Wednesday, January 1, 2020

TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SK PARIT LATIFF, MUAR KALI KE-43

 

TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SK PARIT LATIFF, MUAR KALI KE-43

Bil

Acara

Teks

Umumkan ketibaan VIP

Paluan kompang

Mengumumkan ketibaan

Yang Dipertua PIBG SK Parit Latiff, Tuan Hj Marhalim bin Mohd Noh, bersama En Nordin bin Kastor, guru Besar, Guru-guru Penolong Kanan serta AJK PIBG SK Parit Latiff.

Ucapan alu-aluan

Assalamualaikum w.b.t dan selamat datang ke Kejohanan Sukan Tahunan SK Parit Latiff, Sekolah Kluster Kecemerlangan Kali Ke 43 Tahun 2019.

Yang Dihormati, En Naim bin Jusry, Ahli Majlis Perbandaran Muar, Penyelaras DUN Sungai Balang,

Yang Berusaha

En Nordin bin Kastor, Guru Besar SK Parit Latiff,

Tn Haji Marhalim bin Md Noh, YDP PIBG SK Parit Latiff,

Pn Jamaliah bt Hamzah, Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Parit Latiff,

Yang dihormati

Pn. Hjh Faridah bt Mohd Saripan, Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK Parit Latiff

En Mohammad bin Sulaiman, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Parit Latiff

 

Ahli Jawatankuasa PIBG SK Parit Latiff

Guru-guru, tuan-tuan, puan-puan seterusnya murid-murid SK Parit Latiff yang dirahmati Allah sekalian.

 Kami mewakili barisan jawatankuasa pengelola kejohanan mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke Kejohanan Sukan Tahunan SK Parit Latiff Kali ke-43. Semoga dengan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan akan menyuntik semangat kesukanan kepada atlit-atlit muda yang akan beraksi dalam acara pada hari ini.

Perbarisan lintas hormat

Sebagai pembuka tirai kejohanan sukan tahunan ini, marilah sama-sama kita saksikan perbarisan lintas hormat semua kontinjen yang mengambil bahagian.

Menjemput VIP menerima tabik hormat dari peserta perbarisan

Dengan itu, kami dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Dihormati, En Naim bin Jusry, Ahli Majlis Perbandaran Muar, Penyelaras DUN Sungai Balang untuk menerima tabik hormat daripada peserta perbarisan. Dipersilakan.

-       MUZIK PERBARISAN

Perbarisan Bendera kejohanan

Perbarisan lintas hormat dimulakan oleh pasangan pembawa bendera kejohanan,  Mohd Najwan bin Norizam dan Mohd Najmi bin Norizam.  

Perbarisan Rumah Biru

Mendahului perbarisan rumah sukan adalah kontinjen rumah Laksamana yang mewakili Warna Biru dengan mottonya ‘Laksamana is Dynamite’. Kontinjen ini diketuai oleh Adam Haikal bin Seman dan dianggotai seramai 30 orang peserta. Manakala pembawa sepanduk bagi rumah Biru ialah adik Siti Aisyah bt Eizamuddin.

Perbarisan Rumah Merah

Seterusnya ialah kontinjen daripada rumah Bendahara,  mewakili warna Merah yang dianggotai seramai 30 orang peserta perbarisan dengan mottonya ‘ Bendahara Boleh!’. Kontinjen ini diketuai oleh Mohd Aqiel Ridwan bin Zuhail dan  Pembawa sepanduk bagi pasukan ini ialah  Nur Auni Nadzirah bt Nazeri.

Perbarisan Rumah Kuning

Ini diikuti oleh  kontinjen daripada rumah Syahbandar yang mewakili warna Kuning yang dianggotai seramai 30 orang peserta perbarisan dengan mottonya ‘ Kuning Dipersada’Syahbandar, All The Best!’. Kontinjen ini diketuai oleh Mohd Amirul Faes bin Arozi dan  Pembawa sepanduk rumah Kuning ialah Nor Dania Qistina bt Aminur Rashid.

 

Perbarisan Rumah Hijau

Menyusul di belakang ialah Kontinjen  rumah Temenggung yang mewakili warna Hijau dengan mottonya ‘Temenggung, Go! Go! Go!’. Kontinjen ini diketuai oleh Mohd Raziq Syahmi bin Zaini bersama seramai 30 orang peserta perbarisan. Pembawa sepanduk bagi rumah Hijau ialah Fatin Nadhirah Hani bt Ismail.

 

Prasekolah

Majlis merakamkan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan kerana sudi menerima tabik hormat daripada kontinjen perbarisan.

Bacaan Doa

Hadirin yang dimuliakan sekelian,

Sebagai menyatakan kesyukuran serta memohon keberkatan marilah kita sama-sama menadah tangan untuk mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh  En Muhammad Azmi bin Abdullah.

Dipersilakan. ….

 (Bacaan doa)………………..

 Majlis merakamkan terima kasih kepada En Muhammad Azmi bin Abdullah. Semoga dengan bacaan doa itu tadi, majlis kita akan berjalan dengan lancar serta diberkati oleh Allah s.w.t. Insya-Allah.

