Saturday, September 3, 2011

SORRY LA, YEK

Pernah main baling selipar tak? Permainan yang paling 'happening' pada zaman aku membesar. Dan permainan yang menguji kesabaran, setiakawan dan kecekapan. Yang paling penting skill membuat binaan selipar tu. Kalau terkial-kial.. maknanya.. pelepek! Siaplah berbirat belakang kena selipar dari pihak lawan yang takde 'mercy' langsung.
Lepas hujan, bertempat di depan rumah Wak Sharif (arwah) tanah lecak.. Tapi kami peduli apa.. Tengah main, aku pun lupa apa aku dah buat, Si Hadi yang badan besar macam Giant tak puas hati dengan aku. Aku tak mengaku ada mengelat or foul play le kata referee..so, si hadi tolak badan aku. Dah le aku ni kecik, boleh dia tolak aku, sampai terduduk..
Dia ingat dia aje bole tunjuk samseng..Aku bangkit dan tarik badan dia ke tanah.. Dalam lecak tu kami bertumbuk.. Bertubi-tubi aku debik dia.. Last-last si Hadi bangun dan lari balik sambil...menangis..


Dengan badan penuh lumpur, semua balik ke rumah selepas kena tengking dengan Wak Sharif sebab bergasak depan rumah dia..
Kalau le si Hadi terbaca kisah ni.. sempena bulan yang mulia ni, aku minta maaf le dan harap jangan le nak malu nak mengaku that, once, you were defeated by a GIRL...huahua

No comments:

Post a Comment