Saturday, December 24, 2011

Bikin Filim

Aku bukanlah seorang kaki wayang.. Walaupun aku mengikuti perkembangannya dalam, hatta luar negeri jugak..Masa 'remaja' dulu adalah..But not now.. Zaman tengok wayang dah berlalu pada aku.. Almaklumlah, aku pun bukanlah penyokong kuat  'seni' negara jenis ni.... Maaflah.. 


Aku ingat filem yang 7 kali aku kumpul duit nak tengok ialah filem Fenomena sebab masa tu aku minat giler kat Search terutama guitarist dia, Si Kid tu.. Siap boleh hafal dialog lagi..


Masa tu aku ingat tengok Ramona Rahman mandi bunga berkemban pun dah riuh rendah panggung.. Siap jadi isu lagi.. Lepas tu bila dah rasa 'besar' sikit, aku mula tengok cerita mat saleh yang kurang sikit 'censor' dia.. Tu pun rasa bersalah je tengok.. Remaja kan....( Ye ke rasa bersalah? Hua hua..)


Aku suka filem seram sebetulnya..Dan kebanyakannya dari awal adalah filem-filem Stephen King, 


atau John Carpenter dari Dark Star kepada Ghosts of Mars.... 


Kemudian, filem seram Jepun dan Korea, juga Thai menjadi kegilaan..walaupun ada  'kureng' logik .. Filem Melayu yang aku ingat masa tadika dulu ialah cerita 'Toyol' ..Zaman bila ntah, aku pun dah lupa.. Memang seram cerita ni..Lagi pulak, Sidek Hussin yang berlakon...


Pastu banyak dari Indonesia la, dengan Nyi Blorong la..Sundel Bolong la..tapi rata-rata kena potong sebab banyak sangat adegan 'sensasi'..
Tapi dengan longgokan cerita seram sekarang, aku dah tak minat dah. Ada satu cerita  seram yang masih melekat kat hati aku; 'Kak Limah Balik Rumah".. 




Dulu aku mungkin boleh terima cerita mat rempit dalam "Azura", tapi banyak sangat cerita mat rempit sekarang ni.. Naik muak pulak.. Dan dalam filem-filem ini, macam satu kegilaan untuk mencetuskan adegan panas.. Malu kucing aku tengok..


Tapi, benda ni agak merimaskan aku:


Putrajaya, 21 Dis.- Berkuatkuasa tahun hadapan, Lembaga Penapis Filem (LPF) tidak lagi menapis sesebuah filem sebelum ditayangkan, sebaliknya peranan tersebut akan diserahkan kepada pengarah dan penerbit filem itu sendiri. 

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam berkata, langkah terbaru itu diambil selepas mengambil kira pandangan daripada semua pihak yang menjayakan industri perfileman negara. 



Mana ada penerbit nak potong filem sendiri?  Ahh... Whateverrrr....

Saturday, December 10, 2011

Ikan Oh Ikan

Oleh kerana my abang, Bel dah tukar kerjaya menjadi free lance angler, dapat le merasa ikan yang tak pernah aku termimpi nak makan. Hari tu balik kerja, dia bawak balik satu styrofoam storage  penuh dengan ikan pelbagai jenama. Aku bukan familiar sangat dengan ikan ni..so, antara celah2 tu nampaklah ikan gelama..Haa.. Yang tu je aku tau.. Yang lain, kena buat kajian lanjut. 

Oleh kerana tak tau nama ikan, aku pernah kena gelak sebab panggil ikan kerisi sebagai ikan gelama merah.. haha.. 

Antara ikan yang Bel tangkap hari tu ialah ikan malong. Ingatkan belut sebab aku..ye la, tak kenal ikan, kan..

