TEKS
PENGACARA MAJLIS
HARI
ANUGERAH KECEMERLANGAN 2015
SK
TAMAN BUNGA RAYA 1
Mengumumkan
ketibaan,
Yang Berbahagia,
Datuk Aminuddin b Arifin (CEO Dinastia Jati Sdn Bhd)
Diiringi oleh
dif-dif jemputan
Masuk ke dewan…
Para hadirin
dipersilakan berdiri.
|
|
NYANYIAN 3 BUAH LAGU
Gabungan Pengawas
Sekolah dan Murid- Bermasalah Pendengaran
|
(tidak perlu umum)
Majlis mengucapkan
terima kasih atas nyanyian Lagu Sekolah, Lagu Negeri Selangor dan Lagu
Negaraku dari gabungan Pengawas Sekolah dan Murid PPKI Bermasalah Pendengaran
sebentar itu tadi. Hadirin dipersilakan duduk.
|
Persembahan Selamat Datang
|
( Percussion)
|
BACAAN DOA
(FADZLINA )
|
Hadirin sekalian,
Lebat kemiri pohonnya rendah
Dahan terikat tali perkasa
Sepuluh jari kami menadah
Mohon berkat Yang Maha Esa
Bagi memberkati
majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita mengaminkan doa yang akan
diketuai oleh Yang dihormati, Ustaz Khairul Qazreen bin Rajab
Dengan penuh
takzimnya,dipersilakan.
……..DOA………
|
SALUTASI/ UCAPAN
ALUAN PENGACARA MAJLIS
(FADZLINA)
|
Yang Berbahagia,
Datuk Aminuddin b Arifin
(CEO Dinastia Jati Sdn Bhd)
Yang
Dihormati,
En
Khairuddin bin Hashim, Yang Dipertua
PIBG SK Taman Bunga Raya 1,
Yang
Berusaha,
En
Mohd Hasren bin Damiri, Guru Besar SK Taman Bunga Raya 1
En
Abdul Hadi Bin Jantan, Guru Penolong Kanan Kurikulum,
Pn
Aliya bt Mohd Jalaludin, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
En
Ahmad Shauhada bin Zakaria, Guru Penolong Kanan Ko Kurikulum,
En
Zaini bin Mad Lazin, Guru Penolong Kanan Petang,
Pn
Fauziah bt Amran, Guru Penolong Kanan PPKI,
Ibu bapa, guru-guru dan Murid-murid cemerlang
SK Taman Bunga raya 1 yang dikasihi sekalian,
Assalamualaikum dan
selamat sejahtera.
|
(FADZLINA)
|
Hadirin sekalian,
Dari Dewan Tan Sri Mustapha Kamal, SK
Taman Bunga Raya 1, mengalu-alukan kehadiran hadirin sekalian ke
“ MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SK TAMAN
BUNGA RAYA 1, 2015.
Diadakan khas bagi mengiktiraf pelajar yang menunjukkan kesungguhan dalam pelbagai bidang
akedemik. Justeru, adalah menjadi harapan kami warga pendidik agar
ianya menjadi tonggak bagi memulakan anjakan pradigma dan pencetus revolusi
dalam diri setiap pelajar.
Hadirin sekelian, dengan persembahan
Selamat Datang hasil bimbingan Ustaz Khairi b Ismail dan En Haffiz bin Razali
itu tadi, majlis sekali lagi mengucapkan Selamat datang kepada semua dan
kehadiran tuan puan sekelian sesungguhnya dapat memeriahkan majlis kami pada
hari yang berbahagia ini.
|
UCAPAN GURU BESAR
( ATIKAH)
|
Tak molek, jika ada alu tida lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada
perahunya
Tak lengkaplah majlis jika tiada yang
berbicara
Hadirin sekalian,
Tirai majlis kita pada hari ini ajkan
dimulakan dengan ucapan alu-aluan. Untuk itu, majlis menjemput dan
mempersilakan,
Yang Berusaha, En Mohd Hasren bin Damiri,
Guru Besar SK Taman Bunga Raya 1, untuk menyampaikan ucapan, dipersilakan.
