Thursday, December 24, 2009

Musim Kahwin


Masa cuti-cuti sekolah ni, macam-macamlah yang hendak dirancang. Makan angin lah, kenduri lah... balik kampunglah...Tapi yang best mestilah kenduri kahwin.... Seronok tengok orang bersanding atas pelamin. Teringat dulu-dulu.

Bercerita tentang majlis perkahwinan ni, mesti tak lepas dari mengorek-ngorek... Berapa hantaran? Kerja apa pasangannya? Lawa ke tidak? Berapa dulang hantaran? dan macam-macam lagi soalan remeh yang dikemukakan. Kalau yang hantaran tinggi atau kahwin dengan yang berpangkat besar tu, mungkin bercerita 5, 6 minggu tak habis lagi... Tapi tak apa lah... Bukan selalu..

Cuti lepas, pergilah menghadiri satu majlis perkahwinan tu... Bukan siapa pun, saudara mara juga. Majlis seperti biasa la. Tidak seperti dulu-dulu, amalan 'rewang' sudah tidak berapa diamalkan. Mngkin kerana kekangan masa sebab orang kampung sekarang jarang yang masih bekerja kampung, jadi masa bercuti agak terhad bagi urusan membantu jiran-jiran dalam majlis-majlis seperti ini.

Bila diperhati, tiada pelamin disediakan. Almaklumlah, pengantin lelaki dulunya duda beranak lima, mungkin malu dihadap oleh anak-anak yang sedang menginjak remaja. Oleh kerana dia merupakan orang kuat pasukan kompang di kampungnya, hairan pula rasanya kerana pengantin tidak diarak bersama paluan kompang....

Tidak perlu disoal siasat, rupa-rupanya ibu arwah isterinya (bekas ibu mertua) tidak benarkan segala macam sambutan paling meriah pada hari bersejarah kedua mempelai. Hatinya sakit melihatkan bekas menantunya itu berkahwin dengan orang lain. Jadi, bagi menjaga hati bekas ibu mertuanya, dia pun akur.

Maka hari itu majlis pun berjalan dalam suasana senyap dan sunyi......
hai... Macam-macam cerita manusia ni....

Kepada pembaca yang tidak tersengaja membaca blog ini, saya ucapkan semoga berbahagia hingga ke akhir hayat bagi yang sudah berumahtangga. Yang belum, semoga bertemu pasangan yang menyayangi dan bertanggungjawab... Insyallah..

No comments:

Post a Comment