Sunday, October 23, 2011

No Luxurious Life For Three Days...

Assalamualaikum...
Hari minggu ni ingatkan nak lepak-lepak sambil makan keropok lekor depan TV tapi rupa-rupanya ada agenda yang lebih penting. Tak apa la.. nak lepak depan TV bila-bila masa boleh.. Nak makan keropok lekor pun tak ada masalah..

 
Sebelum sampai rumah, stall Kak Milah la tempat aku tuju.. Kalau nasib baik, ada pisang tanduk goreng atau sukun goreng.. Boring jugak asyik makan pisang awak..
 
Agenda apa ye? Haaa.. Perkhemahan Perdana..tapi aku tak de la pegi berkhemah.. Dah tinggalkan aktiviti tu lebih dari 10 tahun.. Tak biasa dah.

 .Cuma yang lawak, kena ajar murid berkawad.


Masa nama aku naik, awal-awal dah kena kutuk..haha.. Tapi aku macam biasa.. Cool je..
Dan aku bercadang nak mengajar kawad bersepah..atau kawad senangkan hati (lebih kurang macam 'senang diri' ) ..Ikut mana yang aku suka la.. (Aku kan abang...)..

Tapi, oleh kerana  kem komanden ada sama-sama mengajar dengan aku..tak dapat la aku menggoreng murid-murid tu dengan ilmu kawad baru... hua hua

Anyway, ini merupakan satu pengalaman baru kepada murid-murid dari seawal umur 10 tahun. Masa ni lah kena berjauhan sekejap dengan mak ayah dan merasa manis dan peritnya hidup berdikari. Last word..Bravo!

No comments:

Post a Comment