Tuesday, April 19, 2011

DURIAN


Sekarang ni, pusing kiri, paling kanan.. Asyik nampak buah durian aje.. Kalau kat sini, durian masih ada harga.. paling-paling pun 5 biji RM10.00. Tu pun kadang2 jenis yang rasa macam mentega je...

Masa aku kecik dulu, arwah bapak tanam pokok durian punya lah banyak. Kalau nak kira, tak de le terliur kat durian macam sekarang ni.. Durian gred D24 tu buat baling ayam je...Tapi, tu dulu la... Sekarang ni,  rasanya, kalau tak tau malu kat ayam, buah bekas patuk ayam pun aku pungut, makan.. haha..

Oleh kerana aku agak ' hantu durian' jugak, perasaan nak makan durian tu sentiasa menggebu..



Tak kira lah.. Tak dapat makan buahnya, dapat makan sipi-sipi durian pun jadilah...

Oleh sebab tu, aku dah jadi salah seorang pelanggan tetap kat Kiosk Pak Wan. Sebabnya, kalau aku beli lauk je, mesti dapat at least 2 bungkus bubur durian.. For free, beb! Kalau beli bubur kat stall goreng pisang  Kak Milah pun mau-mau 2, 3 hinggit.... No compromise!.

Mungkin perasaan terliur tu akan hilang dengan sendirinya kalau musim durian berakhir... Tapi secara peribadinya, durian akan sentiasa mengingatkan aku tentang arwah bapak tersayang.. Al-Fatihah..

No comments:

Post a Comment