Sunday, December 27, 2009

Kes Ragut

Sebentar tadi, baru aje menonton Buletin Utama TV3.. Tidak semena, perasaan terusik dek keluhan hati seorang anak berusia 7 tahun dan 5 tahun sambil tersedu sedan menyuarakan perasaannya dan kemarahannya kepada orang yang bertanggungjawab menyebabkan kematian ibunya, Allahyarham Jamilah Selamat, mangsa ragut di Ayer Hitam, Johor.
Tambah menyedihkan, allahyarham sedang hamil 2 bulan dan ini adalah anak pertama bagi perkahwinannya yang kedua.

Menurut berita, allahyarham pernah diragut sebelum ini, jadi bagi mengelakkan kejadian sama berulang, dia telah mengikat tali beg tangannya pada motorsikal yang dinaikinya. Namun, tindakan itu lebih mengundang bahaya apabila beliau terjatuh bersama-sama dengan motorsikal tersebut apabila beg tangannya direntap oleh peragut keparat. Akibatnya, kepalanya terhantuk ke batu jalan dan meninggal dunia selepas koma selama 3 hari akibat kecederaan parah pada kepala dan muka.

Ini bukan kejadian pertama. Sudah acap kali kita baca di dada akhbar. Saya sendiri pernah menyaksikan sendiri kejadian ini di depan mata. Tanpa berselindung, di balik orang ramai yang berpusu-pusu pun, kejadian ragut masih berlaku. Kadang-kadang kita tidak tahu kemarahan ini ingin kita luahkan kepada siapa. Kepada peragut setan itu? Mereka tidak punya hati, akal dan belas kasihan.

Hanya kerana 10 atau 20 ringgit yang ada di dalam beg tangan itu, satu jiwa yang masih diperlukan oleh anak-anak yang masih kecil melayang. Semudah itu nyawa menjadi taruhan. Di mana nilai kemanusiaan? Yang menimbulkan kemarahan, peragut ini terdiri dari kebanyakannya.. ya.. kebanyakannya adalah dari kalangan orang MELAYU dan mengaku beragama ISLAM....

Inilah akibatnya jika terlalu menurut jiwa materialistik walhal hanya untuk sebuah telefon bimbit murah, nilai kemanusiaan dan nilai agama diketepikan.

No comments:

Post a Comment