Rupa macam ni, my mak kata 'goreng pun sodap'. 
Ikan Malong ataupun nama saintifiknya Gnathophis mystrom merupakan sejenis ikan yang sering dijumpai di sekitar perairan Malaysia, Jepun,Taiwan, timur China, dan Australia. Di Malaysia, ikan Malong juga dikenali sebagai belut laut disebabkan bentuk tubuhnya yang panjang menyerupai belut.
Ikan Malong mempunyai mulut dan mata yang besar. Gigi Ikan Malong halus dan sangat tajam. Warna Ikan Malong di antara kekuningan sehingga perang tua. Saiz biasa ikan Malong yang dijumpai di Malaysia adalah di antara 15 sehingga 21 sentimeter dan boleh dipancing. Di Malaysia, Ikan Malong tidak dianggap sebagai mempunyai nilai perdagangan... ( Tu pasal susah nak jumpa kat Tesco..)
(Haa..ni aku mintak tolong Wak Wiki explain..)
Then, seko lagi ikan punya la panjang, hijau2 sikit kulit dia. Aku tengok pun ngeri. My mak tanya awal2 lagi..'Ko makan tak ikan todak?" Haa.. Bukan ke ikan todak yang menyerang Singapura dulu tu? Hang Nadim mesti puas makan ikan ni dulu2 kot...
Aku tanya Bel, ni ikan marlin jugak tak? Tapi dia kata ikan marlin lain. Aku google and figured out yang ikan marlin tu dipanggil juga dengan nama spearfish. Hmm..lebih kurang le spear dengan sword tu...
(Xiphias gladius) atau adalah sejenis ikan laut yang rahang atas dan muncungnya memanjang berbentuk seperti pedang pipih dan kuat berukuran hampir sepertiga panjang badan ikan tersebut. Tubuh ikan todak panjang mmbulat dapat mencapai 2 hingga 4,6 m dan dapat mencapai hingga 650 kg, kulitnya licin tidak bersisik, bahagian atas tubuhnya berwarna keunguan atau kebiruan dan bahagian bawah tubuhnya keperakan. Banyak terdapat di perairan tropika dan perairan iklim sedang. 
Haa.. Yang ini my mak masak asam pedas kaw2 punya.. Kalau tak kaw, sure aku tak makan..
Setakat ni, ikan2 ni la yang aku still rasa menyesal pulak memakannya... Nanti kalau Bel tangkap ikan yang mengarut lagi, aku tambah le kat sini..
Adios n Selamat Malam..
p/s. Game Arsenal vs Everton.. Van Persie score lagi!!! 1 - 0.. Happy! Happy!

Friday, December 2, 2011

Nak jugak tu....

Tadi aku dengan Balqis n Fia merayau ke Giant Batu Caves early in the morning..dalam pukul 8 lebih.. Paginyeeee..sampai abang Nazri pun macam tak percaya Giant bukak awal macam tu padahal dia kerja sebelah Giant tu aje... Tu tanda Abang Nazri tak pernah mengulor kot...

Tempat ketiga aku survey ialah satu kiosk handphone.. Tau tak? Kalau tau pun nak bagitau jugak.. Aku tengok Xperia dalam RM800 dah boleh dapat.. Tapi budget pun tak de lagi, so aku cakap kat tokeh tu.." Bila turun harga sampai RM400, bagi tau ye?" Tokeh tu senyum nipis je kat aku...

Thursday, December 1, 2011

Aku Dan Sawah Padi....

Tengahari semalam aku driving on the way balik dari kedai runcit kat Seroja. Beli ikan kembung temenung 6 ekor  sebab dah boring asyik makan ayam 3 hari berturut-turut. Tengahari tu memang indah.. Langit cerah biru sangat, dan nampak awan kumulus..Subhanallah...Memang cantik, macam dalam cerita Teletubbies.


Melihatkan langit yang sebegitu indah, teringat aku sewaktu arwah bapak buat sawah di Parit Serong. Aku pun tak tahu sawah siapa yang arwah kerjakan..Sawah dia atau sawah orang lain sebab aku tak ambik port langsung hal2 yang complicated pada otak budak sekolah rendah aku....Yang pasti banyak petak tu... 

 Sebetulnya aku bukan tolong sangat my bapak and mak buat kerja, cuma seronok sangat bila ikut diorang pegi sawah masa musim mengerjakan sawah. Especially, masa nak mengalihkan benih. Masa tu air penuh 'kedokan' atau petak sawah, so masa tu aku dengan Si Padil yang selalu kena badi tu akan berendam seharian dalam air.. Tak tau la apa perasaan kami masa tu..  Dalam sambil berbaring dalam petak tu, aku suka sangat perhati awan yang saujana mata memandang... Ada macam-macam bentuk... 


Ada bentuk rumah, ada bentuk kereta, bentuk durian pun ada.. Kadang-kadang muka mak aku pun ada kat atas tu..Eh! Tu perasaan aku je, kot...

Aku pun selalu membayangkan yang aku tinggal kat atas awan tu.. Ada rumah, ada kereta kuda ( Cinderella wannabe le tu..).. Lepas tu aku imagine satu storyboard dari gumpalan awan-awan tu... Ceritanya panjang2 sampai kadang2 kau terlelap.. (Gila betul, dalam air pun boleh terlelap..)

Aku ingat semua tu sampai kadang-kadang menitis air mata ingatkan zaman jadi budak sekolah rendah dulu... But, life is going on.. Sesekali balik kampung, tak miss menjenguk sawah padi yang dulunya adalah sumber periuk nasi kami.. Dan, jadi bertambah ingatanku pada arwah bapak tercinta... Al-Fatihah..