Thursday, August 11, 2016

Teks Pengacara Majlis Penutupan Rasmi Program Bulan Kebangsaan SKPL

Mengumumkan ketibaan Pn Che Norizam Bt Abdullah diiringi oleh pihak pentadbir masuk ke dewan.
Ulik Mayang nyanyian asli
Dilagu Si gadis merdu sekali;
Terima Kasih sekalung budi,
Bersama kita di majlis ini.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, dan salam sejahtera,.
Yang Berusaha Tn hj Ashaari bin Amir, Guru Besar SK Parit Latiff,
Pn Hjh Faridah bt Mohd Saripan, GPK Tadbir dan Kurikulum, , 
En Muhammad bin Sulaiman, GPK HEM,
Encik Mohd Nor bin Tumin, GPK Kokurikulum,
Pn Mazniha bt Mahzan, Penyelaras Program Bulan Kebangsaan,
guru-guru, dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

Anak-anak bermain api,
Pasang pelita di tengah laman;
60 tahun kemerdekaan dikecapi,
Malaysia merdeka penuh keamanan.

Alhamdulillah setinggi ucapan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmat-Nya pada pagi yang penuh barakah ini, kita diberi kesempatan untuk sama-sama berkumpul bagi Majlis Sambutan Penutup Bulan Kebangsaanan dengan penuh kedamaian dan keamanan. Sesungguhnya sambutan kemerdekaan ini diadakan sebagai tanda bahawa para guru dan pelajar sekolah ini dapat seiring dan sederap melangkah, dengan semangat kesungguhan yang berkobar-kobar dan beriltizam tinggi untuk menjadi warganegara yang patriotik.

Bacaan doa:
Anugerah dikecap si anak watan,

Mengangkat senjata bidalan suara;
Menadah tangan memohon keberkatan,
Mendapat restu hidup sejahtera.


-Bagi memberkati majlis pada pagi ini, dipersilakan  al-fadzil  Ustaz  Muhammad Azmi b Abdullah untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

-Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

-Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi. Semoga majlis nan berlangsung diberkati.
                                                  Hari panas rasa berbara,
                                                  Di tengah laman duduk bersila;
                                                  Apakah ayat ingin dibicara,
                                                 Ucapan penyelaras program dipersila,

-Majlis dengan segala hormatnya menjemput Pn Mazniha bt Mahzan, selaku Penyelaras Bulan Kebangsaan SK Parit Latiff 2016 untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

-Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan sebentar tadi.

Pahlawan Melayu Gagah Perkasa, 

Musuh datang habis dibasmi;
Tuan sudah diberi kuasa,
Sudilah kira, pohon merasmi.


-Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang Berusaha Tn Haji Ashaari bin Amir, Guru Besar SK Parit Latiff untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya  menutup Bulan Kebangsaan peringkat sekolah 2016 ini. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

- Kalungan apresiasi buat Yang Berusaha Guru Besar atas ucapan yang dititipkan  dan sudi merasmikan Penutup Bulan Kebangsaan peringkat sekolah sebentar tadi.

Dengan ucapan perasmian itu tadi, sampai di sini sahaja majlis penutup Hari Kebangsaan Peringkat sekolah 2016

Bendera berkibar di rumah Pak Agos,
Di halaman rumah pasang pelita;
Menjelang tiba Tiga Puluh Satu Ogos,
Tarikh kemerdekaan negara kita.

Tiga Puluh Satu Ogos tarikh keramat,
Bersama kita menyambut merdeka;
Bersatu berazam penuh semangat,
Mari pertahankan kemerdekaan kita.

Penutup acara:
Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara. Pihak majlis mohon mengambil kesempatan waktu di penghujung ini untuk mengucapkan ribuan kalungan bunga terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan Majlis Penutup Sambutan Bulan Kebangsaan peringkat sekolah ini dapat dilangsung dengan meriahnya. Terima kasih juga diucapkan kepada semua murid atas kerjasama yang diberikan bagi mengharmonikan majlis ini.
Tenang-tenang air di kali,

Tempat mandian putra puteri;
Sempurna sudah majlis dirai,
Salah dan silap harap dimaafi.

-Semua murid  dan guru diminta berdiri dan sama-sama menyanyikan tiga buah lagu iaitu
1.1 Malaysia
2.Tanggal 31
3. Negaraku
Saya akhiri majlis ini dengan lafaz yang mulia,

Wabillahi Taufik Walhidayah.
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.



No comments:

Post a Comment