Tuesday, December 21, 2010

Salji vs EPL



Minggu ni tak dapat la nak menonton soccer matches.. Yang ada pun bukan team pilihan. Tapi yang best bila Manchester City tewas kepada Everton 1-2.
Kecewa juga kerana perlawanan penting terpaksa ditangguhkan akibat dari salji tebal yang melanda England terutama di London.. lebih spesifik lagi, di Utara London.. di mana Arsenal sepatutnya berhadapan dengan Stoke City. Selepas 2 kali tewas di Emirates Stadium, harap-harap badi itu akan berakhir.
Lebih kecewa lagi apabila berputih mata nak menyaksikan Manchester United menangis teresak-esak dibelasah oleh Chelsea atau sebaliknya, Chelsea meraung kesedihan di laman sendiri.

Apa-apa pun.. minggu hadapan ada lagi.. mana tau penghuni tempat kedua ini akan melonjak naik ke puncak liga hingga berakhirnya musim ini... Siapa tau, kan.. Seperti biasa, bola itu akan sentiasa bulat..

No comments:

Post a Comment