Nyanyian Lagu Negaraku

Hadirin yang dihormati sekalian,seterusnya, nyanyian  lagu Negaraku dan Lagu Bangsa Johor.

Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi. Hadirin dipersilakan duduk.

Ucapan perasmian

Majlis seterusnya mempersilakan Yang Dihormati, En Naim bin Jusry, Ahli Majlis Perbandaran Muar, Penyelaras DUN Sungai Balang untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan SK Parit Latiff Kali ke-43.  Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

……………………

Majlis merakamkan terima kasih kepada Yang Berhormat, Tuan Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan di atas ucapan perasmian itu tadi dan setinggi-tinggi penghargaan kerana sudi merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan SK Parit Latiff Kali ke-43.

Upacara menaikkan bendera

Majlis diteruskan lagi dengan upacara menaikkan bendera kejohanan. Untuk itu, dipersilakan 2 orang atlet sekolah untuk menyempurnakan upacara menaikkan bendera kejohanan.

 Berkibarlah sudah bendera kejohanan Sukan Tahunan SK Parit Latiff Kali ke-43 bagi tahun 2014. 

 

Lafaz ikrar kejohanan

Seterusnya, dipersilakan pembawa bendera kontinjen yang bertanding maju ke hadapan untuk bersama-sama mengiringi lafaz ikrar kejohanan yang akan diketuai oleh Muhammad Najwan bin Norizam.

 

Majlis merakamkan terima kasih di atas lafaz ikrar kejohanan itu tadi.

Perbarisan Keluar padang

Majlis diteruskan lagi dengan perbarisan keluar padang oleh kontinjen yang mengambil bahagian untuk masuk ke khemah masing-masing.

 – MUZIK PERBARISAN

………….

 Dengan itu maka sempurnalah sudah majlis perasmian Kejohanan Sukan Tahunan SK Parit Latiff Kali ke-43. Majlis merakamkan terima kasih kepada peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam perbarisan lintas hormat.

Acara Sukan

Hadirin dan hadirat sekalian, sebentar lagi akan dimulakan acara-acara akhir Kejohanan Sukan Tahunan SK Parit Latiff Kali ke-43. 

 Diminta kepada semua peserta untuk mengambil tempat masing-masing kerana acara akan dimulakan sebentar lagi.

 

 

IKUT ATURCARA & JADUAL OLAHRAGA

 

Penyampaian hadiah (1)

 

 

Begitulah tadi tamatlah sudah semua acara akhir bagi Kejohanan Sukan Tahunan SK parit Latiff Kali ke 43. Seterusnya  diminta para pemenang bagi setiap acara untuk bersedia bagi Upacara penyampaian Hadiah. Dengan ini pihak Majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan tuan guru besar, En. Nordin bin Kastor mengiringi Yang Dihormati, En Md Taib bin Md Suhut, Pengerusi Komuniti Harapan Malaysia Parlimen Muar untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Dipersilakan.

 Bagi acara…………

Pingat emas dimenangi oleh ………………….daripada rumah......

Pingat perak pula disandang oleh adik…dari rumah….

Pingat gangsa menjadi milik adik…dari rumah...

........................

Majlis merakamkan terima kasih kepada En Md Taib bin Md Suhut kerana telah sudi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah itu tadi.

 Sebagai tanda terima kasih daripada kami, dijemput En. En Nordin bin Kastor bagi menyampaikan cenderamata kepada En Md Taib bin Md Suhut atas kesudian merasmikan kejohanan dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

 Terima kasih diucapkan kepada En Nordin bin Kastor kerana sudi menyampaikan cenderamata itu tadi.

Majlis penutupan kejohanan dan penyampian hadiah ketegori khas(6)

 

 

 

 Kejohanan Sukan Tahunan SK Parit Latiff Kali ke-43 kini tiba ke penghujungnya.

 Oleh itu, semua murid diminta berhimpun di tengah padang mengikut rumah masing-masing.

 (marching song)

 

Seterusnya, tibalah acara kemuncak Kejohanan Sukan Tahunan SK Parit Latiff Kali ke-43. Oleh itu, dijemput En Md Taib bin Md Suhut, Pengerusi Komuniti Harapan Malaysia Parlimen Muar untuk menyampaikan ucapan penutupan Kejohanan Sukan Tahunan SK Parit Latiff.

Dengan hormatnya dipersilakan.

 

Begitulah tadi ucapan Penutup dan Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan yang telah disampaikan.

 

Sebagai kemuncak acara, diumumkan anugerah-anugerah tertinggi kejohanan Sukan SK Parit Latiff Kali Ke 43 ini.

 

PENYAMPAIAN ANUGERAH/HADIAH TERTINGGI

(IKUT LIST DARI AMIR)

Kami ingin merakamkan sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membantu menjayakan dan melicinkan perjalanan Kejohanan Sukan Tahunan SK Parit Latiff Kali ke-43 pada tahun ini.

.................................................................

Sekian sahaja,

Majulah sukan untuk negara. Assalamualaikum w.b.t

 

·