…UCAPAN GB……
Demikian tadi ucapan
daripada Guru Besar SK Taman Bunga Raya 1, En Mohd Hasren b Damiri.
Majlis mengucapkan
terima kasih atas ucapan yang telah disampaikan itu tadi.
|
UCAPAN YDP PIBG
(ATIKAH)
|
Hadirin sekalian,
Majlis diteruskan
lagi dengan ucapan Yang diPertua PIBG SK.Taman Bunga Raya 1. Dengan itu, majlis menjemput dan mempersilakan
Yang diHormati, En. Khairuddin bin
Hashim,
YDP PIBG untuk
menyampaikan ucapan, dipersilakan.
…UCAPAN YDP PIBG……
Pergi menjala ikan haruan,
Sayang tersepit di celah papan;
Terima kasih padamu tuan,
Atas kesudian menyampaikan ucapan.
Majlis merakamkan
ucapan terima kasih kepada En Khairuddin b Hashim atas ucapan beliau itu
tadi.
|
UCAPAN PERASMIAN
(AZLINA)
|
Hadirin sekalian,
Kalau tuan pikat kenari,
Jangan patahkan batang jerami;
Kepada tuan mandat diberi,
Mohon disempurnakan majlis kami.
Tidak lengkap majlis andai tiada perasmi
menutur bicara, maka kita teruskan lagi majlis kita dengan ucapan perasmian.
Untuk itu, majis menjemput dan
mempersilakan,
Yang Berbahagia,
Datuk Aminuddin b Arifin (CEO Dinastia Jati Sdn Bhd)
untuk menyampaikan ucapan seterusnya
merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan 2015. Dipersilakan.
…………………(ucapan tamat)……………..
à GIMIK PERASMIANß (En Norhasmadi)
Majlis merakamkan rasa terima kasih yang
tidak terhingga kepada Yang Berbahagia, Datuk Aminuddin b Arifin atas ucapan yang
telah disampaikan serta upacara perasmian yang telah disempurnakan. Dengan yang
demikian, rasmilah sudah, Majlis Hari anugerah Kecemerlangan SK Taman Bunga
Raya 1 2015.
|
PENYAMPAIAN
ANUGERAH KHAS
(FADZLINA )
|
Melati kuntum rotan berhias,
Tumbuh melata di tepi kali
Anugerah cemerlang 2015
Murid cemerlang kita hargai
Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar
Bagi tahun 2015 SK Taman Bunga Raya 1 pada hari ini akan kita mulakan dengan
Penyampaian Anugerah Penghargaan serta tokoh-tokoh khas murid. Untuk itu,
majlis sukacitanya menjemput,Yang Berbahagia,Datuk Aminuddin b Arifin CEO Dinastia Jati Sdn Bhd)
dengan diiringi oleh Yang Berusaha, En Mohd Hasren bin Damiri untuk
menyempurnakan upacara.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan.
Dimulakan dengan
penyampaian tanda penghargaan kepada Ketua Pengawas, Penolong Ketua Pengawas
1 dan Penolong Ketua Pengawas 2 ( Sesi 2015)
*baca senarai nama
Seterusnya, Penghargaan kepada Ketua Pengawas PSS
dan Penolong Ketua Pengawas PSS ( Sesi 2015)
*baca senarai nama
Majlis diteruskan lagi dengan Pelantikan Ketua
Pengawas, Penolong Ketua Pengawas 1 dan Penolong Ketua Pengawas 2 ( Sesi
2016) serta
Pelantikan Ketua Pengawas PSS dan Penolong Ketua
Pengawas PSS ( Sesi 2016)
Majlis juga berbesar hati untuk menyampaikan tanda penghargaan kepada calon-calon yang telah memperolehi keputusan cemerlang dalam UPSR 2015. Dengan itu dipersilakan…. ( senarai nama 5A)
Anugerah Tokoh
Hadirin hadirat yang dikasihi sekelian,
Setiap anak kita mempunyai potensi diri dan di
antara mereka Berjaya menonjolkan potensi diri dengan sebaiknya, Dengan ini
majlis diteruskan dengan penyampaian anugerah bagi murid yang telah Berjaya membina
ketokaohan mereka dalam cara yang tersendiri. Sebelum itu, marilah sama-sama
kita saksikan montaj pencapaian mereka. Dipersilakan.
