Saturday, October 15, 2016

Teks Pengacara majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SKTBR1 2016

PENGUMUMAN KETIBAAN
Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia, Dato' Aminuddin bin Arifin, Ketua Pegawai Eksekutif Dinastia  Jati Sdn Bhd diiringi Yang Dihormati YDP PIBG bersama-sama Tuan Guru Besar dan barisan pentadbir sekolah serta AJK PIBG ke Dewan Tan Sri Mustapha Kamal. Para hadirin dipersilakan berdiri.

--------------------------------------LAGU NEGARAKU

Sekian tadi berkumandang lagu Negaraku dan para hadirin dipersilakan duduk.

Bagi memberkati majlis kita hari ini, marilah kita sama-sama membaca Ummul Kitab..Al Fatihah.

Bismillahirohmanirahim.. Alhamdulillahirabbil alamain. Wassalatuwassa-mu'alaashrail-ambiaiwalmursalin waala alihi wasahbihi ajmain. Rabbishrahli sodri wah lu uqdatam milinsani yafqahul qauli.

Yang Berbahagia, Dato' Aminuddin bin Arrifin, Ketua Pegawai Eksekutif Dinastia Jati Sdn Bhd.
yang Dihormati, En Khairuddin bin Hshim, Yang Dipertua PIBG SK Taman Bunga Raya 1
Yang Berusaha, En Mohd Hasren bin Damiri, Guru Besar SK Taman Bunga Raya 1
Yang Dihormati, Tuan Hj Manaf bin Shariffr, Naib Yang Dipertua PIBG SK Taman Bunga Raya 1
Barisan Ahli Jawatankuasa PIBG
Guru-guru Penolong Kanan
guru-guru dan kakitangan SK Taman Bunga Raya 1
Ibu bapa
seterusnya hadirin dan hadirat yang dimuliakan sekelian

Assalamualaikum wbr

Lenggang bertapak seni memandang,
Silat sendeng menyusun jari;
Salam sembah Selamat Datang,
Sudilah tuan ke majlis kami.

Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran, kerana dengan izin dan kasih sayangNya, kita diberikan kekuatan untuk berhimpun dalam Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Taman Bunga Raya 1 Tahun 2016.

Semoga dengan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan sekelian dapat menceriakan lagi majlis kita pada pagi ini.

Saya bagi pihak ahli jawatankuasa berbesar hati mengalu-alukan kehadiran Yang Berbahagia, dato' Aminuddin bin Arifin, Ketua Pegawai Eksekutia Dinastia jati Sdn Bhd, YDP PIBG, AJK PIBG, Ibu bapa, guru-guru dan kakitangan sekolah ke Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Taman Bunga Raya 1 2016.

Tidak lupa majlis menzahirkan rasa bangga kepada semua ibu bapa yang berkesempatan hadir pada pagi ini. Tanpa kehadiran dan sokongan dari tuan puan sekelian, siapalah kami di SK Taman Bunga Raya 1 ini. kami selalu mengharapkan sokongan padu dari tuan puan sekelian dalam apa jua aktiviti murid-murid di sekolah ini.

Tuan puan yang dihormati sekelian,

Berat sama dipikul,
Ringan sama dijinjing
Kita umpama aur dengan tebing
itulah yang kita ibaratkan
Ibu bapa dan guru saling memerlukan
Pelbagai usaha telah dan akan dicernakan
Kejayaan pasti menjelma bukan umpama mimpi
Jika kita bersatu hati.

Hadirin sekelian,
Bagi memberkati dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan memohon keberkatan Ilahi, agar usaha dan urusan kita mendapat rahmatNya. Untuk itu, majlis dengan hormatnya menjemput Al fadhil Ustaz Mohd Khairul Qazreen bin Rajab bagi memim[pin bacaan doa.
Dipersilakan.

---------------------------------------------BACAAN DOA

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Mohd Khairul Qazreen atas bacaan doa itu tadi.

Bukan keris tanpa ulunya,
Bukan majlis tanpa ucapannya.

majlis pada petang ini dimulakan dengan mempersilakan Yang Berusaha En Mohd Hastren bin Damiri, Guru Besar SK Taman Bunga Raya 1 untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan hormatnya dipersilakan.

--------------------------------UCAPAN ALU-ALUAN PENASIHAT

Demikian tadi ucapan alu-aluan oleh Yang Berusaha En Mohd Hasren bin Damiri merangkap penasihat PIBG SK taman Bunga Raya 1. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

Singgah berjamu di tepi kuala,
Bawa bekalan dalam kendati;
Yang Dipertua kami mempersila,
Ucapan diberi kami hayati.

Seterusnya, majlis dengan berbesar hati menjemput Yang Dihormati, En Khairuddin bin Hashim, Yang Dipertua PIBG SK Taman Bunga Raya 1 untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

--------------------------------------UCAPAN YDP PIBG

Begitulah tadi ucapan daripada YDP PIBG dan majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan tadi.

Persilakan tuan untuk berdiri,
Memberi ucapan kepada kami;
Kepada tuan ruang diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.

Hadirin yang dihormati sekelian,
Majlis dengan suikacita dan penuh takzim mempersilakan Yang Berbahagia, Dato' Aminuddin bin Ariffin, Ketua Pegawai eksekutif Disnatia jati Sdn Bhd bagi menyampaikan ucapan,seterusnya menyempurnakan majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG SK Taman Bunga Raya 1 2016. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

--------------------------------------UCAPAN PERASMIAN

Dengan Bismillah kita mulai,
Alhamdulillah wassola tannabi;
Dengan takdir Ilahi Rabbi,
Selesai sudah upacara merasmi.

Majlis ini dengan rasa terhutang budi dan majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dato' Aminuddin bin Arifin, atas kesudian untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis pada hari ini. Dengan ini rasmilah sudah  Mesyuarat Agung PIBG SK Taman Bunga Raya 1 2016.

Seterusnya majlis sekali lagi mempersilakan Yang Berbahagia Dato' dengan diiringi Yang Berusaha Tuan Guru Besar, untuk menyampaikan sijil penghargaan atas khidmat bakti barisan AJK PIBG SK Taman Bunga Raya 1 sepanjang sesi 2015/2016. Dipersilakan.

----------------------PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN KEPADA AJK

Demikian tadi upacara penyampaian sijil penghargaan kepada barisan AJK PIBG SK Taman Bunga 1 bagi sesi 2015/2016.

Orang berbudi
Kita berbahasa.

Sebagai ucapan terima kasih, majlis dengan ini mempersilakan Yang Berusaha Encik Abdul Hadi bin Jantan mengiring Yang Berusaha, En Mohd Hasren bin Damiri bagi menyampaikan cenderahati tanda penghargaan kepada Tetamu Kehormat, Yang Berbahagia Dato' Aminuddin bin Arifin. Majlis mempersilakan.

Majlis dengan ini menjemput Yang Berbahagia dan para tetamu jemputan khas diiringi Tuan Guru Besar, Yang Berusaha En Mohd Hasren bin Damiri, untuk menikmati juadah yang disediakan di Bilik Jamuan. Dipersilakan.

Para ibu bapa diminta tunggu sebentar kerana majlis mesyuarat akan dimulakan sebentar lagi.

Sebelum menyerahkan majlish ini kepada pengerusi mesyuarat saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan seandainya ada kata bicara dari saya menyentuh perasaan hadirin.

Puteri bersiram tepi perigi,
Mencedok air berhati-hati;
Izinkan saya berlalu pergi,
Jangan ada terasa di hati.

Sekian, wabillahi taufiq walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.