Thursday, August 30, 2012

KASUT RAYA

Oleh kerana  aku rasa macam nak buat sesuatu bagi melupakan sekejap benda-benda mengarut yang bermain di minda, aku buat sesuatu yang dasyhat...



             











  SPRING CLEANING.....

Punggah punya punggah, rupa-rupanya kemain banyak kasut raya anak-anak yang dibeli tiap tahun dan dipakai pun sekali sahaja setahun.. iaitu masa Hari Raya... Dan terfikir, untung anak-anak zaman ini.......

Untung kerana mereka tak perlu petik koko, peram buah ciku dan kumpul getah sekerap untuk membeli sepasang kasut... Bukan arwah bapak tak belikan tetapi kasut yang sedia ada mudah benar rosaknya dipakai oleh budak kampung yang lasak macam diriku ini...Untuk meminta bapak sesuatu yang sama buat kali kedua bukannya prinsip aku.. 

Untung kepada aku sebab bumi Allah ini subur dengan komoditi yang boleh aku manipulasikan bagi memenuhi keperluan kaki aku ini... Walaupun terpaksa bertarung taji dengan ayam yang menghuni pokok ciku.. Bukan taji ayam saja, tahi ayam pun tak kurangnya terpaksa aku harung... alah bisa tegal biasa, kan.... Dan akhirnya ayam-ayam itu berjaya menjadi rakan aku walaupun tak pernah nak menolong aku memetik buah ciku kerana mereka dijadikan tiada bertangan jua adanya...

........bersambung la pulak....( rasa seram pulak duduk sorang-sorang kat luar ni....) 


No comments:

Post a Comment