Monday, February 7, 2011

BALIK KAMPUNG PUNYA STORY LAGI..

Asyik-asyik cerita balik kampung aku, yek! Haha.. Nak buat camne.. Dah mertua tinggal kat Kuala Kubu Baru.. lebih kurang 15 minit je dari rumah aku..
Sorry la, cik abang.. Lagipun cik abang pun asal Muar gak, cuma arwah ayah lepas pencen army, kerja kat Fraser's Hill dan beli rumah di sini. Sekurang-kurangnya walau tinggal berjauhan dengan mak, ada mak mertua tempat menumpang kasih dan berkongsi resepi..(aku kongsi resepi aje, mertua yang masak)..ahaks! Mertua aku ni memang pandai masak ya amat.. aku pandai gak, pandai bodek..
Hari pertama sampai..oleh kerana dah tengahari, kami singgah bersolat le kat Masjid Jamek Sultan Ibrahim.. Dah berapa lama aku tak lalu tempat ni.. Selalunya, aku lalu depan ex-secondary school aku (kumpul nostalgic moments lagi..), belok kanan dari simpang Tanjung Ketapang.. terus ke Tanjung Emas..

Baru aku perasan.. lapangnya kawasan masjid ni.. Dah tebang semua pokok kat pagar tu rupanya.. Tapi macam yang aku fikirkan, aku lebih 'merindui' keredupan dahulu...
Lepas solat, ke mana? Sapde le... Apa lagi? Rojak petis dan mee bandung le.. makanan ruji aku kalau balik Muar..
(Najwan makan sampai terbeliak-beliak..)

(Licin rojak.. ni pinggan ke lima.. Kami pasangan yang hantu rojak petis..)

Haa.. lepas tu, singgah tepi ex Toko Manaf punya store tu beli apam balik bulat.. My favourite yang teramat sangat tu..


Dari aku sekolah, bercinta, berkahwin dan beranak pinak ni.. Itu lah pojaan hatiku.. Walau kat sini ada jual apam balik.. tapi tak sama la.. (Memang takde yang sama dengan yang lama..)

Begitulah keadaan rutin aku kalau balik kampung.. Walaupun ada jalan baru yang menyambung Parit Bunga straight ke Parit Jawa, namun.. singgah di Bandar Muar mesti ada dalam schedule.. Insyallah..

No comments:

Post a Comment