Thursday, August 11, 2016

Teks pengacara Majlis Perasmian Kejohanan Sukan Tahunan SKTBR1 2016


Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillahi rabbil alamin, wabihi nasta’in ala umurid dunia waddin, wa ala alihi wasahbihi ajma’in.

Dari Johor hendak ke Pekan,
Singah di Lipis membeli haruan,
Semanis senyuman kami hamparkan ;
Buat bingkisan salam pertemuan.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh,dan Salam Sejahtera

Yang Berbahagia,
Encik Noor Azli bin Abd Rahman, Penolong Pengarah Kanan, Unit Sukan, Jabatan Pelajaran Negeri Selangor
Yang dihormati,
En Khairuddin bin Hasim,  Yang Dipertua PIBG SK Taman Bunga Raya 1,
Yang Berusaha,
Pn Zalinah bt Zubir, Guru Besar SK Taman Bunga Raya 1
En Abdul Hadi Bin Jantan, Guru Penolong Kanan Kurikulum,
Pn Aliya bt Mohd Jalaludin, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
En Ahmad Shauhada bin Zakaria, Guru Penolong Kanan Ko Kurikulum,
En Zaini bin Mad Lazin, Guru Penolong Kanan Petang,
Pn Fauziah bt Amran, Guru Penolong Kanan PPKI,

Ibu bapa, guru-guru serta peserta-peserta Kejohanan Sukan Tahunan SK Taman Bunga Raya 1 yang dikasihi sekelian.

Buah pauh si bunga rampai,
Letak bersama sibunga pekan;
Orang jauh sudahlah sampai,
Selamat datang kami ucapkan.

Biji selasih boleh dimakan,
Menjadi perisa enak terperi,
Kehadiran tuan kami alukan,
Semoga majlis tambah berseri.

Alhamdulillah, marilah sama-sama kita melafazkan setinggi ucapan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan Izin Kasih-Nya pada pagi yang barakah ini kita dapat sama-sama berkumpul bagi melangsungkan Upacara Perasmian Temasya Sukan Tahunan Kali Ke _____ ini.
Pihak majlis mengalu-alukan kehadiran para jemputan singgah bertamu ke majlis kita pada hari ini. Semoga dengan kehadiran semua, majlis ini akan menjadi lebih bermakna.

Bagi memulakan acara, marilah bersama-sama kita berdiri sebagai tanda setia kepada Negara, seterusnya menyanyikan lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah. Para hadirin dipersilakn berdiri.
-       LAGU SELANGOR & LAGU SEKOLAH -
 Para hadirin dipersilakan mengambil tempat.

Orang Jawa berdagang ke kota,
Singgah di Acheh membeli gamat,
Tangan dirafak, restu dipinta;
Doa diamin memohon rahmat.

Bagi memberkati lagi majlis kita pada hari yang berbahagia ini, majlis dengan tunduk ta’zimnya menjemput dan mempersilakan Ustaz Khairi bin Ismail untuk memimpin bacaan doa. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima Kasih diucapkan kepada Ustaz Khairi bin Ismail atas bacaan doa sebentar tadi.

Tak lengkap bahtera tanpa nakhoda,
Tak lengkap malam tanpa purnama,
Tak lengkap laut tanpa ombak badainya,
Tak lengkap sambutan tanpa ucapan alu-aluannya..

Untuk itu, dengan segala hormatnya, pihak majlis mempersilakan
Yang Berusaha,  Pn Zalinah bt Zubir, Guru Besar SK Taman Bunga Raya 1, untuk menyampaikan ucapan. Dengan Segala hormatnya, dipersilakan.

___________UCAPAN PENTADBIR____________
­­­­­­­
Pihak majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha,  Pn Zalinah bt Zubir,  atas ucapannya sebentar tadi. Semoga kita semua dapat mengambil input-input penting sebagai panduan pada masa hadapan.

Hadirin sekalian,
Majlis diteruskan lagi dengan upacara perasmian acara Kejohanan. Oleh yang demikian, majlis menjemput dengan hormat takzimnya,
Yang Berbahagia,
Encik Noor Azli bin Abd Rahman, Penolong Pengarah Kanan, Unit Sukan, Jabatan Pelajaran Negeri Selangor
 bagi menyampaikan ucapan dan sekaligus menyempurnakan upacara perasmian Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke____________ ini. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

_UCAPAN VIP_

Sudah teradat si anak lelaki
Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat


Hadirin sekelian,
Dengan ucapan yang telah disampaikan oleh tetamu kehormat itu tadi, bermakna sempurnalah sudah upacara perasmian Kejohanan Sukan Tahunan SK Taman Bunaga Raya 1 Kali ke _________________ ini. Majlis merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi apresiasi buat Yang Berbahagia,
Encik Noor Azli bin Abd Rahman, Penolong Pengarah Kanan, Unit Sukan, Jabatan Pelajaran Selangor
atas ucapan sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati sekelian,

Seterusnya, mari kita rehatkan sebentar minda dengan menyaksikan persembahan Gimrama dari murid-murid Tahun 4. Bagi makluman tuan2 dan puan2, persembahan ini adalah di bawah bimbingan Cik Suraya bt Mansor bersama-sama dengan Cik Hidayah bt Abd Rahman dan Cik Atikah bt Samsuddin. 
Dengan ini, majlis mempersilakan persembahan Gimrama.
-                                                                                                              -GIMRAMA-
Begitulah persembahan yang ceria dan bersemangat dari anak-anak comel SK Taman Bunga Raya 1. Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas persembahan itu tadi.

Kita teruskan acara dengan bacaan Ikrak Kejohanan Sukan Tahunan. Dengan ini, majlis mempersilakan Adik _________________________________________________ untuk mengetuai bacaan Ikrar Kejohanan. Dipersilakan.

Itulah tadi bacaan ikrar kejohanan yang memberi makna semangat kesukanan yang masih utuh di hati anak-anak pewaris bangsa dan Negara yang tercinta ini.

-Murid ambil tempat-

Hadirin sekelian..
 Bagi makluman hadirin, acara yang akan berlangsung selepas ini ialah acara sukanneka dari murid-murid PPKI.
  
-ACARA IKUT BUKU PROGRAM…
  
Ucapan salam pengakhir kata
Segala yang ada dikongsi bersama
Apa yang kurang maaf dipinta
Sudilah berkunjung di lain masa

Akhir kata, saya memohon maaf jika terdapat sebarang kesilapan sepanjang mengendalikan majlis ini. Yang baik itu datangnya dari Allah, yang buruk itu datangnya dari kelalaian dan kekhilafan diri saya sendiri.
 
Tirai majlis saya tutup dengan Wabillah itaufiqwalhidayah, wassalamualaikum warahmatullah hiwabaratuh.




No comments:

Post a Comment