Tayangan Montaj Tokoh (Powtoon)
Perarakan Masuk Tokoh
Penganugerahan Tokoh
Bagi Tokoh Nilam Tahap 1, penerimanya ialah
____________________________________________________
Dipersilakan ibu bapa tokoh untuk berada bersama-sama di atas pentas menerima
anugerah. Dipersilakan.
Bagi Tokoh Nilam Tahap 2, penerimanya ialah
____________________________________________________
Dipersilakan ibu bapa tokoh untuk berada bersama-sama di atas pentas menerima
anugerah. Dipersilakan.
Bagi Tokoh PPKI, penerimanya ialah
____________________________________________________
Dipersilakan ibu bapa tokoh untuk berada bersama-sama di atas pentas menerima
anugerah. Dipersilakan.
Bagi Tokoh Kokurikulum Lelaki, penerimanya ialah
____________________________________________________
Dipersilakan ibu bapa tokoh untuk berada bersama-sama di atas pentas menerima
anugerah. Dipersilakan.
Bagi Tokoh Nilam Tahap 1Kokurikulum Perempuan,
penerimanya ialah
____________________________________________________
Dipersilakan ibu bapa tokoh untuk berada bersama-sama di atas pentas menerima
anugerah. Dipersilakan.
Seterusnya,
Bagi Tokoh Bestari Lelaki, penerimanya ialah
____________________________________________________
Dipersilakan ibu bapa tokoh untuk berada bersama-sama di atas pentas menerima
anugerah. Dipersilakan.
Diikuti dengan Tokoh Bestari Perempuan, penerimanya ialah
____________________________________________________
Dipersilakan ibu bapa tokoh untuk berada bersama-sama di atas pentas menerima
anugerah. Dipersilakan.
Dan anugerah yang tertinggi….
Tokoh Murid SKTBR1 2015, penerimanya ialah
____________________________________________________
Dipersilakan ibu bapa tokoh untuk berada bersama-sama di atas pentas menerima
anugerah. Dipersilakan.
|
ANUGERAH KHAS
( AZLINA )
|
TOP SECRET .. (TIME RAPTAI TAK PYH SEBUT
PART NI)
Hadirin dan Hadirat
sekelian,
Satu lagi anugerah
khas yang akan disampaikan bagi menghargai usaha dan jasa anak SK Taman Bunga
Raya 1 yang telah mengharumkan nama sekolah hingga ke peringkat antarabangsa.
( baca biodata… atau
ada montaj???)
Dengan itu majlis
mempersilakan ___________________________________________ dengan diiringi
oleh ayahanda dan bonda tercinta juga pembimbing beliau untuk tampil menerima
Anugerah Khas ini. Dipersilakan…
|
CENDERAHATI
(AZLINA)
|
Begitulah tadi
penyampaian tanda penghargaan serta anugerah-anugerah khas. Majlis merafakkan
rasa terima kasih atas kesudian tetamu kami hadir merasmikan majlis serta
menyampaikan hadiah. Sebagai tanda penghargaan yang tidak terhingga, majlis
mempersilakan Yang Berusaha, en Mohd Hasren b damiri, Guru Besar SK Taman
Bunga Raya 1 untuk menyampaikan cendera hati tanda ingatan dan penghargaan
dari pihak sekolah. Dipersilakan.
|
TETAMU KE JAMUAN
(AZLINA)
|
Terima kasih
diucapkan kepada En Mohd Hasren b Damiri atas penyampaian cenderahati itu
tadi.
