Monday, May 6, 2013

6 Annoying Things Done By FBians..(actually there is much more)


Liputan6.com, Jakarta (translated): Facebook sudah jadi jejaring sosial yang memiliki pengguna lebih dari 1 million di seluruh dunia. Berbagai aktiviti banyak dilakukan oleh sebahagian besar pemilik akaun di halaman Facebook.

Namun, tak semua aktiviti tersebut disukai oleh orang lain. 
Berikut ini merupakan aktiviti menyebalkan yang dilakukan banyak pengguna Facebook menggunakan akaunnya, seperti yang diambil dari News.com.au


1. Curhat

Apabila ditimpa masalah, salah satu hal yang mungkin melegakan adalah melepaskan curahan hati @ curhat. Namun, bila ini dilakukan di ruang umum seperti halaman Facebook, tentu kurang tepat. Kegiatan ini sebaiknya dihindari, selain membuat orang tak senang membaca curahan hati anda di Facebook, ianya juga membuatkan masalah yang sepatutnya kita boleh fikir sendiri penyelesaiannya terdedah kepada umum.
2. Mem-post Foto Makanan

Apabila dapat merasa berbagai makanan dari berbagai tempat dengan tampilan dan rasa tentu menyenangkan. Mengambil foto sebelum menghabiskan hidangan kini banyak dilakukan orang dan diletakkan di halaman Facebooknya.
Sayangnya, bila selalu sangat menunjukkan foto makanan melalui akaun Facebook, ini ternyata dianggap sebagai salah satu aktiviti yang menyebalkan or 'annoying' kata my mak. Jadi, jangan terlalu agresif dalam meletakkan foto makanan di Facebook bila tak ingin diblock atau dikutuk sesedap rasa oleh teman anda.

3. Check In 'Foursquare'
Best kan kalau rasa jadi duta di aplikasi Foursquare kerana nampak macam aktif mengunjungi berbagai tempat. Bahkan, ada banyak lokasi yang memberikan bonus khusus untuk orang yang melakukan check in di tempatnya. Ini memberikan kelebihan kepada pengguna aplikasi tersebut.

Namun, tak sedikit orang yang synchronize aplikasi ini dengan akaun Facebook-nya yang secara automatik akan mengirimkan tiap aktiviti 'kunjungannya' ke laman Home di Facebook. Kegiatan ini dianggap menyebalkan kerana memperlihatkan kita sebagai orang yang sombong atau pamer ketika mengunjungi berbagai tempat hiburan.

4. Mem-post Status Berbau perkauman

Perkauman iaitu mengenai suku, adat, ras dan agama jadi isu yang selalu mudah memainkan emosi dan memicu perpecahan. Sebaiknya tolong la elakkan dari melakukan posting berbau perkauman ataupun kata-kata yang provokatif. 

Apatah lagi sekarang ni isu politik..Nak baca macam seram..tapi nak baca jugak.. Itu saya lah! XD

5. 'Iklan' Percuma

Melakukan promosi bukanlah hal yang salah.. Tak kena penjara pun.. Akan tetapi, bila promosi dilakukan melalui akaun Facebook sebagai cara memberikan "like" di fanpage milik sebuah brand tentunya boleh jadi hal yang mengganggu. Jadi, jangan terlalu menghamburkan 'like' anda pada mana-mana laman fanpage brand sebuah produk. It will keep on coming to your newsfeed.. So annoying.. ( I had 'disliked' many brand fanpages..)

6. Posting Info Palsu alias Hoax

Menyampaikan aneka informasi di Facebook boleh menjadi perkara yang sangat bermanfaat. Tapi, jika setiap informasi disampaikan tanpa jelas kesahannya, waduhh..bisa jadi boomerang sih! Boleh hantam u balik woo...
Misalnya saja berita "hoax" yang disebar padahal tak masuk akal, seperti ..apa ye... " anda akan ditimpa bencana jika tidak post info ini dalam masa 3 hari" atau " anda akan dapat 2000 rupiah jika sebarkan ini kepada 10 orang dalam masa 24 jam" or "Facebook akan ditutup jika anda tak like post saya"..

Aktiviti ini tak jauh bezanya dengan yang selalunya disebar melalui aplikasi chat BlackBerry Messenger. Kalau berita yang disebar selalunya valid mungkin bermanfaat, tapi kalau sering menyebar berita yang ternyata "hoax" tentunya sangat-sangat menyakitkan hati. 

Ada beberapa lagi.. Contohnya, invite friends for FB games.. Lepas tu bagitau berapa banyak dia dah score.. What the.... 
Should have known that we can choose whether to publish it or not.. please..don't be an FB dummy...



So, kalau boleh cuba elakkan benda-benda ini daripada mewarnai Wall anda & wall saya juga..
Like what my ex-principal said " Nak kena kutukan dewata la tu..." 
I remember that, En Adni...haha

Adios..

Copied n translated sesuka hati from http://onetech-news.blogspot.com