TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN
KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SK PARIT LATIFF, MUAR
KALI KE-43
Bil |
Acara |
Teks |
Umumkan ketibaan VIP Paluan kompang |
Mengumumkan ketibaan Yang Dipertua PIBG SK Parit
Latiff, Tuan Hj Marhalim bin Mohd Noh, bersama En Nordin bin Kastor, guru
Besar, Guru-guru Penolong Kanan serta AJK PIBG SK Parit Latiff. |
|
Ucapan alu-aluan |
Assalamualaikum w.b.t
dan selamat datang ke Kejohanan Sukan Tahunan SK Parit Latiff, Sekolah
Kluster Kecemerlangan Kali Ke 43 Tahun 2019. Yang Dihormati, En
Naim bin Jusry, Ahli Majlis Perbandaran Muar, Penyelaras DUN Sungai Balang, Yang Berusaha En Nordin bin Kastor,
Guru Besar SK Parit Latiff, Tn Haji Marhalim bin
Md Noh, YDP PIBG SK Parit Latiff, Pn Jamaliah bt Hamzah,
Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Parit Latiff, Yang dihormati Pn. Hjh Faridah bt
Mohd Saripan, Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK Parit Latiff En Mohammad bin
Sulaiman, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Parit Latiff Ahli Jawatankuasa PIBG
SK Parit Latiff Guru-guru, tuan-tuan,
puan-puan seterusnya murid-murid SK Parit Latiff yang dirahmati Allah
sekalian. |
|
Perbarisan lintas
hormat |
Sebagai pembuka tirai
kejohanan sukan tahunan ini, marilah sama-sama kita saksikan perbarisan
lintas hormat semua kontinjen yang mengambil bahagian. |
|
Menjemput
VIP menerima tabik hormat dari peserta perbarisan |
Dengan itu, kami dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Dihormati, En Naim bin Jusry, Ahli Majlis Perbandaran Muar, Penyelaras DUN Sungai Balang untuk menerima tabik hormat daripada peserta perbarisan. Dipersilakan. - MUZIK PERBARISAN |
|
Perbarisan
Bendera kejohanan |
Perbarisan lintas hormat dimulakan oleh pasangan pembawa bendera kejohanan, Mohd Najwan bin Norizam dan Mohd Najmi bin Norizam. |
|
Perbarisan
Rumah Biru |
Mendahului
perbarisan rumah sukan adalah kontinjen rumah Laksamana yang mewakili
Warna Biru dengan mottonya ‘Laksamana is Dynamite’.
Kontinjen ini diketuai oleh Adam Haikal bin Seman dan dianggotai seramai 30
orang peserta. Manakala pembawa sepanduk bagi rumah Biru ialah adik Siti
Aisyah bt Eizamuddin. |
|
Perbarisan
Rumah Merah |
Seterusnya
ialah kontinjen daripada rumah Bendahara, mewakili warna Merah yang dianggotai seramai
30 orang peserta perbarisan dengan mottonya ‘ Bendahara Boleh!’.
Kontinjen ini diketuai oleh Mohd Aqiel Ridwan bin Zuhail dan Pembawa
sepanduk bagi pasukan ini ialah Nur Auni Nadzirah bt Nazeri. |
|
Perbarisan
Rumah Kuning |
Ini diikuti oleh kontinjen daripada rumah Syahbandar yang
mewakili warna Kuning yang dianggotai seramai 30 orang peserta perbarisan
dengan mottonya ‘ Kuning Dipersada’Syahbandar, All The Best!’. Kontinjen
ini diketuai oleh Mohd Amirul Faes bin Arozi dan Pembawa
sepanduk rumah Kuning ialah Nor Dania Qistina bt Aminur Rashid. |
|
Perbarisan
Rumah Hijau |
Menyusul
di belakang ialah Kontinjen rumah
Temenggung yang mewakili warna Hijau dengan mottonya ‘Temenggung, Go!