Seterusnya, majlis
mempersilakn Yang Berusaha, guru besar bersama-sama Yang Dipertua PIBG untuk
mengiringi Yang Berbahagia, Datuk Aminuddin b Arifin bagi menikmati sedikit juadah yang tersedia.
Dipersilakan.
|
PERSEMBAHAN PPKI
( ATIKAH)
|
Hadirin hadirat
sekelian, kita teruskan acara dengan persembahan daripada anak-anak PPki dari
masalah pendengaran dengan persembahan
_____________________________
Dipersilakan.
…….PERSEMBAHAN ………..
Demikian tadi
persembahan dari anak-anak PPKI di bawah bimbingan Pn Zaharatul Azma bt
_______________________ Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas
persembahan itu tadi.
|
ANUGERAH PPKI DAN
LINUS
(FADZLINA)
|
Majlis kita
diteruskan lagi dengan Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Murid-murid PPKI
serta anugerah kecemerlangan LINUS. Dengan itu majlis mempersilakan
Penyampai : En Hazrul b Rahim / Pn Norhayati bt
Sawaluddin
dengan
Diiringi oleh: Pn Fauziah bt Amran
Untuk menyampaikan
anugerah kepada penerima.
Dipersilakan
(baca senarai nama)
·
Anugerah Khas (peningkatan Prestasi Murid-murid
LINUS – 3 orang sahaja)
·
PPKI
Terima kasih diucapkan kepada En Hazrul b Rahim / Pn Norhayati bt Sawaluddin atas penyampaian hadiah itu tadi.
|
PERSEMBAHAN TARIAN
( AZLINA)
|
Anak tiong di celah papan,
Asyik mematuk isi kuini;
Lembut si comel melangkah sopan,
Persembahan tarian menyusul kini.
Marilah tuan puan, kita
nikmati persembahan tarian yang bertajuk Kurik Kundi daripada murid-murid Tahun
1.
Dipersilakan.
…….TARIAN ………….
Terima kasih atas
persembahan itu tadi. Bagi makluman tuan puan, persembahan tarian itu tadi
adalah di bawah bimbingan Pn Intan Erisha jamaludin & Cik Umi Zakiah bt
Hazram serta Pn Nur Aqilah Aisyah bt Ali Hussin. Terima kasih sekali lagi
diucapkan.
|
PENYAMPAIAN ANUGERAH TAHUN
1
(ATIKAH)
|
Hadirin hadirat yang dihormati sekelian,
Seterusnya, kita beralih kepada Penyampaian Anugerah Kecemerlangan
Murid-murid Tahun 1. Dengan itu majlis mempersilakan
Penyampai : (En Esmen
Zukry bin Bujang )
(diiringi oleh En
Ahmad Shauhada bin Zakaria)
untuk menyampaikan hadiah kepada penerima.
Dipersilakan.
(baca senarai nama)
·
Tahun 1
Terima kasih diucapkan kepada En Esmen Zukry bin Bujang atas penyampaian hadiah itu tadi.
|
PERSEMBAHAN NASYID
(FADZLINA)
|
Majlis pada pagi ini
diteruskan lagi dengan persembahan dari murid-murid Tahun 2 dengan
persembahan Nasyid yang bertajuk :Buta
Mata dan Dua Solat Dhuha. Dipersilakan.
…………..NASYID…………….
