Thursday, August 11, 2016

Teks Pengacara Majlis Pelantikan Imam Muda SK Taman Bunga Raya 1 2016

Bismillahirrahmanirrahim,
 
Gadis manis di pinggir para,
Bersembang mesra sambil bersenda,
Bismillahirohmanirohim pembuka bicara,
Pelantikan Imam Muda menjadi agenda.
 
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh,dan Salam Sejahtera
 
Yang Berusaha,
En Mohd Hasren b Damiri,
Guru Besar SK Taman Bunga Raya 1
En Abdul Hadi Bin Jantan, Guru Penolong Kanan Kurikulum,
Pn Aliya bt Mohd Jalaludin, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
En Ahmad Shauhada bin Zakaria, Guru Penolong Kanan Ko Kurikulum,
En Zaini bin Mad Lazin, Guru Penolong Kanan Petang,
Pn Fauziah bt Amran, Guru Penolong Kanan PPKI,
 
Guru-guru, barisan Imam Muda serta murid-murid SK Taman Bunga Raya 1 yang dikasihi sekelian.
 
Alhamdulillah, marilah sama-sama kita melafazkan setinggi ucapan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan Izin Kasih-Nya pada pagi dan bulan yang penuh barkah ini kita dapat sama-sama berkumpul bagi melangsungkan Majlis Pelantikan Imam Muda SK Taman Bunga Raya 1 2016.
 
Orang Jawa berdagang ke kota,
Singgah di Acheh membeli gamat,
Tangan dirafak, restu dipinta;
Doa diamin memohon rahmat.
 
Bagi memberkati lagi majlis kita pada hari yang berbahagia ini, majlis dengan tunduk ta’zimnya menjemput dan mempersilakan __________________________________________________ untuk memimpin bacaan doa. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
 
Terima Kasih diucapkan kepada __________________________________________________ atas bacaan doa sebentar tadi.
 
Hadirin sekelian, mengumumkan perarakan masuk barisan Imam Muda SK Taman Bunga Raya 1 2016.
 
Tak lengkap bahtera tanpa nakhoda,
Tak lengkap malam tanpa purnama,
Tak lengkap laut tanpa ombak badainya,
Tak lengkap sambutan tanpa ucapannya..
 
Untuk itu, bagi memulakan ucapan, pihak majlis mempersilakan Puan Rossidah bt Mohd Ajib, Ketua Panitia Pendidikan Agama Islam bagi menyampaikan ucapan beliau. Dengan hormatnya dipersilakan.
 
_______________UCAPAN KP PAI____________________
 
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Rossidah bt Ajib atas ucapan yang telah disampaikan itu tadi.
 
Seterusnya, majlis dengan rendah hati mempersilakan, Yang Berusaha,  En Mohd Hasren bin Damiri, Guru Besar SK Taman Bunga Raya 1, untuk menyampaikan ucapan sekaligus menyempurnakan upacara perasmian majlis Pelantikan Imam Muda 2016 ini. Dengan Segala hormatnya, dipersilakan.
_________________UCAPAN GB___________________
­­­­­­­
Majlis mempersilakan barisan guru penolong kanan dan ketua panitia Pend Agama Islam mengiringi Yang Berusaha, Tuan Guru Besar untuk menurunkan tanda tangan di atas pemidang sebagai symbol perasmian majlis kita pada hari ini. Dipersilakan
 
Begitulah tadi upacara perasmian dan pihak majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha,  En Mohd Hasren bin Damiri,  atas ucapan dan juga penyempurnaan acara perasmian itu tadi.
 
Hadirin sekalian,
Kita teruskan acara dengan upacara penyerahan watikah pelantikan Imam Muda SK Taman Bunga Raya 1. Dengan ini, majlis mempersilakan sekali lagi Yang Berusaha, En Mohd Hasren b Damiri untuk menyempurnakannya. Dipersilakan.
(Baca biodata Imam Muda )
Dengan ini, dipersilakan ______________________________ untuk menerima tanda pelantikan iaitu songkok dan juga lencana Imam Muda SK Taman Bunga raya 1.
Tahniah diucapkan.
 
Selesai sudah upacara penyerahan watikah pelantikan dan majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada yang berusaha tuan guru besar atas kesudian menyempurnakan upacara ini.
Hadirin sekelian, sebelum majlis kita melabuhkan tirainya, marilah sama-sama kita hayati bait-bait bacaan Ayat-ayat suci Al-Quran al-Kareem. Dengan ini, majlis mempersilakan Imam Muda __________________________________________ untuk memperdengarkan bacaan Al-Quran dari Surah______________ Ayat __________________. Dipersilakan.
 
Demikian tadi telah kita diperdengarkan dengan ayat-ayat suci Al-Quran al-Kareem. Semoga dengan penghayatan itu tadi, kita akan dipertingkatkan iman dan takwa kepada-Nya. In shaa Allah. Terima kasih diucapkan kepada Imam Muda _______________ atas bacaan Al-Quran itu tadi.
 
Hadirin sekelian,
 
Ucapan salam pengakhir kata
Segala yang ada dikongsi bersama
Apa yang kurang maaf dipinta
Semoga bertemu di lain masa
 
Akhir kata, saya memohon maaf jika terdapat sebarang kesilapan sepanjang mengendalikan majlis ini. Yang baik itu datangnya dari Allah, yang buruk itu datangnya dari kelalaian dan kekhilafan diri saya sendiri.
 Tirai majlis saya tutup dengan Wabillah itaufiqwalhidayah, wassalamualaikum warahmatullah hiwabaratuh.
 

No comments:

Post a Comment