Tuesday, May 4, 2010

Al Fatihah

Tadi dalam perjalanan nak ke klinik Serendah.. Ingat nak buat filling gigi yang ada terlubang sikit ni.. Punya le jem dari Bukit Sentosa ... Masa tu tak hujan pun..Dalam hati dah rasa, ni mesti ada kemalangan ni.. Sangka hati, kemalangan kecil sahaja.. Tapi bila sampai di tempat kejadian, tak sanggup rasanya memandang sebuah kereta hitam yang hancur dengan pemandunya terkulai di tempat duduk.. Astarghfirullah.. hati beristifarr.. tapi masih merasakan mangsa mungkin sesiapa sahaja..
Semasa dalam perjalanan pulang, terima satu sms dari seorang rakan, menyatakan seseorang yang rapat dengan kami semua telah menemui ajalnya di kawasan itu.. Ya Allah.. terkejut hati bukan kepalang.. Dia kah?????? Astarghfirullah.. Hampir menitis air mata mengingati kebaikan hatinya serta budi pekertinya. Bukan sahaja kepada kami warga sekolah, malahan rapat dan mesra dengan anak-anak kami.. Ya Allah, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di sisi orang-orang yang Kau kasihi... Aminnn..

No comments:

Post a Comment