Thursday, November 4, 2010

Syair Pertama

Ada tugasan anak untuk bersyair.. Cari syair yang ada kena mengena dalam internet, tak ada yang sesuai.. Last-last, cipta sendiri syair ni.. Hakcipta terpelihara ni tau...

Syair Bahasa oleh Tuanpunyablog


Dengarlah ini, hamba berperi

Kepada tuan, hamba hormati

Lidah terjaga, kita disanjungi

Setiap masa, bahasa disemi...


Bahasa itu, pelita bangsa

Gunakan ia.. sebaik cuba

Kecil hati, porak peranda

Akibat tak bijak menutur kata


Aduhai teman, rakan dan taulan

Bila berbicara, bahasa diutamakan

Manis lidah, jadi tarikan

Semua orang menjadi kawan


Sayangi bahasa, setiap masa

Besar hati, bangga dirasa

Biar semua melihat kita

Ketinggian bahasa tiada dua


Indahnya bahasa, kita empunya

Dari dahulu, kini dan selamanya

Bahasa indah jadi caranya

Junjunglah ia ke persada dunia


Benarnya bahasa, kitalah raja

Tiada jemu, kita mencuba

Usah dilupa begitu sahaja

Akibatnya hilang siapakah kita


Tuanpunyablog

5 November 2010

No comments:

Post a Comment