Bunga
Raya 1, untuk menyampaikan ucapan. Dengan Segala
hormatnya, dipersilakan.
___________UCAPAN PENTADBIR____________
Pihak majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha, Pn Zalinah bt Zubir, atas ucapannya sebentar tadi. Semoga kita
semua dapat mengambil input-input penting sebagai panduan pada masa hadapan.
Hadirin sekalian,
Majlis diteruskan lagi dengan upacara perasmian acara
Kejohanan. Oleh yang demikian, majlis menjemput dengan hormat takzimnya,
Yang Berbahagia,
Encik Noor Azli bin
Abd Rahman, Penolong Pengarah Kanan, Unit Sukan, Jabatan Pelajaran Negeri Selangor
bagi menyampaikan
ucapan dan sekaligus menyempurnakan upacara perasmian Kejohanan Sukan Tahunan
Kali Ke____________ ini. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
_UCAPAN VIP_
Sudah teradat si anak lelaki
Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat
Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat
Hadirin sekelian,
Dengan ucapan yang telah disampaikan oleh tetamu kehormat
itu tadi, bermakna sempurnalah sudah upacara perasmian Kejohanan Sukan Tahunan
SK Taman Bunaga Raya 1 Kali ke _________________ ini. Majlis merakamkan ucapan
terima kasih dan setinggi apresiasi buat Yang
Berbahagia,
Encik Noor Azli bin
Abd Rahman, Penolong Pengarah Kanan, Unit Sukan, Jabatan Pelajaran Selangor
atas ucapan sebentar tadi.
Hadirin yang dihormati sekelian,
Seterusnya, mari kita rehatkan sebentar minda dengan menyaksikan
persembahan Gimrama dari murid-murid Tahun 4. Bagi makluman tuan2 dan puan2,
persembahan ini adalah di bawah bimbingan Cik Suraya bt Mansor bersama-sama dengan Cik Hidayah bt Abd Rahman dan Cik Atikah bt
Samsuddin.
Dengan ini, majlis mempersilakan persembahan Gimrama.
- -GIMRAMA-
Begitulah persembahan yang ceria dan bersemangat dari
anak-anak comel SK Taman Bunga Raya 1. Majlis merakamkan ucapan terima kasih
atas persembahan itu tadi.
Kita teruskan acara dengan bacaan Ikrak Kejohanan Sukan
Tahunan. Dengan ini, majlis mempersilakan Adik
_________________________________________________ untuk mengetuai bacaan Ikrar
Kejohanan. Dipersilakan.
Itulah tadi bacaan ikrar kejohanan yang memberi makna
semangat kesukanan yang masih utuh di hati anak-anak pewaris bangsa dan Negara
yang tercinta ini.
-Murid ambil tempat-
Hadirin sekelian..
Bagi makluman
hadirin, acara yang akan berlangsung selepas ini ialah acara sukanneka dari
murid-murid PPKI.
-ACARA IKUT BUKU PROGRAM…
Ucapan salam pengakhir kata
Segala yang ada dikongsi bersama
Apa yang kurang maaf dipinta
Sudilah berkunjung di lain masa
Akhir kata, saya memohon maaf jika terdapat sebarang
kesilapan sepanjang mengendalikan majlis ini. Yang baik itu datangnya dari
Allah, yang buruk itu datangnya dari kelalaian dan kekhilafan diri saya
sendiri.
Tirai majlis saya tutup dengan Wabillah
itaufiqwalhidayah, wassalamualaikum warahmatullah hiwabaratuh.