Hadirin sekelian,
persembahan nasyid dari anak-anak Tahun 2 itu tadi adalah di bawah bimbingan Pn Nurul Fadzila bt Damiri, Pn Norazah bt
Aziz, Puan Masitah bt Mohammad dan Pn Norsaidah bt Ismail
Terima kasih diucapkan.
|
PENYAMPAIAN ANUGERAH TAHUN
2
(FADZLINA)
|
Kita teruskan lagi
Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan ini dengan Penyampaian Anugerah Kecemerlangan
Murid-murid Tahun 2. Dengan itu majlis mempersilakan
Penyampai : En Nor Azliman bin Abd
Rashid)
(diiringi oleh En
Zaini b Mad Lazin – GPK Petang)
untuk menyampaikan hadiah.
Dipersilakan.
(baca senarai nama)
·
Tahun 2
Terima kasih diucapkan kepada _En Nor Azliman bin Abd Rashid atas penyampaian hadiah itu tadi.
|
PERSEMBAHAN ACTION
SONG
(AZLINA)
|
Hadirin sekalian,
Majlis kita akan
dihiburkan dengan persembahan Action
Song dari anak-anak Tahun 3 dengan temanya “ Reach for The Sky”.
Dengan itu majlis mempersilakan.
………..ACTION SONG…………
Begitulah tadi
menariknya persembahan Action Song yang dipimpin oleh Pn Intan Erisha bt
Jamaludin dan dibimbing bersama Pn Hazliza bt kamaruddin dan En Ridzwan b
Jamaludin. Bagi makluman tuan puan, persembahan itu tadi telah mendapat naib
johan bagi Pertandingan Action Song di peringkat Daerah Hulu Selangor.
Tahniah dan terima kasih diucapkan.
|
PENYAMPAIAN ANUGERAH TAHUN
3
(AZLINA)
|
Tuan-tuan dan
Puan-puan yang dikasihi sekelian,
Kita teruskan lagi
Majlis ini dengan Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Murid-murid Tahun 3.
Dengan itu majlis mempersilakan
Penyampai : En Md Rafi bin Ibrahim
(diiringi oleh Puan
A’liya bt Mohd Jalaluddin- GPK HEM )
untuk menyampaikan hadiah.
Dipersilakan.
(baca senarai nama)
·
Tahun 3
Terima kasih diucapkan kepada En Md
Rafi bin Ibrahim atas penyampaian hadiah itu tadi.
|
PERSEMBAHAN DIKIR BARAT
BAHASA ARAB
(FADZLINA)
|
Orang Arab balik Arab,
Pakai pula jubah labuh;
Dikir Barat Bahasa Arab,
Diiring pula pukulan tabuh.
Seterusnya, mari kita
saksikan sebuah persembahan Dikir Barat bahasa Arab dengan tajuknya “
madrosati atau Sekolahku dan *________________________ yang bermaksud Pesan
Ibu dari murid-murid Tahun 4. Dipersilakan.
……….DIKIR BARAT B ARAB……….
Begitulah tadi persembahan menarik Dikir
Barat dalam Bahasa Arab di bawah bimbingan Pn Norazah bt Mamat, Pn Fatimah bt
Mamat dan En Haffiz bin Razali. Majlis mengucapkan terima kasih atas
persembahan itu tadi.
|
PENYAMPAIAN ANUGERAH TAHUN
4
(FADZLINA)
|
Tuan-tuan dan
Puan-puan yang dikasihi sekelian,
Kita teruskan lagi
Majlis ini dengan Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Murid-murid Tahun 4.
Dengan itu majlis mempersilakan
Penyampai : En Jasni bin Sodek
(diiringi oleh En
Abd Hadi bin Jantan – GPK Kurikulum)
untuk menyampaikan hadiah. Dipersilakan.
(baca senarai nama)
·
Tahun 4
Terima kasih diucapkan kepada _ En Jasni bin Sodek
atas penyampaian hadiah itu tadi.
|
PERSEMBAHAN BICARA
BERIRAMA
(FADZLINA)
|
Hadirin warga dewan
yang dihormati sekelian,
Majlis kita akan
diserikan lagi dengan persembahan Bicara Berirama yang bertajuk Bersediakah Kita? yang akan
disampaikan oleh murid-murid Tahun 5. Dengan itu majlis mempersilakan.
