Friday, November 5, 2010

Memory

You walked into my life,
But just like that,
You walked back out,
Still you will be a memory,
A memory that I have created in my mind,
Still you will be a memory,
A memory that will always be locked,
Away in my heart and my mind,
I will always have a memory of you in my heart,
And I will always carry that picture of you in my mind,
Still you will be a memory...

Thursday, November 4, 2010

Nasri named PFA Fans' Player of the Month

Samir terpilih sebagai Pemain Bulan Ini bagi bulan Oktober oleh PFA (Professional Footballers Association)Fans'.

Pemain tengah Arsenal itu telah dapat mengalahkan Raphael Van der Haart (Spurs) dan Carlos Tevez (City) dan sekarang ini bintangnya sedang menyinar di bawah bimbingan Arsene Wenger.

Nasri telah menjaringkan 3 gol dalam 5 kemunculan bersama Arsenal dalam Oktober. Dia menjaringkan gol penalti menentang Birmingham dan membantu Arsenal mengalahkan Shakhtar Donetsk dalam Champions League yang berkesudahan Arsenal 5 dan SD 0, sebelum memecahkan kebuntuan gol dengan menumpaskan Manchester City dengan 3-0.

Wenger baru-baru ini menamakan Nasri sebagai "dream player" yang telah menunjukkan permainan yang hebat semenjak kehadirannya ke Emirates Stadium dalam perpindahan musim panas pertengahan 2008.

Quote &
Translation from Arsenal.com


Syair Pertama

Ada tugasan anak untuk bersyair.. Cari syair yang ada kena mengena dalam internet, tak ada yang sesuai.. Last-last, cipta sendiri syair ni.. Hakcipta terpelihara ni tau...

Syair Bahasa oleh Tuanpunyablog


Dengarlah ini, hamba berperi

Kepada tuan, hamba hormati

Lidah terjaga, kita disanjungi

Setiap masa, bahasa disemi...


Bahasa itu, pelita bangsa

Gunakan ia.. sebaik cuba

Kecil hati, porak peranda

Akibat tak bijak menutur kata


Aduhai teman, rakan dan taulan

Bila berbicara, bahasa diutamakan

Manis lidah, jadi tarikan

Semua orang menjadi kawan


Sayangi bahasa, setiap masa

Besar hati, bangga dirasa

Biar semua melihat kita

Ketinggian bahasa tiada dua


Indahnya bahasa, kita empunya

Dari dahulu, kini dan selamanya

Bahasa indah jadi caranya

Junjunglah ia ke persada dunia


Benarnya bahasa, kitalah raja

Tiada jemu, kita mencuba

Usah dilupa begitu sahaja

Akibatnya hilang siapakah kita


Tuanpunyablog

5 November 2010

Tuesday, October 19, 2010


To love someone, you just need a blink of an eye... but, to forget someone, you would need the whole world...

Anjing

Masa aku balik dari outing dari town dengan Inn ( allahyarham..), lalu la lorong sebelah rumah besar milik sorang tokeh Cina tu.

Tengah syok-syok bersembang, tiba-tiba..

'Gong!Gong!Gong!

Terkejut badak aku dan Inn sampai mencicit kitaorang lari. Inn lari laju sbb dia tu atlit.

Tup2 aku nampak Inn dah sampai seberang jalan.. Siap sembunyi belakang lori buruk lagi. Aku berhenti ambik oksigen kejap betul-betul kat depan longkang besar. Tiba-tiba aku perasan Inn jengilkan mata sambil mulutnya muncung mengarah sesuatu kat belakang aku. Aku pun berpaling...

Haaaaaaaa!!!! Anjing Rottweiler setinggi peha betul2 berada belakang aku..

...betul-betul dekat sampai aku boleh terasa hembusan nafas dia.. Aku tak fikir apa lagi..

Zuppp!!

Longkang yang lebar (yang pada mulanya aku rasa lebar sangat macam Sungai Mekong) terus aku lompat..
Yang hairannya, lepas pulak tu.. Inn capai tangan aku dan kitorang lari berpegangan tangan..tak peduli kiri kanan dah..

Bila dah sampai kedai mamak kat hujung jalan tu, aku dok wonder apahal le mamak tu tersenyum2 kat kitorang... Kenapa yek?

(Arwah Inn dalam kenangan.. Al-Fatihah)