Go! Go!’. Kontinjen ini diketuai oleh Mohd Raziq Syahmi bin Zaini
bersama seramai 30 orang peserta perbarisan. Pembawa sepanduk bagi rumah
Hijau ialah Fatin Nadhirah Hani bt Ismail. |
|
Prasekolah |
Majlis
merakamkan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Mat Nadzari Bin
Ahmad Dahlan kerana sudi menerima tabik hormat daripada kontinjen
perbarisan. |
|
Bacaan
Doa |
Hadirin yang
dimuliakan sekelian, Sebagai menyatakan
kesyukuran serta memohon keberkatan marilah kita sama-sama menadah tangan
untuk mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh En Muhammad Azmi
bin Abdullah. Dipersilakan. …. (Bacaan
doa)……………….. |
|
Nyanyian
Lagu Negaraku |
Hadirin yang dihormati
sekalian,seterusnya, nyanyian lagu
Negaraku dan Lagu Bangsa Johor. Majlis mengucapkan
terima kasih atas nyanyian itu tadi. Hadirin dipersilakan duduk. |
|
Ucapan perasmian |
Majlis
seterusnya mempersilakan Yang Dihormati, En Naim bin Jusry, Ahli
Majlis Perbandaran Muar, Penyelaras DUN Sungai Balang untuk menyampaikan
ucapan dan seterusnya merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan SK Parit Latiff Kali
ke-43. Dengan segala hormatnya, dipersilakan. …………………… Majlis
merakamkan terima kasih kepada Yang Berhormat, Tuan Mat Nadzari Bin
Ahmad Dahlan di atas ucapan perasmian itu tadi dan setinggi-tinggi
penghargaan kerana sudi merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan SK Parit Latiff Kali
ke-43. |
|
Upacara
menaikkan bendera |
Majlis
diteruskan lagi dengan upacara menaikkan bendera kejohanan. Untuk itu,
dipersilakan 2 orang atlet sekolah untuk menyempurnakan upacara menaikkan
bendera kejohanan. |
|
Lafaz
ikrar kejohanan |
Seterusnya,
dipersilakan pembawa bendera kontinjen yang bertanding maju ke hadapan untuk
bersama-sama mengiringi lafaz ikrar kejohanan yang akan diketuai oleh Muhammad
Najwan bin Norizam. Majlis
merakamkan terima kasih di atas lafaz ikrar kejohanan itu tadi. |
|
Perbarisan
Keluar padang |
Majlis
diteruskan lagi dengan perbarisan keluar padang oleh kontinjen yang mengambil
bahagian untuk masuk ke khemah masing-masing. …………. |
|
Acara
Sukan |
Hadirin
dan hadirat sekalian, sebentar lagi akan dimulakan acara-acara akhir
Kejohanan Sukan Tahunan SK Parit Latiff Kali ke-43. |
|
|
|
IKUT
ATURCARA & JADUAL OLAHRAGA |
|
Penyampaian
hadiah (1) |
Begitulah
tadi tamatlah sudah semua acara akhir bagi Kejohanan Sukan Tahunan SK parit
Latiff Kali ke 43. Seterusnya diminta
para pemenang bagi setiap acara untuk bersedia bagi Upacara penyampaian
Hadiah. Dengan ini pihak Majlis dengan sukacitanya menjemput dan
mempersilakan tuan guru besar, En. Nordin bin Kastor mengiringi Yang
Dihormati, En Md Taib bin Md Suhut, Pengerusi Komuniti Harapan Malaysia
Parlimen Muar untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Dipersilakan. Pingat
emas dimenangi oleh ………………….daripada rumah...... Pingat
perak pula disandang oleh adik…dari rumah…. Pingat
gangsa menjadi milik adik…dari rumah... ........................ Majlis
merakamkan terima kasih kepada En Md Taib bin Md Suhut kerana telah sudi
menyempurnakan majlis penyampaian hadiah itu tadi. |
Majlis
penutupan kejohanan dan penyampian hadiah ketegori khas(6) |
Seterusnya,
tibalah acara kemuncak Kejohanan Sukan Tahunan SK Parit Latiff Kali ke-43.
Oleh itu, dijemput En Md Taib bin Md Suhut, Pengerusi Komuniti Harapan
Malaysia Parlimen Muar untuk menyampaikan ucapan penutupan Kejohanan
Sukan Tahunan SK Parit Latiff. Dengan
hormatnya dipersilakan. Begitulah
tadi ucapan Penutup dan Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan
yang telah disampaikan. Sebagai
kemuncak acara, diumumkan anugerah-anugerah tertinggi kejohanan Sukan SK
Parit Latiff Kali Ke 43 ini. PENYAMPAIAN
ANUGERAH/HADIAH TERTINGGI (IKUT
LIST DARI AMIR) |
|
Kami
ingin merakamkan sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua
pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membantu
menjayakan dan melicinkan perjalanan Kejohanan Sukan Tahunan SK Parit Latiff Kali
ke-43 pada tahun ini. ................................................................. Sekian
sahaja, Majulah
sukan untuk negara. Assalamualaikum w.b.t |
·
No comments:
Post a Comment