Tuesday, January 19, 2010

Mula Sibuk

Musim persekolahan dah masuk minggu ketiga.. Sibuknya amat le terasa. Lagi-lagi yang ada anak-anak yang bersekolah. Sebelum tu mungkin rehat kejap sebab anak-anak ada kat rumah. Jadi tak perlulah kelam kabut nak sediakan sarapan ke, baju ke...

Bagi cikgu cikgi pula, ianya seperti
come to what you are. Tugas yang ditinggalkan selama hampir dua bulan, digalas semula. Waima awal tahun agak menekan dan menerujakan.

Dulu masa mula-mula posting kat ada le sebuah sekolah kat Batu Caves tu.., aku kena ajar murid Tahun 1. Quite interesting.. and funny too.. Bayangkan aku pernah angkat seorang murid Tahun 1, dari tingkat bawah ke tingkat tiga. Murid tu pulak, kus semangattt.. Terpaksalah aku tebalkan muka tembok aku ni minta bantuan seorang guru lelaki (sebelum ni tak pernah bercakap dgn dia pun)..Nak buat camno?.. Terpaksalah...

Dah sampai tingkat tiga tu, tiba-tiba murid tu naik 'syeh'. Meronta-ronta dia nak mintak lepas. Sikit lagi nak terlepas, nasib baik cikgu lelaki tu pantas dan cekap.. (bukan bodek). Kalau terlepas tu, mau panjang sesi soal jawab... Adoih!

Masa kat dalam kelas, aku cadangkan supaya murid itu diikat kat meja guru (dulu meja guru besar gedabak). Rasa kejam aje masa tu. Tapi tu di mulut sahaja. Nasib baik aku baru teringat ada lebihan gula-gula yang aku simpan di dalam beg tangan. (digunakan kalau boring-boring masa kursus..atau mesyuarat). Yang lawaknya,, dalam dia meraung-raung nak balik! nak balik!, bila aku ajukan gula-gula, dia dengan laju macam kilat ambik dan siap cakap 'terima kasih' lagi. Masa tu, aku tak tau la nak cakap apa.... Dalam hati rasa macam digeletek.
Dan selepas peristiwa itu, dia merupakan seorang murid yang amat rapat dengan aku sehinggalah dia terpaksa berpindah mengikut ayahnya yang bertugas sebagai seorang anggota keselamatan ke Utara tanahair semasa dalam Tahun 5.

Kita faham waktu telah bergerak pantas sehingga banyak perubahan berlaku di sekeliling kita. Tapi, sebagai seorang guru, sentuhlah hati murid kita dan biarlah zaman persekolahan anak-anak ini merupakan kenangan manis mereka sepanjang masa.