Monday, May 10, 2010

The End Of EPL Season 2009/2010

Malam semalam bersengkang mata menyaksikan perlawanan yang bersaing... Chesea vs Wigan, MU vs Stoke City dan of course Arsenal vs Fulham.. Teruk jugak Wigan kena tembak dengan The Blues. Terduduk dengan 8 peluru yang tidak langsung berbalas.. MU beat Stoke dengan 4-0.. Walaupun ada komplen dari En Firdaus mengatakan Barbatov tak berbisa langsung bila digandingkan dengan Rooney..Dan malam tu boleh pulak Arsenal melawan dengan 3 gol dari Arshavin, Van Persie dan Vela serta 1 own goal dari Chris Baird.. Thanks a lot.. Sekurang2nya tempat ke 3 masih dalam genggaman Gunners... Tu pun dah cukup baik.. Walaupun tindakan Arshavin yang memberi komen yang menyakitkan hati apabila dilihat dia lebih berminat kepada Barcelona, gol pembukaannya dapat juga mengubat sedikit luka itu. Tapi nampak dia agak selfish sewaktu mengabaikan Van Persie semasa usahanya memasukkan bola.. Fabianski pula bernasib baik tidak dikenakan kad merah walaupun tindakannya keluar dari area dan bola terkena tangannya adalah kesalahan kad merah tetapi referee Jones dalam mood baik hari tu cuma beri dia kad kuning sahaja... Fuhhhh...
My friend tu tentunya tengah celebrate kemenangan Chelsea dan seterusnya dinobatkan sebagai juara.. Dan En Firdaus pagi-pagi lagi dah menyanyikan lagu sedih sudirman dengan ke'jaya'an MU di tempat kedua.. hehehe
Apa-apa pun season ini telah berakhir... Biasalah takkan nak kat atas aje kan? Macam yang dia kata.. Bola itu bulattt.... Jumpa lagi di next season..
Adiosss......

No comments:

Post a Comment