Sunday, December 8, 2013

Assalamualaikum wbr


Dah hujung tahun ni, banyak jemputan perkahwinan datang dan pergi.. Hmm...biasa la, cuti sekolah, walaupun aku tak berapa pasti, apa kena mengena cuti sekolah dengan majlis perkahwinan...Yang nak kawin bukan budak-budak tu... Umm... okay la, whatever..

Perkara yang masih baru ialah budak umur 12 tahun yang berkahwin tahun lepas tu, dan belum sampai setahun dah bercerai..Dengar-dengar talak 3 sekali laki dia bagi... Then, mula la keluar cerita-cerita yang kurang enak..
Then, semalam ada pulak sorang budak lelaki baru umur 15 dah nak kawin dengan awek dia yang umur 16..(dik..pmr tak berapa laku la sekarang..)
alhamdulillah la..but for me, they are way too young.. tapi sebab dah jodoh, we have no say la...Yang penting kau kena rajin kerja cari duit dan jadi suami yang mithali...hurmmm...

 
Dekat sini, aku agak tertanya-tanya tentang, bersediakah mereka memikul tanggungjawab? Sebab kadang kala bukan budak-budak je, yang dah tua bermisai berjanggut pun tak tahu lagi tentang tanggung jawab dia terhadap keluarga. Ingat kawin ni macam main pondok-pondok ke? At least, kalau main pondok-pondok, ada la jugak pegi belakang rumah cari tempurung, atau pokok duit2 buat lauk...tapi kalau dalam realitinya, takkan nak masak guna tempurung dan  pokok duit2 hari-hari...

Kelmarin aku ke pasar, ada terdengar seorang makcik ni bersembang dengan membe dia semasa memilih udang. Mula-mula biasa-biasa aje, tapi bila dia start membebel pasal menantu dia, aku tak berganjak dan pura-pura membelek  ikan yang naik terkeluar isi perut kena picit dengan aku.
Antara dialog yang aku dengar ialah:
" Tengok orang berendut, nak berendut jugak, tengok orang kawin, dia pun sibuk nak kawin, bila dah beranak, ko tengok la..anak dia main campak kat rumah aku.. si.... (nama anak perempuan dia kot) dah la tak kerja...hari-hari susu anak dia, lampin anak dia, aku jugak. Yang si ...... (menantu dia kot..) macam biskut, kejap ada, kejap tak ada..Kalau ada pun, bukan nak ngulur seringgit dua.. Yang dia tau membuta aje...."

Lepas tu aku dah rasa macam tak best je dok usha cacian dan makian tu.... Sebetulnya aku baru nak tanya makcik ni ,asal Johor ke, dari perkataan 'endut' tu, tapi takut nanti nampak sangat terdapatnya unsur-unsur ke'busybody'an ...

So, pada aku,seseorang itu kebanyakannya berkahwin atas dasar cinta, dan apabila bersedia memasuki gerbang perkahwinan, bermakna harus bersedia untuk memikul tanggung jawab, kerana this life is not about yourself, dude!
Tak semestinya perlu kaya raya atau dah stabil, tetapi sebaik-baiknya kehidupan selepas itu seharusnya lebih baik.dan menggembirakan..Bukan bertambah buruk, dan memburukkan...

Sekian , terimas


No comments:

Post a Comment