Sunday, December 27, 2009

Khas untuk Suami Isteri.. Jangan Merajuk..

Merajuk tidak berguna untuk menyelesai masalah dan boleh lebih memburuk keadaan.
Merajuk hanya membawa kepada keadaan damai sementara dan semakin lama merajuk semakin susah akan berdamai.

Jangan menghukum satu sama lain kerana hendak memuaskan hati yang sakit.Lelaki cenderung untuk ‘menarik diri’ di mana tidak mahu bercakap-cakap melainkan keadaan terpaksa. Manakala isteri cenderung merajuk, menekan, bermuka masam, menyindir,
tidak tersenyum dan tidak mahu melayan suami. Hukuman hanya akan mempercepat kerosakan hubungan samada kecil atau besar dan menyukar perdamaian.

Jangan berbohong, berpura-pura, jual mahal, pura-pura tak sudi atau pura-pura sudah benci.
Suami atau isteri akan menyangka kita betul-betul tak sudi dan tidak mahu berdamai.

Hentikan tabiat suka mencari salah pasangan dan kelemahannya. Periksa diri anda sendiri kesalahan apa yang anda telah lakukan. Tunjuki, beritahulah jalan penyelesaiannya
pada suami atau isteri. Mungkin dia tidak menyedari kesilapannya.

Hentikan bahasa kesat dan makian. Celaan kepada pasangan menunjukkan anda juga bersikap sama sahaja. Tukarlah gunakan bahasa yang positif, pengiktirafan, sanjungan, penghargaan, menyeronokkan, menggembirakan semasa anda berkata-kata, bercakap dengan pasangan.

Jangan sesekali mengungkit hari semalam, dahulu atau meyentuh apa yang telah terjadi. Sebaliknya bercakaplah tentang apa yang hendak dibuat.

Senyumlah semula, lama kelamaan ia menjadi ubat yang mujarab memperbaiki hubungan damai.

Tunjuki bukti kita mahu berdamai, mulakan langkah pertama jika pasangan tidak mulakan mahu berdamai.

Gunalah perkataan yang menerangkan apa yang sebenarnya telah dilakukan sehingga tercetus konflik. Jangan bercakap secara am atau kabur, pasangan tidak akan faham. Kenalpasti punca masalah dengan tepat.

Ubah tabiat buruk anda sendiri yang ada dan ikhlaskan hati dalam apa jua yang anda lakukan. Insyaallah damai sentiasa mengiringi anda selalu.


No comments:

Post a Comment