Friday, December 25, 2009

Cerita Mengenai Jari


Kenapa orang tua dulu-dulu menamakan jari kita dengan nama jari kelingking/anak jari, jari manis, jari hantu, jari telunjuk dan ibu jari?

Sebenarnya ada cerita disebaliknya.

Jari kelingking atau anak jari diumpamakan anak kita di peringkat umur bayi sehingga 10 tahun.

Sebagai bayi dan kanak-kanak pada peringkat ini, kita kena bermain-main dengan mereka,
ia perlu juga dibelai, dimanja dan diberi perhatian yang khusus.

Jari manis, peringkat anak di alam remaja. Di peringkat ini anak-anak diumpamakan
berdarah manis. Ia perlukan pengawasan yang rapi dan disiplin diri. Waktu ini anak gadis kita sering diambil kesempatan oleh golongan tertentu. Misalnya, kes-kes cabul, rogol dan sebagainya. Mereka masih belum boleh diharap.Remaja lelaki pula kalau tidak dikawal boleh terjebak ke lembah masiat dan perkara-perkara yang tidak diingini. Justeru, ibubapa hendaklah mengambil berat dan memerhatikan pergerakan mereka. Selalu telefon di rumah, Tanya apa dia buat, dah sembahyang ke belum. Kalau tengok internet, apa yang dilayarinya.

Peringkat jari hantu, peringkat kritikal atau kehidupan hantu. Ketika anak-anak berusia 20 hingga 40 tahun. Hidup di peringkat ini ia lebih ke arah nafsu nafsi. Mereka mula ada keinginan
berumahtangga dan keinginan seks yang tinggi. Justeru, perlu ada asas kukuh.

Sekiranya anak-anak di peringkat 1 dan 2 diberi 'basic' yang mantap dari segi didikan agama, kasih sayang, pelajaran dan sebagainya apabila dia masuk ke peringkat ini, dia dapat mengenal sifat-sifat yang tidak elok, jadi dia tidak akan menjadi hantu tetapi memberi petunjuk kepada orang lain (peringkat jari telunjuk).

Tetapi kalau dia sudah sampai ke peringkat ini dan berusia 40 kalau dia tidak juga berubah, suka
berpoya-poya lupa tanggungjawab akhirnya sampai bila-bilapun dia tetap seperti itu.

Nabi Muhammad s.a.w ketika berumur 40 telah menjadi Rasul memberi petunjuk kepada orang lain.Tetapi kalau sudah tiga peringkat tidak menjadi, dia tidak akan dapat memberi petunjuk (jari telunjuk)apalagi untuk memberi manfaat kepada orang lain

Jika kita berjaya melepasi tahap jari telunjuk itu tadi, maka tibalah kepada penghujung hidup kita 5o tahun ke atas. Kita akan bertindak sebagai ibu jari, ibu kepada segala kebijaksanaan – "mother of wisdom". Itulah peringkat paling tinggi menuju kehidupan abadi. Jika kita tidak dapat lepasi semua tahap ini, ibu jari tidak akan jadi ibu kepada kebijaksaan tetapi akan jadi ibu ayam. Justeru, hindarkanlah dengan kita berjaya melepasi kelima-lima nama ibu jari itu.

Petikan Dari Ridhuan Tee Abdullah - Jati Diri Remaja Kita Telah Mati

No comments:

Post a Comment