Tuesday, December 29, 2009

Cerita Bola

Semalam bersembang dengan seorang rakan mengenai perlawanan terbaharu Liga Perdana Inggeris (EPL). Kami menyokong team yang berbeza.. Jadi, biasalah.. kutuk mengutuk ni sebab team masing-masing masih dalam perlumbaan untuk mendahului liga... Tapi di sini, bukan cerita team kami, tetapi yang berada di puncak liga sekarang... Chelsea. Susah juga nak kejar anak-anak buah Carlo Ancelotti tu dengan beza 5 mata dari tempat ke2.

Tapi, persoalannya, mampukah Chelsea berada di tempat sekarang pada musim akan datang? Bak kata seorang rakan , bola itu bulat...

September lepas, Chelsea dikejutkan dengan arahan FIFA yang tidak membenarkan Chelsea membuat sebarang pembelian pemain baru untuk dua musim perpindahan (musim panas dan musim sejuk) berturut-turut. Ini gara-gara kesilapan Chelsea yang ghairah membeli pemain baru dari RC Lens, Gael Kukuta yang baru berusia 15 tahun tanpa persetujuan rasmi dari kelab lamanya.

Banyak kali Chelsea membuat perkara yang sama... Yang paling diingat ialah semasa Chelsea membuat perbincangan perpindahan Ashley Cole dari Arsenal tanpa perbincangan pihak pengurusan. Kontroversi ini menyebabkan Cole merupakan insan yang paling menjijikkan penyokong Arsenal ketika itu.

Keghairahan Chelsea itulah juga menjadikannya antara kelab BIG FOUR yang paling banyak kali menukar jurulatihnya, selepas Mourinho, Avram Grant, Scolari.. Tidak tahulah samada Ancelotti dapat bertahan di Stamford Bridge selepas satu atau dua musim ini.

Namun setakat ini kita masih menyaksikan the Blues atau dahulunya digelar the Pensioneer masih utuh dan kental melawan. Pujian banyak diberikan kepada hero Chelsea dari Ivory Coast, Didier Drogba yang masih mampu menyumbatkan satu gol walaupun harus bergegas pulang mewakili negaranya dalam Piala Afrika.

No comments:

Post a Comment