Saturday, December 10, 2011

Ikan Oh Ikan

Oleh kerana my abang, Bel dah tukar kerjaya menjadi free lance angler, dapat le merasa ikan yang tak pernah aku termimpi nak makan. Hari tu balik kerja, dia bawak balik satu styrofoam storage  penuh dengan ikan pelbagai jenama. Aku bukan familiar sangat dengan ikan ni..so, antara celah2 tu nampaklah ikan gelama..Haa.. Yang tu je aku tau.. Yang lain, kena buat kajian lanjut. 

Oleh kerana tak tau nama ikan, aku pernah kena gelak sebab panggil ikan kerisi sebagai ikan gelama merah.. haha.. 

Antara ikan yang Bel tangkap hari tu ialah ikan malong. Ingatkan belut sebab aku..ye la, tak kenal ikan, kan..

Rupa macam ni, my mak kata 'goreng pun sodap'. 
Ikan Malong ataupun nama saintifiknya Gnathophis mystrom merupakan sejenis ikan yang sering dijumpai di sekitar perairan Malaysia, Jepun,Taiwan, timur China, dan Australia. Di Malaysia, ikan Malong juga dikenali sebagai belut laut disebabkan bentuk tubuhnya yang panjang menyerupai belut.
Ikan Malong mempunyai mulut dan mata yang besar. Gigi Ikan Malong halus dan sangat tajam. Warna Ikan Malong di antara kekuningan sehingga perang tua. Saiz biasa ikan Malong yang dijumpai di Malaysia adalah di antara 15 sehingga 21 sentimeter dan boleh dipancing. Di Malaysia, Ikan Malong tidak dianggap sebagai mempunyai nilai perdagangan... ( Tu pasal susah nak jumpa kat Tesco..)
(Haa..ni aku mintak tolong Wak Wiki explain..)
Then, seko lagi ikan punya la panjang, hijau2 sikit kulit dia. Aku tengok pun ngeri. My mak tanya awal2 lagi..'Ko makan tak ikan todak?" Haa.. Bukan ke ikan todak yang menyerang Singapura dulu tu? Hang Nadim mesti puas makan ikan ni dulu2 kot...
Aku tanya Bel, ni ikan marlin jugak tak? Tapi dia kata ikan marlin lain. Aku google and figured out yang ikan marlin tu dipanggil juga dengan nama spearfish. Hmm..lebih kurang le spear dengan sword tu...
(Xiphias gladius) atau adalah sejenis ikan laut yang rahang atas dan muncungnya memanjang berbentuk seperti pedang pipih dan kuat berukuran hampir sepertiga panjang badan ikan tersebut. Tubuh ikan todak panjang mmbulat dapat mencapai 2 hingga 4,6 m dan dapat mencapai hingga 650 kg, kulitnya licin tidak bersisik, bahagian atas tubuhnya berwarna keunguan atau kebiruan dan bahagian bawah tubuhnya keperakan. Banyak terdapat di perairan tropika dan perairan iklim sedang. 
Haa.. Yang ini my mak masak asam pedas kaw2 punya.. Kalau tak kaw, sure aku tak makan..
Setakat ni, ikan2 ni la yang aku still rasa menyesal pulak memakannya... Nanti kalau Bel tangkap ikan yang mengarut lagi, aku tambah le kat sini..
Adios n Selamat Malam..
p/s. Game Arsenal vs Everton.. Van Persie score lagi!!! 1 - 0.. Happy! Happy!

No comments:

Post a Comment