Thursday, October 1, 2015

Hari ni hujan agak lebat.. Dalam perjalanan balik dari sekolah petang tadi selepas aktiviti ko-kurikulum (yang aku mewujudkan diri selama sejam aje).. Huii..tak nampak jalan..punya la lebat.. Bahagian kiri jalan yang dekat dengan longkang berhampiran dengan Semarak dah penuh dengan air..dan aku kena la pandu perlahan.. Traumatik jugak driving dalam hujan ni sebabnya aku pernah kena sapu dengan angin lintang masa hujan ribut petir guruh (semua ada) kat Guthrie Highway berdekatan RnR Elmina arah Selatan ..dari lane kiri terus ke lane kanan.. Alhamdulillah..masa tu memang tak ada kenderaan lain..Kalau tak, tak tau le apa nasib aku...


No comments:

Post a Comment