Sunday, September 16, 2012

TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN MINGGU ANTI DADAH PERINGKAT SEKOLAH 2012


TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN MINGGU ANTI DADAH PERINGKAT SEKOLAH 2012

Bismillahirahmanirahim..

Ke Pekan Kuala membeli bingka,
Sayang pesanan terlupa sudah;
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.

Pengacara diminta untuk memaklum-kan kepada semua murid agar bersedia dan senyap untuk upacara majlis bermula

Alu-aluan Pengacara Majlis.

Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh.
Yang Berbahagia, _________________________________
Yang Berusaha,___________________________________
Yang Dihormati, __________________________________

Rakan-rakan guru, warga sekolah serta murid-murid yang dikasihi sekalian

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan limpah rahmatNya dapat kita berkumpul di kerapatan ini dalam melaksanakan program Majlis perasmian Minggu Anti dadah ____________________________

 Sebelum dimulakan majlis kita pada pagi ini, semua warga dewan dipersilakan duduk
Bacaan Doa

Beli raga di Tanjung Keramat,
Diisi bilis lalu diangkat;
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Untuk memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah kita memanjatkan doa ke hadrat ilahi. Untuk itu majlis dengan segala hormatnya mempersilakan al- Fadhil Ustaz Muhammad Azmi bin Abdullah untuk memimpin bacaan doa.
Majlis mempersilakannya.
(Bacaan Doa)

Amin Ya Rabbal Alamin.
Majlis mengucapkan terima kasih kepada al- Fadhil di atas bacaan doa tadi, semoga majlis kita akan lebih diberkati dan dirahmati Allah s.w.t.

Bacaan Ikrar Anti Dadah

Hadirin warga dewan yang dikasihi sekelian, Majlis diteruskan dengan Bacaan Ikrar Antidadah dan bagi menyempurnakan acara, majlis mempersilakan __________________________________, Ketua Pengawas __________________ untuk mengetuai ikrar. Dipersilakan.

Bacaan Ikrar

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih di atas bacaan ikrar tadi.

Ucapan Perutusan Pengarah Pendidikan Selangor oleh GPK Hal Ehwal Murid

Sudilah tuan jalan berlapan,
Jalan berlapan di malam kelam;
Sudilah tuan beri ucapan,
Kata perutusan penyampai kalam.

Untuk meneruskan lagi majlis kita pada hari ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha __________________________, Guru Penolong kanan Hal Ehwal Murid SK________________untuk menyampaikan ucapan perutusan Ketua Pengarah Pendidikan Negeri Selangor  Sempena Hari Anti Dadah Kebangsaan tahun 2012.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada ______________________________atas pembacaan perutusan Ketua Pengarah Pendidikan Negeri Selangor  itu tadi.

Para hadirin sekalian,
Seterusnya,
Majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan ___________________________, Guru Besar ______________________________ untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan program Minggu Anti Dadah peringkat sekolah bagi tahun 2012.
Majlis dengan penuh hormat dan takzimnya mempersilakan.

Ucapan Perasmian oleh Guru Besar

Simpan sejadah di atas para,
Tersisip palang, terkena antan;
Hapuskan dadah musuh negara,
Belia cemerlang jadi kenyataan.

Pihak majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terimakasih di atas ucapan serta perasmian program oleh Tuan Guru Besar
Dengan ucapan perasmian itu tadi, sampailah kita kepada kemuncak acara. Sebelum itu, saya mempersilakan ___________________________________, Penyelaras Program Minggu Anti Dadah __________________________________ untuk menyampaikan taklimat berkenaan aktiviti-aktiviti sepanjang minggu Anti Dadah peringkat sekolah ini.

Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kpd Puan Penyelaras Program atas taklimat sebentar tadi.

Bagi menutup tirai majlis, marilah kita dengan penuh semangat menyanyikan lagu “Dadah Durjana” sebagai tanda bencinya kita kepada dadah.

Semua diminta berdiri.

Nyanyian

Sekian sahaja daripada saya Wabillahi Taufik Wal Hidayah Wassalamual aikum Warah matulla hi Wabarakatuh

*Murid Tahun 1-3 masuk ke kelas
*Murid Tahun 4-6 tunggu di dewan untuk aktiviti SEGAK