Saturday, September 30, 2017

Teks Pengacara Majlis Khatam Al-Quran SKPL

Mengumumkan perarakan masuk peserta khatam Al Quran SK Parit Latiff 2017 ke Dewan Tun Sri Lanang..
***************************
Bismillahirohmanirohim
Yang  berusaha, Tn hj Ashari bin Amir, Guru Besar SK Parit Latiff
Yang  dihormati, Puan Hajah Faridah bt Mohd Saripan, Penolong Kanan Pentadbiran,
Encik Mohammad bin Sulaiman, Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid,
En Mohd Nor bin Tumin, Penolong Kanan Ko-Kurikulum,
En Kamson bin Hussin , Pengerusi Kepedu Tahun 6
Ibu bapa,
Rakan-rakan guru seterusnya
Yang dikasihi, anak Tahun 6, murid, serta warga SK Parit Latiff, Sekolah Kluster Kecemerlangan sekelian.

أهلا و سهلا و مرحبا  بكم  إلى  مجليس  ختم  القرءان....

Selamat Datang Ke Majlis Khatam Al Quran Tahun 6 2017
Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Tinggi kerana dengan limpah dan izin-Nya jua, dapat kita dipertemukan dalam  Majlis  Khatam  Al-Quran  ini. Mudah-mudahan hasrat untuk melahirkan generasi yang cintakan al-Qur’an dapat direalisasikan melalui program-program sebegini.
Zikir Munajat Pembersih jiwa
Doa dipohon menjana taqwa

Bagi memberkati majlis kita pada  tengahari  ini, marilah kita sama-sama menadah tangan penuh kehambaan kepadaNya....,

Untuk itu, majlis mempersilakan Adik Riduan b Daud untuk memimpin bacaan doa.....dipersilakan.

#########
Amin..ya rabbal alamin
Majlis mengucapkan ribuan  terima kasih atas pimpinan bacaan doa itu tadi..Semoga majlis kita mendapat keberkatan dan lindungan Allah SWT.
Hadirin  sekalian,
Seterusnya majlis mempersilakan Yang berusaha, Tn hj Ashari bin Amir, Guru Besar SK Parit Latiff untuk menyampaikan  cenderahati kepada para peserta khatam yang berupa senaskah Al Quran sebagai symbol perjalanan majlis ini yang bertunjangkan Al-Quran sebagai kitabullah di mana kandungan dan isi al-Quran adalah umpama gudang ilmu yang sangat luas dan penuh manfaat untuk dipratikkan dan dibacanya..
Dengan itu, mengumumkan perarakan masuk para peserta Khatam Al-Quran 2017, ke dewan Tun Sri Lanang.
Dipersilakan.
**************************************************************
Begitulah tadi upacara penyampaian Al-Quran kepada para peserta khatam pada kali ini. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kpd Tn Hj Ashaari bin Amir atas kesudian menyampaikan naskah-naskah mulia itu kepada semua peserta.
Bacaan alQuran menjadi santapan,
\\
Bagi meneruskan acara, saya serahkan agenda seterusnya kepada Juru Khatam kita, En Muhammad Azmi bin Abdullah. Dipersilakan.
#########
Alhamdulillah, dipanjatkan syukur ke Hadrat Allah SWT atas sempurnanya majlis khatam Al quran kita pada hari ini. Sebagai meneruskan kemuncak acara, majlis amat berbesar hati mempersilakan Yang Berusaha, Tn Hj Ashaari bin Amir, GB SK Parit Latiff untuk menyampaikan ucapan beliau. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
******************************************
Begitulah tadi ucapan dan amanah serta nasihat untuk kita jadikan panduan dan ikutan bersama. Majlis merangkaikan ucapan terima kasih atas ucapan itu tadi.
Seterusnya, majlis menjemput dan mempersilakan Yang Dihormati, En Muhammad bin Sulaiman, GPK Hal Ehwal Murid untuk mengiringi Yang Berusaha, Tn Hj Ashaari bin Amir, bagi menyempurnakan upacara penyampaian sijil kepada para peserta yang telahpun khatam Al Quran dengan jayanya . Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Majlis  merakamkan  ucapan  jutaan  terima  kasih  kepada  Yang  berusaha  Tn Hj Ashaari bin Amir, GB SK Parit Latiff  atas  kesudian  menyempurnakan  penyampaian  sijil  sebentar  tadi.
Alhamdulillah, majlis  kita  sudah  sampai  di penghujungnya. Saya mewakili seluruh Ahli Jawatankuasa Pelaksana Majlis  Khatam al-Qur’an 2017, ingin mengungkapkan ucapan rasa syukur dan terima kasih kepada ibu bapa Tahun 6 atas kesudian hadir, seterusnya memeriahkan majlis serta kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis kita pada hari ini samada secara langsung mahupun tidak. Moga kita semua akan beroleh keberkatan daripada-Nya, insya Allah.
Dikesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang mengacarakan majlis ini.
Bagi mengakhiri majlis kita pada hari ini, Marilah sama-sama kita membaca tasbih kaffarah dan surah al-`Asr.

Sekian sahaja, salam hormat, wa bilLahit Taufiq walHidayah wassalamu `alaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh. Wa fi AmnilLahi Ta’ala wa ilal liqa’, ma’as salamah.

·         Murid Pra- Tahun 5 pergi ke kantin
·         Ibu bapa dan murid  Tahun 6 sila berada di dewan Tun Sri Lanang  utk agenda seterusnya