Monday, October 22, 2012

INGATAN KEPADA SEORANG AWEK CUN DI STESEN PETROL

Dalam perjalanan pulang dari menjalankan sedikit urusan duniawi, aku singgah sekejap nak isi petrol tank yang dah tunjuk signal minta diisi. Oleh kerana hari ini 'the payday', aku cuba gak usha mesin ATM.. Betullah! Mesin ATM kat petrol station tu mogok, ramai kata sebab ATM kalah dengan Kelantan dalam match Piala Malaysia malam tadi... Hurmm... Selamat duit aku jap...

Semasa melangkah masuk untuk membayar harga petrol, aku terpandang seorang awek tu.. Manis bertudung dan cute sangat.. Muka ala-ala Jepun sikit..dan dia sedang mengisi petrol dalam tangki MyVinya..(tak silap aaa...)..

Aku nampak dia sedang ditegur oleh seorang budak perempuan peminta derma ( I don't wanna judge all those fellows..)...  Aku nampak awek cute tu tension je muka dia..Macam-macam dia soal budak tu... Hilang cute tu kejap... Ntah apa dia sound kat budak minta derma tu sampai budak tu menangis-nangis kat belakang salah satu petrol pump... Terkejut aku.. Dalam hati berkata-kata......

(gambar hiasan)

Alamak... kalau tak nak bagi pun, tak payahlah berlagak macam bagus, cik adik oii..  Baru ada kerja elok sikit , baru boleh beli kereta sendiri dah rasa boleh sound orang lain sesuka hati..Apa yang berlaku pada diri dia, kita tak jelas lagi..dan mudahnya kita menilai budak-budak macam tu... Mungkin dia anak yatim ke, kita tak tahu...



Kita memang sering didekati golongan ini, especially masa time-time payday macam tadi tu.  Don't you feel something when you refuse to help someone when they ask for? Just nak bagi diorang tu senang hati, bagi la seringgit ke, dua ringgit ke.... Bukan luak pun duit dalam purse atau wallet tu.. ada RM3000 lebih lagi dalam akaun, kan? Tu pun gaji bulan lepas yang tak berusik......

Kalau tak nak bagi duit, it's okay...Just smile and say no, thanks..  Senyum itu salah satu dari sedekah, so kalau senyum pun tak apa la, dik ... Kita ada budi bahasa, kan? As I said before, I don't wanna judge them.. But I cannot help myself from judging an uncompassionate person ..and I'd rather say..'hang ni harap muka aje lawa'.....


Kalau rasa tak berbaloi menderma kepada orang macam tu, niat aje la menderma kerana Allah SWT.. Sebab Allah mengetahui apa yang ada di dalam hati kita..InsyaAllah...

(Ya, ampunn..Sucinya entry aku ni....)

Chao...

No comments:

Post a Comment