…..BICARA
BERIRAMA………
Itulah tadi persembahan Bicara Berirama dari
murid-murid Tahun 5 di bawah bimbingan En Zamhariz bin Din, Pn Anisah bt Mohd Tauhid juga
hasil tunjuk ajar dari Yang Berusaha tuan Guru Besar, En Mohd Hasren bin
Damiri. Tahniah dan terima kasih diucapkan atas persembahan tadi.
|
PENYAMPAIAN ANUGERAH TAHUN
5
(ATIKAH)
|
Tuan-tuan dan
Puan-puan sekelian,
Majlis ini kita
teruskan dengan Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Murid-murid Tahun 5.
Dengan itu majlis mempersilakan
Penyampai : En Aminuddin bin Ismail
(diiringi oleh En
Mohd Hasren b Damiri- GB SKTBR 1 )
untuk menyampaikan hadiah. Dipersilakan.
(baca senarai nama)
·
Tahun 5
Terima kasih diucapkan kepada En Aminuddin bin Ismail
atas penyampaian hadiah itu tadi.
|
PERSEMBAHAN KOIR
(ATIKAH)
|
Hadirin sekalian,
Dari kedah ke bandar
Perlis,
Singgah bersantai di tepi jeti, Persembahan akhir memeriahkan majlis, Semoga hadirin terhibur di hati.
Majlis gilang
gemilang ini akan diteruskan lagi dengan persembahan koir dengan tajuk
MEWANGI dan I HAVE A DREAM dari murid-murid Tahun 5. Untuk itu majlis
mempersilakan.
…..KOIR………
Untuk makluman
semua, persembahan koir itu tadi di bawah pimpinan, Pn Rubiah bt Abd Razak,
Puan Haslina bt Md Ismail dan juga dari tunjuk ajar daripada Pn A’liya bt
Mohd Jalaluddin, GPK HEM. Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan
itu tadi.
|
PENYAMPAIAN ANUGERAH TAHUN
6
(AZLINA)
|
Hadirin hadirat yang
dikasihi sekelian,
Seterusnya smpailah
kita kepada Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Murid-murid Tahun 6. Dengan
itu majlis mempersilakan
Penyampai : En Azizi bin Mohamed
Jaafar
(diiringi oleh En
Khairuddin bin Hashim -YDP PIBG )
untuk menyampaikan hadiah.
Dipersilakan.
(baca senarai nama)
·
Tahun 6
Terima kasih diucapkan kepada En Azizi bin Mohamed Jaafar atas penyampaian hadiah itu tadi.
|
BERSURAI
(FADZLINA)
|
Dengan berakhirnya penyampaian Anugerah
Kecemerlangan bagi murid-murid Tahun 6 itu tadi, maka tibalah masanya untuk
kami selaku pengendali majlis mengundur diri. Kami menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf
sekiranya ada terlanjur kata, terlampau cara sepanjang kami berbicara.
Terima kasih buat semua warga SK Taman
Bunga Raya 1 , ibu bapa, rakan guru serta orang perseorangan yang terlibat
secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan Hari Anugerah Kecemerlangan
2015 ini.Sesungguhnya kerja dan amal yang penuh dengan keikhlasan akan
mendapat ganjaran dan keberkatan dari Allah s.w.t. InsyaAllah.
Akhir sekali terimalah 2 rangkap pantun
dari kami.
Pohon kenanga elok merimbun,
Tersenyum si dara menyunting bunganya;
Kami menghimpun maaf dan ampun,
Wacana hidup berkat selamanya.
Burung tekukur terbang rendah,
Terbang bersama si burung murai;
Saat ini saat penyudah,
Tanda majlis melabuhkan tirai.
Sekian Wabillahi taufiq wal hidayah
Assalamualaikum
wbr
|
No comments:
Post a Comment