Saturday, December 24, 2011

Bikin Filim

Aku bukanlah seorang kaki wayang.. Walaupun aku mengikuti perkembangannya dalam, hatta luar negeri jugak..Masa 'remaja' dulu adalah..But not now.. Zaman tengok wayang dah berlalu pada aku.. Almaklumlah, aku pun bukanlah penyokong kuat  'seni' negara jenis ni.... Maaflah.. 


Aku ingat filem yang 7 kali aku kumpul duit nak tengok ialah filem Fenomena sebab masa tu aku minat giler kat Search terutama guitarist dia, Si Kid tu.. Siap boleh hafal dialog lagi..


Masa tu aku ingat tengok Ramona Rahman mandi bunga berkemban pun dah riuh rendah panggung.. Siap jadi isu lagi.. Lepas tu bila dah rasa 'besar' sikit, aku mula tengok cerita mat saleh yang kurang sikit 'censor' dia.. Tu pun rasa bersalah je tengok.. Remaja kan....( Ye ke rasa bersalah? Hua hua..)


Aku suka filem seram sebetulnya..Dan kebanyakannya dari awal adalah filem-filem Stephen King, 


atau John Carpenter dari Dark Star kepada Ghosts of Mars.... 


Kemudian, filem seram Jepun dan Korea, juga Thai menjadi kegilaan..walaupun ada  'kureng' logik .. Filem Melayu yang aku ingat masa tadika dulu ialah cerita 'Toyol' ..Zaman bila ntah, aku pun dah lupa.. Memang seram cerita ni..Lagi pulak, Sidek Hussin yang berlakon...


Pastu banyak dari Indonesia la, dengan Nyi Blorong la..Sundel Bolong la..tapi rata-rata kena potong sebab banyak sangat adegan 'sensasi'..
Tapi dengan longgokan cerita seram sekarang, aku dah tak minat dah. Ada satu cerita  seram yang masih melekat kat hati aku; 'Kak Limah Balik Rumah".. 




Dulu aku mungkin boleh terima cerita mat rempit dalam "Azura", tapi banyak sangat cerita mat rempit sekarang ni.. Naik muak pulak.. Dan dalam filem-filem ini, macam satu kegilaan untuk mencetuskan adegan panas.. Malu kucing aku tengok..


Tapi, benda ni agak merimaskan aku:


Putrajaya, 21 Dis.- Berkuatkuasa tahun hadapan, Lembaga Penapis Filem (LPF) tidak lagi menapis sesebuah filem sebelum ditayangkan, sebaliknya peranan tersebut akan diserahkan kepada pengarah dan penerbit filem itu sendiri. 

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam berkata, langkah terbaru itu diambil selepas mengambil kira pandangan daripada semua pihak yang menjayakan industri perfileman negara. 



Mana ada penerbit nak potong filem sendiri?  Ahh... Whateverrrr....

No comments:

Post a Comment